Featured By: tex_admin March 2, 2018 @ 1:13pm

Keliru Apa Perbezaan Expired Date, Use Before & Use By? Baca Penjelasan Ini, Penting!

Anda mesti dah biasa nampak perkataan EXPIRED DATE, USE BEFORE dan USE BY dekat makanan yang anda beli kan? Ke anda terus beli saja tanpa periksa dulu? Jangan tau, sebab date tu semua sangat penting untuk anda tahu sama ada makanan tersebut masih selamat dimakan ataupun tidak!

http://blog.1worldsync.com/usa/win-consumers-on-their-path-to-purchase-with-trusted-product-content/

Setiap proses makanan yang dijual mesti ada tarikh yang ditetapkan pada label plastik, ini bertujuan untuk menjaga tahap kualiti makanan tersebut. Tetapi, anda kena tahu jugak perbezaan label Expired Date, Use Before dan Use by!

1. Best Before

Biasanya, kalau label Best Before ini ada pada makanan yang di pek segar selama 90 hari atau kurang. Ia juga dilabelkan begitu sekiranya makanan atau item tersebut di pek di tempat lain dan bukannya dijual terus di kedai tempat produk itu dibeli.

Paling penting sekali, anda kena tahu setiap kesegaran makanan selepas tarikh Best Before akan berkurangan dan ia bergantung kepada cara penyimpanan produk tersebut. Contohnya, roti.

Kiranya, label Best Before memberi info mudah iaitu: selepas tarikh ini ; kesegaran, rasa, nutrisi malah tekstur makanan boleh berubah!

Anda boleh gunakan deria hidu, bau dan rasa untuk menilai kualiti makanan tersebut. Jika ragu, buang saja.

2. Use Before/ Use By

Label ini biasanya digunakan untuk produk makanan yang perlu dimakan sebelum tarikh yang dicetak. Tujuannya untuk menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna. Kalau makanan yang rosak anda termakan mesti mengundang bahaya! Sebab itu, sebelum makan, andakene check dulu label sebelum makan!

Beza Use Before dan Best Before??

Use Before: Tidak boleh dimakan selepas tarikh dicetak. Peniaga juga tidak boleh menjual barangan yang melebihi tarikh Use Before.

Best Before: Masih boleh dimakan namun kualiti dan kesegaran makanan sudah berkurangan. Masih boleh dijual atau dipamerkan di rak jualan.

3. Tarikh Luput (Expiry Date)

Expired Date selalunya boleh tengok pada produk seperti cecair formula, suplemen dan susu formula bayi. Diingatkan! Selepas tarikh luput, produk tersebut tidak mempunyai nutrisi yang sama seperti pada label. Ia tidak boleh dimakan dan perlu dibuang.

http://wholesomebabyfood.momtastic.com/homemadebabyinfantformula.htm

Jadi, lepas ini kalau anda nak beli sesuatu barang makanan, anda mesti kene periksa dulu semua label tarikh yang ada tau! Jangan ambil mudah perkara ini, sebab kalau anda termakan makanan yang sudah rosak, pasti akan menjejaskan tahap kesihatan! JAGA-JAGA!

Sumber: Pamapedia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 May 2022
Featured Wed, 12 Apr 2023
Featured Thu, 14 Jul 2022

“Masih Banyak Perlu…” – Nyanyian Casablanca Live Dikritik Sumbang, Ini Respons Nuha Bahrin

Alahai, sabar ya Nuha ☺️ Yang penting terus belajar dan tak patah semangat! ❤️

Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Fri, 19 May 2023
Featured Tue, 19 Jun 2018