Featured By: Ad Ops February 2, 2018 @ 10:00am

Kenali Kanser Kolorektal

Kanser kolorektal atau lebih dikenali sebagai kanser usus besar mungkin tidak sepopular kanser payudara dan servik. Namun, ia juga merupakan penyakit yang digelar pembunuh secara senyap dan ketiga tertinggi di kalangan wanita. Ramai yang tidak menyedari bahayanya penyakit ini kerana kebanyakan pesakit kanser kolorektal terutama bahagian usus besar tidak mengalami sebarang simptom pada peringkat awal.

Simptom kanser kolorektal yang tidak nyata dan sering disalah tafsir sebagai masalah lain membuatkan ia sering diabaikan begitu sahaja. Kebanyakan pesakit hanya bertemu doktor apabila kanser berada pada tahap kritikal iaitu tahap tiga atau empat di mana sel kanser sudah merebak ke organ lain, seperti hati atau paru-paru. Proses ini mengambil masa bertahun-tahun dan tidak menunjukkan gejala jelas sehinggalah ia semakin teruk. Apabila berada pada tahap ini, kemungkinan peluang untuk hidup adalah tipis.

Siapa yang berisiko?

Biarpun punca sebenar penyakit ini tidak diketahui dengan tepat, namun ia dikatakan ada kaitan dengan tabiat pemakanan dan gaya hidup seseorang. Mereka yang berisiko tinggi mendapat kanser kolorektal ialah:

1. Golongan berumur 50 tahun ke atas.

2. Sejarah diri – Wanita yang pernah menghidap kanser lain seperti payudara, ovari atau penyakit radang usus seperti ‘ulcerative colitis’ dan ‘Crohn’s disease’.

3. Sejarah keluarga – Individu yang mempunyai ahli keluarga yang mempunyai polip kolorektal atau kanser kolorektal.

4. Mempunyai sindrom genetik yang berkaitan dengan kanser seperti ‘familial adenomatous polyposis (FAP)’ atau ‘hereditary non-polyposis colorectal cancer’.

5. Pemakanan – Pengambilan makanan yang tidak seimbang, kaya lemak, banyak daging dan terlalu kurang serat.

6. Gaya hidup tidak sihat – Mereka yang obesiti dan kurang bersenam berisiko tinggi diserang kanser kolorektal.

7. Alkohol – Ada penyelidik mengatakan terlalu banyak mengambil minuman keras boleh meningkatkan risiko penyakit ini.

8. Rokok – Kajian menunjukkan perokok mempunyai risiko 30 hingga 40 peratus menghidap kanser usus berbanding bukan perokok. Selain menjadi penyebab kepada banyak jenis kanser lain, asap rokok juga boleh meningkatkan risiko terhadap pertumbuhan polip (ketulan kecil).

Tanda-tanda kanser kolorektal

1. Kerap buang air tetapi tetap rasa tidak puas.

2. Alami masalah sembelit dan cirit-birit berselang-seli.

3. Najis bercampur dengan darah.

4. Najis berwarna kehitaman (akibat kehadiran darah). Warna najis menunjukkan lokasi pendarahan dalam usus. Jika darah itu merah dan terang bermakna pendarahan berlaku pada bahagian hujung usus yang berdekatan dengan rektum. Najis yang kehitaman menunjukkan pendarahan berlaku pada pertengahan atau pangkal usus (dekat dengan apendiks).

5. Perubahan pada bentuk najis (sama ada menjadi semakin kecil atau nipis).

6. Perut rasa memulas.

7. Terasa asyik hendak buang air besar (walaupun sebenarnya tidak perlu).

8. Perut rasa tidak selesa (sama ada senak, sakit atau kembung).

9. Muntah.

10. Hilang selera makan.

11. Berat badan turun tanpa sebab.

12. Kerap penat.

13. Pada keadaan serius, pesakit mungkin tidak boleh buang air.

Sumber: Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di:

Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid

AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 Nov 2018

Berkhasiat Atau Tidak Makan Organ Dalaman Haiwan?

Hati, perut, usus, lidah antara jenis organ dalaman haiwan.

Featured Fri, 2 Dec 2022

Terima Panggilan Daripada Ungku Ismail, Norreen Iman Menangis Nad Zainal Sudah…

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman yang terkenal dengan perangai ‘gila-gila’ di media sosial terkejut apabila menerima panggilan Ungku Ismail berkaitan keadaan Nad Zainal yang sedang sakit. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Norreen memberitahu Ungku Ismail […]

Featured Sun, 23 Sep 2018
Featured Fri, 7 Jan 2022

Youtuber Tawar Gaji RM3,000 Sebulan, Jadi Pengasuh Jaga Patung Puaka

Selebriti Youtube dari Indonesia, Rizki Nasution, dilaporkan sedang mencari empat orang pengasuh untuk menjaga kesemua patung puaka miliknya dengan gaji 10 juta rupiah (RM2,925) sebulan. Berdasarkan video yang dimuat naik di laman TikTok oleh seorang […]

Featured Fri, 17 Jun 2022

“Siapa Dr. Azra ni? Tolong Munculkan Diri” – Ellie Suriaty Akui Terkesan, Mohon Jangan Permainkan ‘Cinta’ Azri Iskandar

Kesian anak-anak tertanya siapa bakal ibu tiri mereka. Ellie mohon Azra jangan jadi pengecut & berselindung

Eat Travel Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 17 Aug 2022

Telan 12 Kapsul Ketum Dua Kali Sehari, Seorang Lelaki Masuk ICU

Bahaya ya penggunaan ketum ni.. Semoga diberikan kesembuhan buatnya.