familuv By: Fadzlena Jafar December 31, 2019 @ 11:27am

Kanak-kanak 7 tahun dikesan ketagih pil kuda, ini puncanya

Penagihan dadah bukan lagi isu orang dewasa, kerana data diperoleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan semakin ramai penagih muda dikesan khususnya dalam kalangan remaja.

Bagaimanapun, kes paling mengejutkan dikesan AADK di Kelantan beberapa tahun lalu mendapati seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun sudah ketagih dadah. Kanak-kanak yang tidak dinamakan itu dikatakan bermula dengan mengambil pil kuda dan diberi rawatan pemulihan bagi memastikan si kecil bebas daripada dadah.

Kes berkenaan menunjukkan pengedar dadah bukan sahaja mula menyasarkan remaja, tetapi juga kanak-kanak meskipun golongan berkenaan tidak mempunyai wang untuk membeli dadah.

Pengarah AADK Selangor, Dr Nazira Sadiron, berkata soal selidik dilakukan dalam kalangan remaja yang dikesan mengambil dadah mendapati pengaruh rakan sebaya dan sifat ingin tahu menyebabkan remaja berkenan mula mengambil dadah.

“Di Selangor umur terendah yang dikesan mengambil dadah adalah 13 tahun berdasarkan saringan yang dilakukan khususnya di kawasan panas atau kawasan yang tinggi populasi penagih dadah.

“Kebanyakan anak remaja yang mengambil dadah ini sebenarnya mereka hendak kegembiraan segera. Mereka lihat rakan ambil dadah dan berseronok menyebabkan mereka juga ingin mencuba,” katanya ketika ditemui pada Program Kampus Bebas Dadah di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Ketua Laboratori Kewarganegaraan dan Kepimpinan Belia Institut Pengajian Sains Sosial UPM merangkap Pengasas Modul Bimbingan Kepimpinan Diri, Prof Madya Dr Hanina H Hamsan.

Dr Nazira (tiga dari kanan) bersama-sama Dr Hanina (empat dari kanan) melawat tapak pameran selepas Forum Kampus Bebas Dadah di UPM, Serdang. Gambar NSTP/AZHAR RAMLI 

Program sehari itu bermatlamat memberi kesedaran kepada golongan muda di kampus mengenai bahaya pengambilan dadah dan kesannya kepada diri serta masyarakat sekitar.

Selain itu, beliau berkata, kurang pemantauan ibu bapa juga dikenal pasti antara punca utama menyebabkan semakin ramai golongan muda mudah terjebak dengan najis dadah.

“Apabila ada yang bertanya mengapa ini berlaku, jawapannya adalah kerana kurang pemantauan ibu bapa. Sebagai contoh, kebanyakan remaja yang dikesan positif dadah itu menggunakan happy pill atau Erimin 5 yang lazimnya digunakan bagi mereka yang pergi ke kelab malam.

“Bayangkan remaja bawah umur sudah pergi ke kelab dan mengambil happy pill, ini maknanya ibu bapa tidak tahu ke mana anak pergi pada waktu malam. Kita sebagai ibu bapa kena tahu gaya hidup anak yang sepatutnya tidak berada di luar rumah pada waktu malam,” katanya.

Pada masa sama, katanya, ibu jbapa sewajarnya bukan hanya memantau anak yang tinggal bersama-sama, sebaliknya turut mengambil tahu perihal anak yang tinggal di asrama termasuk mengetahui siapa rakan anak atau aktiviti yang dilakukan terutama pada waktu malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita Ini Kongsi Bagaimana Seorang ‘Perempuan Baik’ Hampir Berjaya Suruh Anaknya Seludup Dadah!

Penolong Pegawai AADK Negeri Selangor, Mohd Faizal Mat Saad, (kanan) memberi keterangan mengenai jenis-jenis dadah kepada pelajar UPM selepas Forum Kampus Bebas Dadah di Universiti Putra Malaysia, Serdang. Gambar NSTP/AZHAR RAMLI 

Dr Nazira berkata, AADK mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dan agensi bagi memberi kesedaran mengenai bahaya pengambilan dadah, termasuk melakukan saringan di sekolah.

Katanya, hasil ujian saringan yang dijalankan AADK negeri Selangor dari Januari hingga November lalu berjaya mengesan 118 pelajar sekolah menengah berusia antara 13 hingga 17 tahun di Selangor positif mengambil dadah.

“Kami menjalankan program ujian saringan air kencing di 188 sekolah di Selangor sejak awal tahun ini khususnya di kawasan panas itu dan mendapati 118 pelajar dikesan positif syabu dan gam.

“Walaupun jumlah itu kurang berbanding 125 pelajar yang dikesan positif dadah tahun lalu, kami bimbang semakin ramai remaja bawah umur terjebak kerana dadah kini semakin mudah didapati dan murah,” katanya.

Pelajar yang dikesan positif dadah itu kini menjalani bimbingan dan kaunseling sekolah dengan pengawasan AADK, Jabatan Pendidikan Negeri dan polis selama dua tahun.

Punca semakin ramai remaja mengambil dadah:

1. Kurang pemantauan ibu bapa

Kasih sayang ibu bapa dapat membantu penagih dadah muda untuk kembali ke pangkal jalan. Gambar hiasan NSTP/NURUL SHAFINA JEMENON

Ibu bapa perlu mengenal pasti tingkah laku anak dan cuba meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak, selain memastikan mereka sentiasa berada di rumah.

Pada usia 13 hingga 18 tahun, remaja mudah memberontak dan menganggap ibu bapa sebagai ‘musuh’ terutama pelbagai peraturan yang ditetapkan. Ada juga remaja yang kurang perhatian daripada ibu bapa yang sibuk bekerja menyebabkan mereka berasa tidak dihargai dan kurang gembira.

Dalam hubungan ini mereka mungkin akan mencari keseronokan di luar bersama-sama rakan-rakan dan akhirnya mengambil happy pill bagi menghilangkan kesedihan dan kesepian.

2. Pengaruh rakan

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan remaja cuba untuk mengambil dadah. Gambar hiasan NSTP/IHSAN POLIS

Ibu bapa perlu mengambil tahu siapa kenalan anak dan di mana anak berada selepas waktu sekolah. Jangan biarkan anak keluar malam bersama–sama rakan-rakan.

Hal ini kerana kebanyakan remaja lebih mempercayai rakan sebaya berbanding ibu bapa. Mereka menjadikan rakan sebagai idola dan ingin menjadi seperti rakan berkenaan yang bebas serta tampak hebat.

Oleh itu, remaja yang tidak dipantau ibu bapa, mudah terpengaruh dengan rakan sebaya dan berkemungkinan tinggi berminat untuk mencuba apa yang diambil rakannya termasuk mengambil dadah.

3. Bersifat ingin tahu

Antara pil khayal yang dirampas AADK menyerupai ubat atau gula-gula. Ihsan AADK. NSTP/EMAIL

Usia remaja adalah tempoh peralihan dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa. Ketika ini kebanyakan remaja gemar mencuba, bersesuaian dengan fitrah remaja yang mahu meneroka pelbagai perkara baharu.

Malangnya tanpa panduan dan bimbingan orang yang lebih dewasa, ada remaja mungkin tersilap langkah dan bergaul dengan rakan yang menyebabkan mereka terjebak dengan dadah. Bermula dengan cuba merokok, mereka mungkin berani pula untuk mengambil dadah.

Pemantauan ibu bapa, masyarakat dan juga pengurusan sekolah dapat mengelakkan remaja daripada berakhir sebagai penagih dadah. Ibu bapa juga perlu sentiasa memeriksa beg sekolah anak atau bilik mereka bagi memastikan anak tidak menyimpan dadah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 3 Dec 2021
Events Wed, 28 Sep 2022

Saksi Dakwa Ebit Lew Hantar Foto K*maluan Di Aplikasi WhatsApp

Tak tau nak kata apa, tunggu je lah keputusan kes perbicaraan tersbeut okay!

Featured Fri, 26 Apr 2019
Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Fri, 10 Mar 2023

4 Hero Terperangkap, Misi: Kembalikan Kuasa Kenyir Bakal Menyentuh Hati Penonton

Sedih tengok pengorbanan mereka 😢 Jangan lupa saksikan di Majalah 3, isnin depan jam 9 malam

Cahaya Mata Fri, 30 Sep 2022

Adira Suhaimi Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat

Alhamdulillah.. Tahniah Adira dan keluarga 🥰

Featured Wed, 10 Jan 2018

10 sebab travel buat anda lebih bahagia

Berkembangnya syarikat penerbangan tambang murah Air Asia membuatkan travel perlahan-lahan menjadi satu budaya dan gaya hidup masyarakat kita. Sama ada bercuti untuk bertemu keluarga di kampung, atau melepaskan lelah kerja seketika, travel sebenarnya bermanfaat kepada […]

Featured Sun, 28 Oct 2018

Ini Cara Yang Betul Untuk Bersihkan Papan Pemotong

Hanya guna lemon dan baking soda saja!