Featured By: Ad Ops August 28, 2019 @ 9:49am

Keliru cacar air atau campak? Ketahui perbezaannya

Setiap kali timbul bintik merah di badan, pasti kita akan terkeliru sama ada ia penyakit demam campak atau cacar air.

Demam campak atau measles merupakan penyakit berjangkit yang disebarkan oleh virus paramiksovirus, manakala cacar air atau ‘chicken pox’ disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV).

beza campak dan cacar air

Foto: Shared.com

Bagaimanapun, kedua-dia penyakit ini tersebar dengan cara yang sama iaitu melalui sentuhan langsung, menghirup udara yang mengandungi virus tersebut serta melalui titisan lembapan bersin atau batuk.

Perbezaan simptom

Ruam pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut di mana ruam bagi penyakit campak kebiasaannya rata dan tidak timbul, manakala bagi kes cacar air, ruamnya dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal.

beza campak dan cacar air

Foto: Free Malaysia Today

Ruam campak kebiasaannya bermula di dahi, diikuti kepala, badan, tangan dan merebak ke bawah kaki, manakala ruam bagi cacar air bermula di dada, muka, belakang dan boleh merebak ke seluruh badan.

Cacar air akan menyebabkan demam, badan letih, sakit kepala dan hilang selera makan. Campak pula akan menyebabkan seseorang itu demam panas, hidung dan mata berair serta sakit tekak.

Komplikasi

Kebanyakan kes campak dan cacar air mampu sembuh semula seperti normal, namun pesakit campak yang kekurangan zat dan mempunyai sistem imun yang lemah boleh menghadapi komplikasi seperti jangkitan telinga, jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan otak (encaphalitis) dan cirit birit.

beza campak dan cacar air

Foto: Baby Center

Bagi penyakit cacar air pula, jangkitan ini akan menghasilkan imuniti seumur hidup. Pun begitu, virus ini mungkin bersembunyi dan akan berulang sebagai kayap sehingga mampu menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan kuman pada kulit, jangkitan pada darah, radang paru-paru dan keradangan otak.

Rawatan dan pencegahan

Kedua-dua penyakit ini boleh dicegah dengan pengambilan suntikan vaksin. Bagi demam campak, suntikan imunisasi MMR (campak, beguk dan rubella) diberikan sebanyak dua dos iaitu pada umur sembilan dan 12 bulan.

Vaksin MMR termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan dan diberikan secara percuma di hospital serta klinik kerajaan seluruh Malaysia. Suntikan ‘varicella’ pula diberikan untuk kes cacar air di mana anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.

beza campak dan cacar air

Foto: Parent24.com

Setakat ini, tiada rawatan spesifik bagi demam campak, namun doktor menyarankan beberapa panduan untuk mengurangkan gejala.

Antaranya ialah dengan mengambil ubat tahan sakit (paracetamol) untuk mengurangkan demam dan hindari cahaya untuk elak sakit mata. Ruam pada kulit juga tidak perlu dirawat kerana akan sembuh dengan sendirinya.

Bagi penyakit cacar air pula, doktor akan sarankan ubat sapu dan ubat gatal untuk ruam. Dalam sesetengah kes, ubat antiviral seperti acyclovir mungkin diberikan untuk mengurangkan risiko berlaku komplikasi.

Terdapat juga beberapa petua tradisional untuk merawat penyakit ini antaranya memandikan pesakit dengan air kelapa muda dan menggunakan daun semambu untuk mengurangkan kegatalan.

Diharap dengan penulisan ini anda tidak lagi keliru antara campak dan cacar air. Semoga bermanfaat!

Sumber: Hello Doktor dan Free Malaysia Today

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Aug 2021

26 Guru Di Perlis Didakwa Enggan Terima Vaksin

Isu melibatkan kakitangan kerajaan yang menolak vaksin semakin menjadi perdebatan di kalangan ramai. Terbaru, seramai 26 guru sekolah di Perlis dikesan enggan menerima suntikan vaksin COVID-19. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia, Sains, Teknologi […]

Featured Fri, 22 Jul 2022

“Seorang Ibu Sanggup Gadai Nyawa, Tapi Kenapa Perlakukan Macam Haiwan?” – Lufya Omar Kecewa Pengasas Kosmetik Tak Berhati Perut

Lufya yang mengenali suspek secara peribadi berkata, dia pernah meluahkan rasa depresi kepadanya. Apapun masalah yang berlaku, nak-anak bukan tempat untuk melepaskan geram..

Featured Fri, 21 May 2021

Tengku Puteri Afzan Aminah Digelar Beauty With Brain, Kini Pelajar Jurusan Akaun Di London

Semakin dewasa semakin terserlah kejelitaan YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencecah usia 21 tahun. Puteri diraja itu sering meenjadi perhatian tatkala menemani bundanya, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tunku […]

Featured Thu, 16 Dec 2021
Featured Fri, 4 May 2018

5 Jenis Fabrik Perlu Dihindari Wanita Bertubuh Gempal, Elak Nampak Ekstra Gemuk

Bagi si pemilik tubuh gempal, bootylicious, wanita sado dan seangkatan dengannya, mungkin anda perlu membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan.

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan