Sudah menjadi lumrah apabila hadirnya musim perayaan pasti setiap daripada kita akan membuat persiapan secara menyeluruh. Baju, kasut, beg tangan, langsir, dan sebagainya pasti akan diganti menjadi serba baharu. Kalau semua tak baharu, tak syok lah hari raya kan?
Jangan nak syok sangat nak ganti semua kepada yang baharu, takut pokai pula lepas raya! Sebenarnya tak salah untuk membeli-belah barangan yang anda inginkan, tapi haruslah berjimat juga ya! Jangan terlalu boros dan membazir. Bagi anda yang masih belum pergi shopping untuk persiapan Syawal yang akan tiba nanti, jom ikuti tip oleh Azizan Osman ini.
Anda boleh senaraikan barangan yang anda perlukan sahaja. Kalau dah sampai destinasi, terus tuju tempat yang anda inginkan mengikut senarai barang tersebut. Tip yang paling senang, tinggalkan kad kredit di rumah dan bawa duit cukup-cukup untuk barang yang mahu dibeli.
Janganlah sampai berbelanja kena pinjam duit dari mak ayah, adik-beradik dan juga rakan-rakan. Anda seharusnya bijak membahagikan duit anda dan paling penting sekali beli barang mengikut kemampuan. Contohnya, belilah baju raya yang dijual dengan harga yang kita mampu beli. Tak perlu beli yang beratus ringgit sehingga diri sendiri yang sengsara!
Anda boleh amalkan tabiat suka menawar harga barangan, melainkan jika harga barangan tersebut adalah tetap. Kalau anda nak tahu, dengan tawar-menawar sebelum membuat pembelian, anda boleh dapat harga yang lebih murah berbanding biasa. Anda juga boleh membeli-belah ketika adanya potongan harga. Lagi jimat!
Biasanya, bila musim perayaan, promosi iklan juga giat dijalankan. Lagi-lagi sekarang ini semua barangan boleh dibeli secara online, lagi mudah untuk anda terpengaruh! Anda seharusnya tidak terlalu terburu-buru membuat pembelian, sebaliknya pertimbangkan terlebih dahulu. Adakah ia keperluan ataupun kemahuan. Jika tidak penting, tak perlu beli!
Biasanya perabot, langsir, permaidani dan cat antara perkara yang sering diganti setiap kali musim perayaan. Betul tak? Ketahuilah bahawa tidak semua perhiasan tersebut perlu diganti sekiranya ia masih dalam keadaan yang baik. Anda boleh gunakan kreativiti anda untuk menjadikan ia lebih menarik contohnya menjahit juraian kristal pada langsir lama anda. Pasti akan nampak seperti langsir baharu!
Kesimpulannya, bijaklah berbelanja! Jangan terlalu mengikut nafsu sehingga membeli barangan yang tidak penting, sebaiknya fikir terlebih dahulu sebelum membuat pembelian. Jangan pula sakan membeli-belah sehingga habis duit simpanan anda! Semoga bermanfaat!
Sumber: Azizan Osman
Awas ekk! Jangan 'face shaming' Fathia lagi
Ini kata Scha
Alamak... Seram tengok ekk
Betul setiap orang ada cara masing-masing. Siapa yang tuduh tu bial nampak Daiyan derma macam…
Tak baik gelakkan atau buat tuduhan tanpa usul periksa. Nak gelakkan pun biarlah cerdik ye…
Terbaik Ramona dari dulu lantang bersuara