Featured By: Fadzlena Jafar March 13, 2020 @ 6:06pm

Kemunculan wanita Melayu tercantik di Malaysia gemparkan media

Kehadiran Puan Sri Normala Samsudin pada majlis perasmian Butik Gaya Hidup Siti Khadijah (SK) di pusat beli-belah KLCC, baru-baru ini bukan sahaja mencuri tumpuan ramai, malah diburu media yang ingin mendapatkan berita terkini mengenainya.

Beliau yang pernah digelar wanita Melayu tercantik di negara ini sekitar 15 tahun lalu, hadir bagi memenuhi jemputan Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd (Siti Khadijah Apparel ) sebagai tetamu pada majlis berkenaan.

Ramai tetamu yang mengejar Normala untuk mendapatkan gambar beliau. Gambar NSTP

Walaupun sudah lama meninggalkan dunia penyiaran apabila mendirikan rumah tangga dengan bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Tan Sri Azmi Khalid pada tahun 2005, ternyata kelibat wanita yang dianggap anak emas TV3 satu ketika dulu itu, masih mempunyai aura tersendiri.

Normala atau lebih senang membahasakan dirinya Kak Mala masih mesra dan kekal menawan seperti dulu. Rata-rata tetamu dan media yang hadir memuji kecantikannya terutama kulit wajah yang mulus sempurna meskipun kini sudah menginjak usia 56 tahun.

Kejelitaan Normala terserlah walaupun tampil sederhana.

Apabila ditanya mengenai dirinya, Normala berkata, beliau kini lebih memberikan tumpuan kepada keluarga, lebih-lebih lagi kedua-dua anaknya sudah dewasa.

“Saya masih seperti dulu, tetapi kini lebih memberikan tumpuan kepada suami dan anak-anak. Ada kalanya sibuk dengan aktiviti sendiri bersama-sama rakan, sesekali memenuhi undangan rakan untuk menghadiri majlis seperti ini.

“Saya dan suami juga masih membahagikan masa antara Kuala Lumpur dan Perlis. Memang jauh, tetapi sudah biasa dengan keadaan ini,” katanya ketika ditemui.

Tampil manis menggayakan jubah moden dan mengenakan solekan yang tipis, kejelitaan Normala tetap terserlah.

Gambar yang diambil pada tahun 1994 menunjukkan Normala (kiri) bersama-sama personaliti TV3 lain Ezzah Aziz Fawzy (tengah) dan Zalina Azman. Gambar NSTP

Ketika bertugas di TV3, Normala antara pengacara bagi program khusus untuk wanita terbitan TV3 seperti Nona dan juga Sekapur Sireh, selain pernah bertugas sebagai pembaca berita Buletin Utama TV3.

Beliau yang memenangi pertandingan Pengacara Jemputan Nona (PJN) pada 1991, sebelum ditawarkan sebagai pengacara program berprestij itu, dianggap pengacara terbaik Nona. Tidak hairanlah sehingga kini nama beliau tetap dikaitkan dengan program berkenaan yang mula bersiaran pada tahun 1985.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 16 Oct 2021
Featured Thu, 23 Apr 2020

“Yang duduk di bandar nak balik ke kampung tak boleh…tidak boleh,” – Ismail Sabri

Tolonglah jangan galak sangat nak balik kampung masa Ramadan ni

Featured Fri, 22 Oct 2021

Ginjal Khinzir Berjaya Dipindahkan Ke Dalam Badan Manusia

Buat pertama kalinya pembedahan pemindahan buah pinggang khinzir ke dalam tubuh manusia berjaya dilakukan tanpa sebarang komplikasi atau penolakan daripada sistem imun penerima. Kejayaan yang berpotensi besar ini dapat membantu mengurangkan kekurangan organ manusia untuk […]

Featured Sat, 5 Jan 2019

Bau Busuk Selepas Melunaskan ‘Hajat’, Ini Cara Menghapuskannya!

Pastikan bau tandas sentiasa dalam keadaan menyenangkan!

Featured Tue, 13 Jun 2023
Featured Sun, 19 Jun 2022
Featured Thu, 12 May 2022
Featured Thu, 31 May 2018