Featured By: Fadzlena Jafar June 3, 2020 @ 10:35am

Kenyataan ‘bodoh’ Ratu Malaysia Universe mengenai kematian George Flyd dikecam

Kenyataan bekas pemenang Ratu Malaysia Universe 2017, Samantha Katie James dalam laman peribadi Instagramnya mengenai kematian George Floyd dengan mengaitkan masyarakat Afrika Amerika ‘memilih untuk dilahirkan sebagai insan berkulit hitam’ menimbulkan kemarahan masyarakat dunia.

Meskipun hantaran yang disiarkan pada 1 Jun 2020 itu sudah dipadam, warga siber terus menghentam beliau yang dianggap tidak peka dan bersifat perkauman apabila mengeluarkan kenyataan jelik berkenaan.

Dalam hantaran itu, Samantha mungkin berniat baik untuk menenangkan keadaan apabila meminta masyarakat Afrika Amerika untuk bertenang dan menjadikan kematian Floyd sebagai cabaran untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kepada masyarakat kulit hitam, bertenang, jadikan ini satu cabaran, ia akan membuat anda lebih kuat,” tulisnya.

Bagaimanapun, Samantha menyambung kenyataan itu dengan ayat yang dilihat berbaur negatif dan perkauman sehingga menimbulkan kemarahan ramai warga siber.

“Anda memilih untuk dilahirkan sebagai insan kulit ‘berwarna’ di Amerika Syarikat (AS) untuk tujuan tertentu. Iaitu untuk belajar mengenai sesuatu pengajaran.

“Terima keadaan anda, kerana sehingga kini kelaparan dan kemiskinan tetap wujud. Inilah keadaannya. Tidak boleh dielakkan. Cara terbaik adalah kekal bertenang, lindungi perasaan anda dan jangan biarkan ia dirosakkan. Itu tanggungjawab anda,” tulisnya.

Ratu Malaysia Universe 2016, Kiran Jassal (kiri) memakaikan mahkota pada Samantha Katie James, ketika beliau dinobatkan Ratu Malaysia Universe 2017 di Kuala Lumpur pada 2017. (Gambar NSTP/ AZIAH AZMEE)

Dua jam kemudian, Samantha menghantar satu lagi hantaran bagi menjelaskan kenyataan pertamanya.

“Saya tidak dilahirkan di AS, isu ini (George Floyd) tiada kaitan dengan saya, tetapi bagi saya, nampaknya orang kulit putih sudah menang. Jika anda marah, anda akan membuat maklum balas dalam keadaan marah dan kesedihan.

“Maknanya, ia (kemarahan itu) menguasai anda. Mereka berkuasa terhadap anda,” tulisnya dengan meletakkan kata-kata “manusia bodoh” di hujung ruang hantaran berkenaan.

Kematian Floyd ketika ditahan pihak polis Minneapolis, Minnesota menimbulkan kemarahan bukan sahaja di AS, tetapi juga di seluruh dunia. Beliau yang ditahan di jalan raya dan ditindih seorang pegawai polis sehingga meninggal dunia kerana sesak nafas menyebabkan bantahan di seluruh AS terhadap pihak polis, malah ada negeri yang diisytiharkan darurat.

Sehubungan itu, kenyataan seperti yang dikeluarkan Samantha dianggap prejudis dan jelik kerana seolah-olah tidak peka dengan keadaan semasa.

Menurut Malay Mail, dalam ruang sembang hantaran berkenaan, Samantha turut menjawab soalan warga siber yang mempertikaikan beliau yang dilahirkan di Malaysia dengan berdarah campuran.

“Jiwa kita memilih kehidupan ini, negara kita dilahirkan, kaum kita, dan bentuk kita kerana tujuan tertentu. Saya sering tertanya-tanya kenapa dilahirkan di Malaysia sebagai orang kulit putih dengan ibu yang berketurunan Cina  dan India, serta bapa pula warga Brazil.

“Sepanjang saya bersekolah di Malaysia, saya sering dipandang serong hanya kerana dilahirkan sebagai ‘insan kulit puth’,” tulisnya.

Pelbagai kenyataan Samantha jelas menunjukkan seolah-olah beliau tidak peka dengan keadaan semasa, malah kebanyakan warga siber meminta supaya gelaran Ratu Malaysia Universe yang disandang Samantha ditarik balik.

Pagi ini, The Miss Malaysia Universe Organization (MUMO) mengeluarkan kenyataan  yang kecewa dengan hantaran Samantha, bekas pemenang pertandingan itu yang dilihat tidak bersesuaian.

“MUMO melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan dalam media sosial oleh Samantha Katie James, seorang bekas pemenang Pertandingan Ratu Malaysia Universe. Kenyataannya dalam hantaran itu, tidak bersesuaian, menyakit hati, tidak boleh diterima dan melukakan hati.

“Kenyataan Samantha Katie James itu dikeluarkan dalam laman sosial peribadinya, atas tanggungjawabnya dan tidak mencerminkan pandangan MUMO. Samantha Katie James tidak mempunyai kontrak dengan MUMO dan tidak lagi mewakili organisasi ini sejak Jun 2018.

“MUMO berpegang pada masyarakat yang tidak mengamalkan perkauman dan amat tidak bersetuju dengan sebarang tindakan atau kenyataan perkauman mahupun prejudis di seluruh dunia,” kata kenyatan itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 May 2023
Featured Thu, 4 Nov 2021
Featured Wed, 12 Jan 2022

Akibat Curi Duit Surau – Jejaka Diperlakukan Seperti Mandi Jenazah, Netizen Anggap Ia Satu Hukuman Memalukan Agama

Tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang pemuda yang didakwa mencuri duit surau melalui proses mandi jenazah dan ia dilakukan oleh beberapa jemaah. Video berdurasi 1:26 minit itu mempamerkan seorang lelaki tua yang dipercayai […]

Featured Fri, 10 Aug 2018

Kanak-Kanak Ini Berkaki Kudung Tapi Tetap Dipilih Menjadi Model Cilik, Inspiring Sungguh!

Dia tak biarkan kecacatannya menghalangnya daripada mencapai cita-cita.

Featured Mon, 10 Jan 2022

Ditanya Bila Nak Tambah Anak, Ini Jawapan Diana Danielle

Pelakon Diana Danielle menjelaskan alasan dia tidak menambah bilangan zuriat walaupun dua orang anaknya sudah mula membesar. Bagi Diana, pada usia anaknya yang begitu, mereka perlukan bimbingan dan input daripada ibu bapa sepanjang masa sebelum […]

Featured Fri, 15 May 2020