Featured By: Fadzlena Jafar April 5, 2020 @ 7:02pm

Kes import dari Itali cetus kluster baharu dengan 5 kematian

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan kluster baharu wabak COVID-19 yang berpunca daripada kes import dari Itali sehingga mengakibatkan lima kematian di Sarawak.

Kluster baharu itu berpunca daripada kes ke-1,580 yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali dan sehingga kini sudah dikesan menjadi punca kepada 37 kes baharu positif COVID-19 di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes berkenaan adalah antara kes import yang dijangka menjadi punca lebih banyak jangkitan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Kluster berkenaan berpunca daripada seorang rakyat Malaysia yang melancong ke Itali iaitu kes ke-1,580 yang dikesan menjangkiti 37 kes lain termasuk lima kematian iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210 serta satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan dalam unit rawatan rapi (ICU).

“Ada satu kes daripada kluster itu dikesan dan saringan dilakukan, tetapi menggunakan serologi. Beliau disahkan negatif dan dibenarkan balik ke rumah, tetapi beliau sebenarnya sudah dijangkiti lalu menyebabkan penularan jangkitan baharu termasuk satu keluarga,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Hari ini, sebanyak 179 kes baharu positif COVID-19 dikesan menjadikan kes keseluruhan di Malaysia sebanyak 3,662 kes termasuk 2,596 kes yang masih dirawat di hospital.

KKM melaporkan empat kes baharu kematian akibat COVID-19 pada hari kelima pelaksanaan fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadikan keseluruhan 61 kes kematian, manakala 99 kes menerima rawatan di ICU dan daripada jumlah itu 48 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dr Noor Hisham berkata, ketika ini 180 negara terjejas akibat jangkitan wabak COVID-19 dan sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan boleh mencetuskan kes import.

Sehubungan itu, beliau merayu masyarakat khususnya rakyat Malaysia yang mempunyai hubungan dengan beberapa kluster yang sudah dikenal pasti supaya memberi maklumat yang betul bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan baharu berlaku.

“KKM akan terus mengesan dan membuat saringan terhadap pihak yang didapati mempunyai hubungan dengan beberapa kluster seperti kluster Masjid Seri Petaling, kluster Maahad Tahfiz AnNabawiyyah, Sungai Lui dan kluster baharu di Kuching ini yang sudah menyebabkan jangkitan sehingga ke generasi ketiga.

“Oleh itu, amat penting bagi setiap rakyat yang berisiko untuk memberikan maklumat tepat kepada KKM supaya KKM dapat melakukan perkara yang sewajarnya termasuk memberi rawatan dan mengesan kontak rapat untuk tujuan saringan,” katanya.

Gambar utama: KKM melakukan saringan bagi mengesan jangkitan baharu. (Gambar NSTP)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 21 Mar 2018

Video Lip-Sync 50 Ibu Bersama Anak Sindrom Down Buat Air Mata Satu Dunia Berjurai

Sebuah video bertajuk ’50 Mums, 50 Kids, 1 Extra Chromosome’ kini bukan sahaja menjadi viral, malah ia turut menyentuh hati seluruh masyarakat dunia.

Eat Travel Tue, 4 Dec 2018
Featured Wed, 15 Feb 2023
Featured Thu, 21 May 2020

Bukan sahaja diarah berpatah balik, malah dikenakan kompaun serta-merta!

Kerajaan bimbang penularan wabak COVID-19 kembali rancak

Featured Sun, 26 Aug 2018

4 Jenis Teh Yang Boleh Bunuh Lemak-Lemak Degil Dalam Badan

Lagi bagus anda minum teh ini tanpa gula!

Featured Sun, 18 Sep 2022
Featured Fri, 27 May 2022

Peminat Teruja! Boleh Imbau Kenangan 12 Ikon Penyiaran Buat ‘Comeback’ Dalam Buletin Utama TV3

Keterujaan peminat jelas dapat dilihat apabila 12 ikon penyiaran TV3 akan memberi kejutan kepada penonton setia Buletin Utama dengan membuat penampilan istimewa sempena ulang tahun ke-38 stesen berkenaan. 12 ikon yang terdiri daripada Senator Datuk […]

Featured Sat, 25 Jun 2022

Disaman A. Aida, Amelia Henderson Pilih Berdiam Diri – “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya”

Kita tunggu kenyataan Amelia pulak, mesti ada sebab kan dia buat macam tu!