Featured By: Ad Ops July 19, 2019 @ 12:00pm

Kenali juara gusti berhijab Nor Diana yang berjaya tewaskan 4 pesaing lelaki

Apabila bercakap mengenai sukan gusti, pasti kita akan membayangkan lelaki dengan badan berotot, manakala ahli gusti wanita juga akan menampilkan susuk tubuh yang lebih kurang sama.

Jangan terkejut, Malaysia juga ada ahli gusti wanitanya tersendiri. Siap berhijab lagi!

Di gelanggang profesional, Nor Diana Khamarulzaman, 20, dikenali dengan nama samarannya Phoenix.

Tetapi tidak seperti ahli gusti wanita lain, badannya kecil molek saja. Ketinggiannya hanya mencecah 155cm, manakala beratnya pula hanyalah 43kg.

Namun begitu, saiznya yang kecil dapat membantu Nor Diana bergerak dengan lebih pantas dan tangkas ketika ingin menewaskan pihak lawan yang lebih besar badannya.

Beliau juga menggunakan langkah serangan yang canggih di hadapan penonton yang bersorak kencang.

Usahanya telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya menjatuhkan empat pesaing lelaki pada  acara MyPW Fightback anjuran Malaysia Pro Wrestling (MyPW), baru-baru ini.

Hasilnya beliau dinobatkan sebagai juara gusti Malaysia. Hebatnya!

Saksikan bagaimana beliau beraksi di dalam gelanggang menerusi video di bawah yang dikongsikan oleh South China Morning Post.

Mari kenali dengan lebih dekat wanita muda yang telah mencipta nama dalam sukan yang didominasi oleh golongan Adam ini.

Nekad demi impian

Demi cita-cita yang tinggi, Nor Diana mula berlatih sebagai ahli tinju pada akhir tahun 2015. Beberapa bulan kemudian, beliau mula bertanding dalam pelawanan rasmi menerusi persatuan gusti tempatan MyPW.

MyPW adalah pertandingan seperti World Wrestling Entertainment (WWE) di Amerika Syarikat yang cukup popular di persada antarabangsa.

Nor Diana berkata, pada permulaan pembabitannya dalam sukan berkenaan, ramai yang agak pesimistik dengan dirinya, namun berkat sokongan penuh keluarganya beliau meneruskan misi dan impiannya itu.

“Ketika mula menceburi bidang ini memang sukar kerana ramai orang mengatakan saya tidak patut bergusti kerana saya seorang Muslim dan memakai hijab.

“Walaupun saya seorang Muslim dan berhijab, tiada apa yang boleh menghalang saya daripada melakukan apa yang saya suka,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lol, what is that pose? ????

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

Identiti lain

Nor Diana sinonim dengan penampilan unik di gelanggang dengan mengenakan seluar bercorak api, manakala baju dan tudung berwarna hitam dengan motif jingga.

Pada mulanya, Nor Diana bertanding sambil memakai topeng supaya orang ramai tidak mengenalinya. Tetapi sejak tewas dalam satu perlawanan pada tahun lalu, beliau membuat keputusan untuk mendedahkan identitinya.

Beliau akui ketika itu agak bimbang dengan reaksi orang ramai. Maklum, di luar gelanggang, beliau tidak berupa langsung seperti seorang ahli gusti, lebih-lebih lagi perwatakan beliau yang pemalu dan lembut apabila berbicara. 

Nor Diana yang bekerja di sebuah hospital tempatan berkata, apabila memakai pakaian gustinya, beliau akan bertukar menjadi Phoenix yang digeruni.

“Sebagai Phoenix, saya memang berubah menjadi individu lain. Dia (Phoenix) mungkin bersaiz kecil tetapi dia boleh buat perkara yang tidak dijangka.

“Apabila di dalam gelanggang, dia bergerak pantas dan selalu ingin menang,” katanya.

Populariti melonjak

Keunikannya itu membuatkan Nor Diana semakin mendapat perhatian dalam laman media sosial, terutama dalam kalangan wanita berhijab.

Kini, seramai 37,000 pengguna Instagram mengikuti akaunnya dan secara tidak langsung membantu mempopularkan arena sukan gusti di Malaysia yang masih kecil.

Ketika ini, ada lebih kurang 30 peninju tempatan dan setiap perlawanan dilaksanakan dua atau tiga bulan sekali dengan dihadiri beberapa ratus penyokong. Selain Nor Diana, ada seorang lagi peninju wanita yang aktif dalam sukan terbabit.

Jurulatihnya, Ayez Shaukat Fonseka, berkata sebaik sahaja Nor Diana menjadi popular, pihaknya menerima banyak mesej daripada wanita berhijab yang ingin menyertai sukan itu.

“Boleh dikatakan dia memecah tradisi dan membuktikan yang jika dia boleh buat, mereka juga boleh,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nor ‘Phoenix’ Diana (@nordianapw) on

Cayalah, Phoenix!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 28 Mar 2022

Sah Jadi Isteri, Natasha Hudson Mohon Doa Kesejahteraan Perkahwinan Kali Ini

Alhamdulillah, Tahniah Natasha! Kita doa yang baik-baik ya.. 😍

Gaya Hidup Thu, 19 Jul 2018

Ketahui Kegunaan Garfu Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Fikir Selama Ini

Peralatan dapur yang memiliki cabang dipanggil gigi ini juga mempunyai banyak fungsi lain.

Featured Sat, 25 Mar 2023

[VIDEO] “Tak Ada Makna Berjaya Kalau Menitikkan Air Mata Ibu, Dalam Masa 24 Jam Semua Hilang!” – Datuk Hattan

“Kalau sesekali terguris saja hati dia, tak ada untung dekat kita” – Datuk Hattan

Featured Thu, 16 Aug 2018

KL Fashion Week 2018 Bagai Acara Untuk Selebriti, Bukannya Industri Fesyen

Standard KL Fashion Week ini sama saja seperti 6 tahun lalu.

Featured Sat, 26 Mar 2022
Featured Mon, 19 Sep 2022
Featured Wed, 17 May 2023
Featured Fri, 19 May 2023