Kulit masih terasa sama walaupun sudah berhabis ratusan ringgit untuk skincare? Sebenarnya, anda kena tahu dahulu jenis kulit wajah sebelum memakai apa jua skincare. Barulah berkesan!
Untuk pengetahuan anda, setiap daripada kita mempunyai perbezaan jenis kulit wajah. Kulit wajah terbahagi kepada 4 jenis iaitu kulit normal, kulit kering, kulit berminyak dan kulit kombinasi.
Hijab & Heels nak kongsi kepada anda cara nak kenali jenis kulit dengan menggunakan tisu saja. Jom kita semak!
1. Cuci dan keringkan wajah. Tunggu sekitar 30 minit.
2. Koyakkan tisu kepada 4 bahagian dan lekatkan pada :
- Dahi
- Hidung
- Pipi
- Dagu
3. Anda akan lihat hasilnya :
Kulit normal
Semua tisu melekat buat seketika dan kemudiannya jatuh.
Kulit kering
Semua tisu tidak melekat dan jatuh.
Kulit berminyak
Semua tisu akan melekat pada wajah yang berminyak.
Kulit kombinasi
Tisu melekat pada bahagian hidung dan dagu sahaja.
Bila anda dah kenal pasti jenis kulit, barulah beli skincare ikut jenis kulit anda okay!
Sumber: Twitter