Featured By: Yanie Baharom October 19, 2018 @ 4:00pm

Kenali Apa Itu Omega 3 Yang Sangat Diperlukan Oleh Tubuh

Umum mengetahui pengambilan lemak yang berlebihan adalah tidak baik untuk kesihatan. Namun begitu, terdapat juga beberapa jenis asid lemak yang baik untuk kesihatan kita.

Definisi

Omega-3 merupakan sejenis kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diperlukan oleh tubuh. Ia tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita dan mesti diambil dalam diet harian.

Secara amnya, omega-3 banyak memberi kebaikan kepada kesihatan kita seperti mengurangkan risiko penyakit jantung, mencegah kemurungan dan mampu mencegah beberapa jenis kanser.

Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3 yang utama iaitu :

  • Alpha-linolenic acid (ALA)
  • Eicosapentanoic acid (EPA)
  • Docosahexanoic acid (DHA).

Sumber Makanan

Secara amnya, omega-3 boleh didapati daripada pelbagai sumber, sama ada daripada sumber haiwan atau tumbuhan. Walau bagaimanapun, omega-3 paling kaya dalam sumber ikan laut dalam seperti :

  • Ikan tuna
  • Ikan parang
  • Ikan sardin
  • Ikan kembung
  • Ikan bilis

Foto: Dietlicious (Tuna)

Foto: dapurmalaysia.com

Bagaimana Untuk Memenuhi Keperluan Pengambilan Omega-3 Dalam Diet Harian?

Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi otak, perkembangan dan tumbesaran. Menyedari kepentingan ini, Panduan Diet Malaysia menyarankan kita untuk mengambil satu sajian ikan dalam diet harian. Saranan ini mungkin dapat membantu pengambilan omega-3 yang mencukupi dalam diet harian kita.

Kepentingan

Omega-3 berperanan penting dalam mencegah penyakit kardiovaskular. Ia juga berperanan penting dalam mencegah jangkitan dan mengelakkan pembentukan plak di dalam salur darah.

1. Omega-3 dan Kesihatan Jantung

Penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di kebanyakan negara-negara membangun. Omega-3 dapat mengurangkan risiko berkaitan penyakit jantung seperti mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan tekanan darah tinggi.

2. Omega-3 dan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi sangat berkait rapat dengan pengambilan garam dan lemak tepu yang berlebihan. Bagi memastikan amalan pemakanan yang lebih sihat, anda bolehlah menggantikan hidangan seperti daging dengan hidangan ikan bagi suatu waktu makan utama. Ini kerana kandungan omega-3 yang tinggi dalam produk ikan dapat menurunkan tekanan darah tinggi.

3. Omega-3 Menurunkan Tahap Kolesterol Dalam Darah

Kajian menunjukkan pengambilan omega-3 dapat menurunkan tahap trigliserida dan pada masa yang sama ia juga mampu meningkatkan tahap kolesterol HDL (kolesterol baik) di dalam darah.

4. Omega-3 dan Kanser

Omega-3 juga dikaitkan dengan pencegahan beberapa jenis kanser seperti kanser usus, kanser payudara dan kanser prostat.

5. Omega-3 dan Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

Omega-3 daripada kelas DHA (Docohexanoic acid) dan EPA (Eicosapentanoic acid) amat penting dalam perkembangan otak kanak-kanak. Ia membantu sel otak untuk berhubung dan seterusnya mempengaruhi fungsi pemikiran dan pembelajaran kanak-kanak.

Kebaikan-Kebaikan Lain Omega-3

  • Meningkatkan tahap kesuburan
  • Mencegah masalah berkaitan mental seperti dementia (nyanyuk) dan kemurungan
  • Mencegah kejadian strok (angin ahmar)
  • Mengurangkan risiko diabetes (kencing manis)
  • Mencegah arthritis (sakit pada sendi)

Foto: DailyCaring (Stroke)

Foto: NexJ Health

Sumber:  MyHEALTH

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 29 Jun 2022
Featured Fri, 6 Mar 2020
Featured Sat, 21 Mar 2020

Baju kurung dan abaya tetap bergaya merentas masa

Persalinan malar segar sepanjang zaman

Featured Sun, 27 Mar 2022
Featured Tue, 4 May 2021

Pembayaran BPR Fasa Kedua Bermula 7 Mei Ini, Cara Semak BPR

Pembayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat fasa kedua yang memperuntukkan belanjawan sebanyak 2.75 bilion bakal dilaksanakan pada 7 Mei ini. Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul bantuan ini akan memanfaatkan 3.6 juta isi rumah , […]