Featured By: Yanie Baharom December 2, 2018 @ 9:00am

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Inginkan tubuh badan yang sihat dan menawan, mengawal pengambilan makanan saja tidak mencukupi. Bersenam adalah solusi yang terbaik tetapi tidak semua orang suka melakukannya.

Ia perlu dilakukan secara konsisten untuk sentiasa megekalkan momentumnya. Ini kerana biasa terjadi, seseorang yang tidak bersenam secara konsisten, akan menjadi malas.

Agak-agaknya, bila kali terakhir kamu bersenam? Seminggu? Sebulan? Setahun lalu? Apa kata rancakkan semula keinginan anda untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat dengan empat langkah mudah ini. 

1. Take baby steps

Dulu memang kamu mampu berlari 10 pusingan keliling padang, tapi janganlah rasa kamu boleh terus lakukan yang serupa selepas tinggalkan rutin ini lama. Letak sasaran realistik seperti dua pusingan pada hari pertama. Kemudian tambah jumlahnya. Tentu boleh!

2. Kata-kata motivasi

Tampal nota kecil di tempat kamu selalu lihat seperti di tepi komputer misalnya, dengan kata-kata perangsang seperti “saya mampu kembali pada zaman kegemilangan 45 kilogram!”. Barulah kamu akan jadi lebih positif.

Foto: Shutterstock

3. Faktor cuaca

Jangan jadikannya alasan berterusan, memang sampai bila-bila pun kamu takkan buat. Buka YouTube dan layan video pilates atau zumba untuk dilakukan di rumah.

4. Ajak kawan

Bersenam secara kumpulan dapat mengembalikan keghairahan, semangat dan keseronokan tatkala melakukan aktiviti ini. Mungkin anda boleh mengajak teman yang mempunyai misi dan visi yang sama seperti anda untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Foto: Health.com

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Dec 2022

[VIDEO] Dikritik Gemuk Punca Dini Schatzmann Lari, Janna Nick Terus Bersenam! – “Kita Ni Jenis Cepat Kembang Kecut..”

Jahatnya mulut!! Kesian Janna.. Dah nak masuk 2023 ni gais berhentilah bodyshaming 😌

Featured Sun, 18 Apr 2021

Bayi Dalam Kandungan Meninggal Dunia, Faralyna Akur Takdir Tuhan

Pelakon, Faralyna Idris berdepan dengan ujian yang tidak diduga apabila bayi yang masih dalam kandungannya pulang menemui ilahi. Sehari sebelum umat Islam menyambut puasa, Faralyna kehilangan zuriat ketiga yang diberi nama Muhamad Farid Muhammad Fikri […]

Featured Tue, 1 Jun 2021

Permohonan Program Subsidi Upah Dilanjutkan Sehingga…

Berikutan pelaksanaan total lockdown, Kerajaan mengumumkan pelanjutan tempoh pemberian bantuan Program Subsidi Upah (PSU) selama sebulan lagi bagi semua sektor ekonomi yang terkesan . Bagi pelanjutan ini, Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1.5 billion untuk disalurkan kepada […]

Featured Wed, 24 May 2023
Featured Sun, 5 Apr 2020

Berhati-hati beli produk kesihatan dalam talian

Perhatikan label pada kotak pembungkusan

Featured Thu, 20 Apr 2023
Eat Travel Sat, 28 Mar 2020