Featured By: Yanie Baharom July 31, 2018 @ 9:00am

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Satu hari tanpa telefon memang buat boleh kita tidak senang duduk. Pada yang pernah tertinggal telefon tu, perasaan memanggil-manggil untuk segara pulang ke rumah mengambil telefon yang tertinggal.

Itu belum lagi kisah yang pernah kehilangannya. Sedihnya bukan kepalang ibarat meratapi kematian orang tersayang. Barangkali perasaannya kehilangan telefon lebih dahsyat berbanding kehilangan orang tersayang!

Ini kerana, penulis pernah berada dalam satu situasi di mana seorang kenalan baru kehilangan ibunya tetapi lebih banyak melayani telefon berbanding membacakan surah Yasin untuk arwah ibunya. 

Abaikan mengenai pengalaman penulis itu, yang pasti telefon seakan sudah menjadi nyawa bagi kebanyakan orang. Segala data tentang diri seseorang individu merangkumi kehidupan personal, kerja, networking dan macam-macam lagilah semuanya terdapat dalam satu cip memori kecil yang terdapat dalam telefon anda.

Foto: Footwear News

Oleh kerana itu, kehilangan telefon bimbit boleh menjadi perkara yang paling menyedihkan dalam hidup.

Apapun Hijab & Heels ingin berkongsikan mengenai informasi penting ini yang dijelaskan oleh pakar radiasi dari Sweden iaitu Martin Roosli.

Kesan radiasi daripada telefon pintar boleh menyebabkan golongan remaja menjadi pelupa, topik ini cukup memancing serta wajar diberikan perhatian. 

Menerusi penjelasannya, pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak yang berfungsi untuk mengolah imej dan bentuk.

Jelasnya, remaja yang menulis dengan tangan kanan akan lebih terjejas dengan radiasi ini berbanding remaja yang menggunakan tangan kiri.

Foto: YouTube

Roosli telah melakukan kajian terhadap 700 remaja di antara 12 hingga 17 tahun tentang kebiasaan mereka menggunakan telefon bimbit. Roosli kemudian turut melakukan peperiksaan memori terhadap mereka.

Kajian mendapati bahawa terdapat kaitan di antara daya ingatan lemah dan pendedahan kepada radiasi RG-EMF.

Ia turut mendedahkan bahawa tindakan menghantar teks, bermain permainan video, malah menggunakan telefon bimbit untuk melayari Internet, boleh memberi kesan buruk kepada remaja, terutamanya yang lebih mahir menggunakan tangan kanan.

“Hasil kajian ini menunjukkan bahawa radiasi RF-EMF yang diserap oleh otak boleh memberi kesan negatif.

Foto: xdesktopwallpapers

“Bagaimanapun risiko terhadap otak boleh dikurangkan dengan pemakaian fon kepala atau pembesar suara sewaktu membuat panggilan, terutamanya apabila kualiti rangkaian amat lemah serta telefon pintar tersebut sedang berfungsi dengan kuasa bateri yang penuh.

Buat masa ini, kata Roosli masih belum jelas bagaimana radiasi RF-EMF boleh memberi kesan kepada proses otak atau bagaimana hasil penyelidikan ini boleh memberi manafaat dalam jangka masa panjang.

Sumber: Science Daily

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 6 Sep 2023
Featured Sat, 18 Jun 2022

“Saya Bukan ‘Pelakon’ Macam Awak” – Bekas PA Fify Azmi Bersuara Apabila Dituduh Meroyan

Harapnya dua-dua pihak dapat selesaikan isu ini dengan baik 😊

Featured Thu, 15 Sep 2022
Featured Thu, 5 Jan 2023
Featured Wed, 29 Mar 2023
Featured Mon, 25 Oct 2021
Featured Thu, 29 Mar 2018

Reka Busana Anak Tok Ti, Pelanggan Mahu Ezuwan Ismail Buat Baju Seperti Aafiyah Untuk Anak Mereka

Dikatakan mempunyai iras wajah ibunya yang tak jemu mata memandang, kemanisan Aafiyah tambah terserlah dengan gaun hijau lembut redup rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuwan Ismail.