Featured By: Ad Ops March 15, 2019 @ 10:00am

Kenali ‘pelakon’ yang main watak kucing peliharaan Captain Marvel

Sudahkah anda menonton filem Marvel Studios terbaharu, Captain Marvel? Filem ini ditunggu-ditunggu dalam kalangan peminat komik dan filem Marvel kerana watak utamanya yang ikonik.

Maklumlah, bukannya selalu kita dapat melihat adiwira wanita menerajui filem hebat yang dihasilkan satu daripada syarikat penerbitan terbesar di dunia.

Bagi yang sudah menonton filem Captain Marvel, selain watak Captain Marvel itu sendiri anda pasti menyedari ada satu lagi watak yang sering mencuri perhatian penonton, iaitu Goose, kucing peliharaan adiwira berkenaan.

Walaupun haiwan comel itu berkongsi skrin dengan pelakon hebat Hollywood seperti Brie Larson, Jude Law dan Samuel L Jackson, ia masih mampu menyerlahkan diri.

Besar kemungkinan anda akan jatuh cinta dengan kucing jingga itu setelah menonton filem Captain Marvel (lakonan Brie).

Jom kita baca sedikit latar belakang mengenai kucing yang memainkan watak Goose.

Foto: Walt Disney Studios

Menurut pelatihnya untuk filem ini, Ursula Brauner, kucing popular itu bernama Reggie dan sebenarnya ‘gila publisiti.’

Ursula ialah ketua pelatih dan pemilik bersama syarikat Boone’s Animals for Hollywood yang melatih dan mengurus haiwan yang digunakan di dalam filem, siri televisyen dan iklan.

Tugasnya itu membawanya ke set penggambaran Captain Marvel, filem yang memerlukan kucing jingga untuk memainkan watak Goose. Sebaik mengetahui mengenaiprojek terbaharu Marvel itu, Ursula tahu bahawa Reggie ialah kucing yang bersesuaian dengan watak Goose.

“Reggie amat relaks. Aktiviti yang paling digemarinya adalah menggesel pada muka dan kaki orang. Ia adalah kucing yang paling selamba yang pernah saya jumpa,” kata Ursula.

Menurutnya lagi, syarikat Boone’s Animals for Hollywood memastikan yang setiap haiwan yang mereka latih berminat untuk belajar dan selesa apabila bekerja dalam persekitaran penggambaran filem.

“Apa yang kami lakukan adalah mewujudkan ikatan dan kepercayaan yang kuat dengan haiwan itu. Lama-kelamaan kami cuba membiasakannya dengan bekerja di set dan dalam suasana pembikinan filem.

“Kami inginkan haiwan berkenaan untuk menikmati pengalaman bekerja dan bukan semua haiwan mempunyai personaliti yang sesuai untuknya. Sama seperti manusia, haiwan juga ada yang introvert, ada yang ekstrovert,” katanya.

Foto: Hollywood Reporter

Walaupun Reggie membuatkan lakonan tampak mudah bagi seekor kucing, bukan semua kucing mempunyai kemahiran berkenaan.

Ursula berkata, berbanding kucing lain, Reggie menunjukkan bahawa dia mengetahui dan menyedari bila waktu bekerja ketika berada di set.

“Reggie betul-betul tahu apabila dia sedang bekerja. Dia juga tahu bila kita berjaya mendapatkan lakonan yang diinginkan!

“Kadangkala jika tidak berjaya, ia akan cuba semula langkah pertama dengan sendiri. Ada kala tumpuannya terganggu, tetapi Reggie sedar dan memperbetulkan tindakannya. Dia memang terbaik!” katanya.

Ursula juga berkata, Reggie berasa sangat teruja apabila tiba masanya untuk mula bekerja, terutamanya jika akan melakonkan adegan aksi.

Apabila tidak bekerja, Reggie menghabiskan masanya sama ada di rumah dengan pelatihnya atau dengan pelakon kucing lain di ladang Boone’s Animals for Hollywood.

Sebelum Captain Marvel, Reggie pernah muncul di dalam filem The Hateful Eight dan Pup Star. Ursula tidak mendedahkan projek Reggie yang akan datang, tetapi nampaknya kucing itu ditakdirkan untuk menjadi lebih popular.

Sumber: People

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Tue, 17 Sep 2019

Koleksi Musim Luruh-Sejuk 2019 Safilo tampil kelainan

Penuh gaya dengan bingkai yang menarik dan aksesori yang berkilau!

Eat Travel Thu, 7 May 2020

Walaupun berstatus paya, cantiknya luar biasa

Jangan kata ‘tidak’ sebelum anda lihat terlebih dahulu

Featured Fri, 14 Dec 2018

Guna Pam Susu Boleh Rosakkan Payudara Si Ibu?

Pencemaran susu ibu boleh boleh berlaku bila pam payudara itu tidak dibersihkan dengan betul.

Featured Thu, 26 Jan 2023

Buat Beyonce Dubai Riff Challenge, Ernie Zakri Pukau Hati Peminat

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri cuba melakukan kemahiran vokal penyanyi popular antarabangsa, Beyonce yang tular ketika membuat persembahan di Dubai. @erniezakri23 stuck in my head 24 hrs. send help. #beyoncedubai #beyoncechallenge #beyonce ♬ original sound –

Featured Sat, 2 Apr 2022

“Saya Ingat Akan Kena Kecam Tapi…” – Bawa Watak ‘G*y’, Gambit Akui Ia Berkesan Dan Diterima Penonton

Tu lah semua positif je dan ada yang tak sabar nak tunggu eh drama macam ni lagi…

Featured Wed, 13 Feb 2019

Hendak bergaya ketika memakai baju renang Muslimah, siapa kata tidak boleh?

Pakaian renang Muslimah rekaan MatSalleh Design boleh membantu.

Featured Tue, 8 Mar 2022

“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Semakin handal Queen kita bertiktok. Agak-agak tiktokers risau kenapa tu ya..? 🤭😜

Featured Mon, 27 May 2019

| Live TV