Featured By: Shaidah Shafie March 18, 2020 @ 6:27pm

Kerajaan tidak melaksanakan bancian atau imunisasi COVID-19

Musibah yang melanda negara ketika ini disalah guna pihak tertentu untuk menipu orang ramai yang berada dalam keadaan berhati-hati akibat COVID-19.

BH melaporkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) meminta orang ramai agar tidak mudah percaya sekiranya didatangi pihak tertentu ke kediaman mereka dengan alasan ingin membuat imunisasi.

“MKN menasihatkan semua pihak berhati-hati dengan taktik terkini pihak tidak bertanggungjawab  yang mengambil kesempatan terhadap situasi COVID-19 yang sedang melanda kini.

“Sila ambil perhatian dan (ambil) tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Pemeriksaan kesihatan hanya boleh dilakukan kakitangan perubatan, manakala syarikat akan menjalankan pemeriksaan suhu. Gambar hiasan/NSTP

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan tidak mudah percaya  jika dikunjungi pihak tertentu yang mendakwa mereka ingin melakukan bancian mahupun imunisasi mengenai wabak yang sedang melanda negara.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan melaporkan  jumlah kematian seluruh dunia akibat COVID-19 adalah sebanyak 7,904 kes dengan Itali mencatat kadar 7.94 peratus kematian.

Sementara itu, Malaysia mencatat keseluruhan 673 kes positif COVID-19 dan 49 daripada jumlah itu sudah pulih, namun sehingga semalam, dua kematian dicatat menjadikan kadar kematian di negara ini sebanyak 0.3 peratus.

Sehubungan itu, masyarakat digesa supaya sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai COVID-19 menerusi sumber sahih termasuk media arus perdana dan portal yang dimiliki syarikat media tempatan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 24 Nov 2022

Sering Jadi Pilihan Bawa Watak Sedih, Ini Respons Amyra Rosli

Pelakon terkenal, Amyra Rosli sering menjadi pilihan untuk membawa watak sedih dan berat dalam drama. Menurut Amyra, watak yang ditawarkan adalah satu rezeki untuknya dan isteri pelakon Amar Baharin ini tidak pernah bosan untuk memegang […]

Featured Tue, 16 Feb 2021
Featured Fri, 27 May 2022

Dipanggil Perempuan Sundal, Sarah Hilderbrand Nekad Bawa Diri

Betul kata Sarah tu… mentaliti manusia sekarang ni hmmmm…

Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Fri, 5 Aug 2022

“Bakat Macam Ni Patut…” – Muncul Dengan Single ‘Slebew’, Impian Ratu Farah Diva Nak Jadi Artis Tercapai?

Wah hebatnya Ratu dah ada lagu sendiri eh sekarang 😍 Lepasni mesti berlakon pulak kan! Slebewwww 😂

Featured Mon, 13 Feb 2023
Featured Thu, 16 Feb 2023
Featured Sat, 8 Oct 2022

Bakal Timang Anak Ke-6, Isteri Aliff Syukri Terkejut Video Tular – “Bukannya Saya Baru Hamil Anak Sulung”

Tahniah DS Aliff Syukri & DS Shahida… Ramai-ramai baru meriah rumah! 😍