Featured By: tex_admin May 16, 2018 @ 2:00pm

Kalau Nak Bergelar Hijabista, Anda Kena Tahu Dan Mahir Dengan 3 Stail Fesyen Ini

Apa yang anda faham dengan maksud hijabista? Biasanya, gadis yang bergaya dengan solekan yang memukau, pakaian yang up to date dan memakai pelbagai stail tudung adalah digelar hijabista.

Kalau anda nak tahu seorang hijabista bukan sahaja perlu bijak dalam ketrampilan ‘muslimah’, malah mereka juga mempunyai ramai followers di media sosial. Sudah tentu apa yang hijabista lakukan akan diikuti oleh pengikutnya.

Kalau buat carian di Instagram kini, rasanya memang ramai gadis Melayu yang boleh dicop sebagai hijabista. Sama seperti muse fesyen yang lain, hijabista juga punya trend fesyen semasa. Tahun 2018 ini popular dengan 3 gaya hijabista yang boleh anda tiru kalau anda nak bergelar hijabista macam mereka. Jom kita lihat 3 stail ini:

1. Pakai anting-anting dengan shawl

Foto: Instagram Hanez Suraya, Rafidahhhh, Fara Farhana

Stail ini sebenarnya sudah lama sejak tahun 2000 lagi, tapi ia semakin mendapat perhatian bila masuk tahun 2018. Mungkin ada dalam kalangan anda yang tidak pandai untuk menggayakan trend ini kan? Tapi, setahu penulis sekarang sudah ada yang jual tudung sekali dengan tampal subang dengan shawl. So, tidak menjadi satu alasan pada anda untuk tidak mencuba gaya ini.

2. Off-shoulder jacket

Foto: Instagram Nabila Razali

Kalau anda perasan, Neelofa dan Nabila Razali agak kerap menggayakan stail ini. Gaya ini juga menjadi ikutan pula pada hijabista. Nampak cantik kan? Jika di negara barat gaya off-shoulder ini terdedah dengan sebelah bahu, tapi kalau para hijabista kenalah jaga aurat dengan digantikan baju berlengan panjang di dalam jaket tersebut.

3. Kaca mata oversized

Foto: Instagran Adira Salahudin

Anda boleh gayakan apa jua rekaan kaca mata asalkan bingkai lebih besar dari muka. Cermin mata ini banyak dijual, jadi memang mudah untuk anda dapatkan. Yang penting berani atau tidak sahaja nak menggayakannya!

Pendapat anda macam mana dengan 3 stail ini? Stailo tak? Apa pun anda perlu yakin untuk menggayakan apa jua stail tapi janganlah nampak sampai pelik! Selain itu, stail apa pun yang anda gunakan haruslah mencerminkan yang anda adalah wanita muslimah ya. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Mar 2021

PEMERKASA: Bantuan One Off Sebanyak RM500 Kepada B40, Penerima BPR Mulai…

Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan inisiatif terbaru rakyat terjejas akibat pandemik COVID-19. Menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi ( PEMERKASA), kerajaan akan memberikan bantuan tunai one off sebanyak RM500 kepada B40

Featured Tue, 7 Apr 2020

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Katakan tidak pada pembedahan kosmetik!

Featured Tue, 13 Jul 2021

Arab Saudi Kini Iktiraf Vaksin Sinovac, Penerima Kini Boleh Tunai Haji & Umrah Di Makkah

Negara Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk individu yang menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac keluaran China, memasuki negara itu. Perkara tersebut disahkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli

Featured Thu, 24 Jun 2021

Bantuan PPN Dalam Proses Perincian

Kementerian Kewangan akan terus memantau dan memperincikan bentuk bantuan lain yang akan disalurkan sepanjang Pelan Pemulihan Negara (PPN). Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata perbelanjaan bagi bantuan yang bakal disalurkan tersebut berdasarkan baki

Oh Lawa Mon, 19 Mar 2018

Kerap Cuci Rambut Tapi Masih Banyak Minyak. Ini Jawapan Berapa Kali Sebenarnya Anda Perlu Mencuci Rambut

Kalau anda kerap sangat bersyampu, kulit kepala akan bertindak mengeluarkan lebih banyak minyak! Alamak!

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Thu, 28 Oct 2021

Akui Menyesal Jadi Transgender, Lucinta Luna Mahu Kembali Ke Fitrah Asal – Tapi, Rupa-Rupanya….

Baru baru ini, pendedahan penyanyi Indonesia, Lucinta Luna yang mengakui kesal bergelar transgender mengejutkan ramai pihak. Dalam satu temubual video bersama pelakon Indonesia Boy William, Lucinta tampil dengan penampilan terbaru sebagai seorang lelaki sekaligus mendedahkan

| Live TV

error: Content is protected !!