Featured By: Shaidah Shafie May 11, 2020 @ 12:07pm

Keracunan makanan, sakitnya lebih teruk daripada bersalin!

Makan makanan yang terdedah atau dicemari bakteria boleh menyebabkan keracunan makanan dan lazimnya antara gejala yang dialami seperti sakit perut atau muntah.

Cirit-birit juga mempunyai simptom yang hampir sama, iaitu mengalami sakit perut dan kerap ke tandas, tetapi ada perbezaan dengan keracunan makanan.

Keracunan makanan biasanya bermula dengan pening diikuti muntah, sakit perut seperti memulas dan mengakibatkan individu akan berulang-alik ke tandas, manakala cirit-birit pula hanya mengalami sakit perut dan ke tandas beberapa kali.

Hasniza Hassan (dua dari kiri) bersama-sama rakan setugas ketika bekerja di makmal kajian. Foto: Hasniza Hassan.

Pegawai Teknologi Makanan Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan (KKM), Hasniza Hassan, berkata individu yang mengalami rasa sakit perut memulas perlu mengetahui keadaan sebenar sakit perut yang dialaminya Itu.

Katanya, keracunan makanan berlaku apabila individu memakan makanan atau minuman yang dicemari oleh bakteria patogenik atau sebarang unsur beracun yang boleh menyebabkan penyakit.

”Simptom klinikal yang biasa berlaku apabila individu mengalami keracunan makanan adalah sakit perut, loya, muntah, cirit-birit dan pening. Dalam keadaan yang teruk individu boleh mengalami simptom seperti demam.

“Apabila berlaku cirit-birit atau muntah, badan kekurangan air dan mineral seterusnya menyebabkan badan menjadi lemah,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Makanan yang terdedah kepada bakteria juga boleh menyebabkan keracunan makanan – gambar hiasan. Foto: NSTP/NIK HARIFF HASSAN

Lazimnya, simptom keracunan makanan yang dialami individu bergantung pada jenis bakteria yang mencemari makanan berkenaan dan dapat dikenal pasti melalui tempoh inkubasi atau tempoh simptom pertama yang muncul selepas individu terdedah pada bakteria terbabit.

Sekiranya makanan dicemari bahan kimia, individu terbabit akan terkesan dengan cepat seperti mengalami muntah dan pening, manakala jika termakan makanan mengandungi toksik bakteria, individu akan mengalami pening, rasa loya serta perut memulas dalam tempoh masa yang singkat.

Keracunan makanan juga selain menyebabkan sakit perut melampau, akan menyebabkan mangsa mengalami pening, muntah dan sesak nafas – gambar hiasan. Foto: NSTP/MOHD AZREN JAMALUDIN.

Hasniza berkata, dalam kebanyakan kes, individu dewasa biasanya boleh bertahan dengan simptom yang dialami, tetapi berbeza dengan golongan berisiko seperti orang tua, wanita mengandung, kanak-kanak, pesakit kanser atau pesakit kronik, keracunan makanan boleh memudaratkan jika tidak dirawat dengan segera.

“Rawatan segera adalah penting bagi mengelak penyakit menjadi lebih parah terutama sekiranya individu mengalami muntah dan cirit-birit yang teruk. Jika ini berlaku, pesakit dinasihatkan segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

“Keracunan makanan boleh dicegah sekiranya orang ramai peka dengan makanan yang disediakan atau yang dibeli dan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi dalam kehidupan sehari-harian,” katanya.

Sehubungan itu, Hasniza berkongsi beberapa panduan mudah bagi menghindarkan keracunan makanan.

1. Amalkan tahap kebersihan yang tinggi ketika menyediakan makanan bagi mengelakkan makanan daripada tercemar dengan bakteria patogenik.

2. Banyak kajian saintifik menunjukkan amalan kerap mencuci tangan dengan air yang bersih dan sabun berkesan untuk mencegah keracunan makanan.

3. Amalkan langkah lihat, hidu dan rasa makanan sebelum makan bagi mengesan sebarang perubahan yang mungkin petanda makanan telah tercemar dan sudah rosak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 5 Jun 2020

Ini Tips Untuk Korang Yang Nak Beli Rumah!

Jangan main belasah je pilih rumah untuk dibeli ok?

Featured Mon, 21 Mar 2022

“Lirik Sangat ‘Deep'” – Lagu ‘Ku Ikhlaskan’ Inspirasi Kisah Peribadi DSV, Jadi Saham Akhirat Bina Tahfiz

Orang kata ‘Tak kenal maka tak cinta’ begitulah konsep pada lagu DSV ini. Apabila dah dengar ternyata ramai yang mengalir air mata. Menurut DSV juga, lagu Ku Ikhlaskan adalah salah satu usahanya untuk mengumpul dana bagi membina Pusat Tahfiz di Perak. Alhamdulillah 🤩

Featured Wed, 11 May 2022
familuv Thu, 22 Nov 2018

Ketahui Garis Panduan Ini Sebelum Memilih Haiwan Peliharaan Untuk Anak Anda

Adakah dia sudah sedia untuk tanggungjawab ini?

Featured Mon, 22 Feb 2021

“Comelnya Anak Dia!” Telatah Anak Kembar Eina Azman Memasak Cuit Hati Ramai

Pandai betul anak DP Eina Azman bergaya, sama macam Mommy dia😍

Eat Travel Thu, 16 Aug 2018

Kari Laksa Malaysia Tersenarai Dalam Top 5 Makanan Terbaik Dunia, Cayalah!

Terdapat 10 makanan Malaysia lain yang turut tersenarai!

Featured Thu, 2 Apr 2020

Kes import punca jangkitan COVID-19 di Malaysia meningkat

Penguatkuasaan fasa kedua PKP diperketat

Featured Tue, 22 May 2018

Penemuan Spesies Semut Baharu Ini Diberi Nama Echinopla Tunku-Abduljalilii

Sultan Johor namakan spesies baharu semut iaitu Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Featured Wed, 7 Sep 2022

| Live TV