Eat Travel By: Yanie Baharom April 20, 2020 @ 12:00pm

Katakan tidak pada rendang organ, ini 6 sebab kemudaratannya pada kesihatan

Siapa yang suka makan organ? Bukan organ manusia yang penulis maksudkan (sebab ada kaum yang masih mengamalkan kanibalisme atau makan daging manusia), akan tetapi menggemari masakan berasaskan organ binatang halal seperti lembu, ayam, kambing atau kerbau.

Satu daripada menu paling popular ialah rendang limpa, jantung dan hati, yang biasa dihidangkan pada perayaan Aidilfitri.

Mungkin ramai yang rasa terliur tatkala membayangkan organ-organ ini tenggelam dalam kuah rendang yang kaya rempah-ratus dengan minyak berlinang.

Hakikatnya, ia enak dimakan, namun tidak baik untuk kesihatan. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan dakwaan ini, bagaimanapun anda wajar tahu kesan mengambil hidangan organ binatang seperti yang dikongsi Dr Rizal Abu Bakar.

Ini penjelasan beliau:

1. Dalam organ itu ada bahan logam seperti tembaga (copper), zink dan zat besi.

2. Keperluan harian untuk tembaga ialah 0.9mg (miligram) sahaja, namun saiz sederhana hati ayam sahaja membekalkan lebih dari 14mg tembaga.

3. Hati ayam yang bersaiz sederhana juga membekalkan 7mg zat besi dan 5mg zink. Kedua-duanya hampir melebihi keperluan otak kita. Lebih buruk, ia mengandungi 400mg kolesterol.

4. Kesan lebihan tembaga memberi impak pada fokus, pembelajaran dan memori yang akhirnya menjadi punca kepada penyakit alzheimer (nyanyuk).

5. Kesan lebihan zat besi pula menyebabkan keletihan, sakit-sakit dan lemah badan. Tambah memudaratkan, ia mendorong pada penyakit diabetes, kerosakan hempedu dan artritis.

6. Lebihan zat besi pula merupakan toksik pada otak. Mengganggu komunikasi antara sel-sel otak dan kesannya kita jadi pelupa.

Kalau sudah rezeki depan mata, takkan mahu menolak, sedap tu!

Kita diajar dalam buku biologi dan buku pemakanan untuk mendapatkan sumber vitamin B secara semula jadi atau mahu tambah darah kita perlu makan hati haiwan seperti lembu atau ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia.

Tetapi sebenarnya Rasulullah SAW tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Hal ini disebutkan di dalam al-Quran menerusi surah al-Baqarah Ayat 172 yang berbunyi:

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah antara rezeki yang baik-baik yang kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah SWT, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah”.

Jadi kalau secara saintifiknya terbukti tidak baik, kita makan juga, bukankah itu melanggar perintah Allah SWT. Jadi bagaimana, masih nak makan lagi?

Tepuk dada tanya selera!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Wed, 9 Aug 2023

Kongsi Video Di Butik, Aedy Ashraf Didakwa Tempah Baju Kahwin? Netizen Luah Rasa Teruja! – “Ukur Lilit Session”

Awhhh, Aedy tempah baju kahwin ke tuuu? 👀 Tak sabarnya min nak tengok Aedy, Amelia naik pelamin! Hiks 🤍😜

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 14 Mar 2022