Featured By: tex_admin September 20, 2019 @ 12:32pm

Ketahui keburukan jika terlalu kerap minum kopi

Oleh Ainur Nadhirah Bahrom Shah

Masyarakat Malaysia sering memulakan pagi mereka dengan secawan kopi atau tehkerana manfaatnya yang dapat menyegarkan minda, menghilangkan rasa mengantuk dan meningkatkan daya tumpuan anda. 

Bagaimanapun, kopi lebih mendapat perhatian kerana ia juga secara umumnya kegemaran generasi muda dan minum kopi juga adalah elemen penting dalam budaya kehidupan di seluruh dunia.

Penggemar kopi semakin meningkat dengan adanya cafe-cafe yang semakin bertambah dengan pelbagai pilihan yang menarik. Situasi ini juga menjadikan sesetengah orang ketagih dengan kopi.

Apabila ketagih minum kopi, itu tandanya anda mengambil kafein lebih daripada kebiasaan. Kafein sememangnya terdapat dalam makanan atau minuman yang pahit seperti kopi, buah koko dan daun teh. Pengambilan kafein yang berlebihan boleh memberi kesan sampingan terhadap badan. 

Antara kesan jika meminum secara berlebihan adalah:

  1. Gangguan tidur 

Foto: alodokter.com

Kopi amat membantu anda terutama ketika ingin melakukan sesuatu kerja yang memerlukan anda untuk berjaga sepanjang malam, namun semua bahan terutama kafein yang terkandung dalam kopi kekal di dalam badan anda selama 14 jam. 

Perkara ini akan menyebabkan anda sukar untuk tidur atau dipanggil insomnia. Waktu tidur anda akan jadi tidak menentu apabila anda meminum kopi secara berlebihan. 

2. Masalah pencernaan 

Foto: hellosehat.com

Kafein mengandungi zat yang dapat meningkatkan asid di dalam perut anda. Ia akan menyebabkan gangguan pada proses pencernaan yang membuatkan anda rasa tidak selesa dan sakit perut selain berkemungkinan boleh menyebabkan cirit birit. 

Bagi anda yang mengalami gastrik, elakkan daripada meminum kopi ketika sedang mengalami masalah berkenaan.

3. Menyebabkan sakit kepala 

Foto: klikdokter.com

Sekiranya anda adalah penggemar kopi, amat mudah bagi anda mengalami sakit kepala. Sejurus sahaja anda bangun daripada tidur, kepala anda akan berasa sakit. Hal ini terjadi kerana ketika anda tidur, badan anda akan terhidrasi dan memerlukan air apabila bangun daripada tidur.

Untuk mengelakkan mengalami keadaan yang tidak selesa atau sakit kepala ini, lebihkan minum air kosong untuk mengelakkan badan kekurangan air.

4. Peningkatan tekanan darah 

Apabila kita minum kopi, kafein menyerap ke dalam badan dan masuk ke dalam pembuluh darah  menyebabkan jantung berdegup lebih laju daripada biasa. Ia menyebabkan darah di pam dengan lebih cepat ke seluruh badan dan boleh menyebabkan individu berkenaan berhadapan masalah hipertensi. Ia berisiko tinggi bagi penghidap darah tinggi untuk mendapat strok. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Oct 2022

“Kalau Kenen Gurau Tak Apa, Jangan Pula…” – Peminat Suka Gandingan Khai Bahar & Hawa Rizwana

Penyanyi dan pelakon, Khai Bahar sudah memahami permainan netizen yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita disekitarnya. Baru-baru ini, peminat telah mengaitkan Khai dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana. Namun, pelantun lagu Bayang […]

Events Tue, 9 Aug 2022
Featured Tue, 6 Sep 2022

Genap 20 Hari Pemergian, Uyaina Arshad Luah Rasa Terkilan Tak Sempat Peluk Abang – “Kalau Boleh Undur Masa”

Allahu sebaknya 😭Semoga Uyaina tabah hadapi ujian.. Ciptalah momen indah bersama orang tersayang sebelum ia jadi kenangan ❤️

Featured Tue, 12 Mar 2024
Featured Sat, 9 Apr 2022

#JusticeForBella: Petisyen Desak Menteri Tamatkan Khidmat Syed Azmi

Terus trending di twitter #JusticeForBella

Acara Sat, 19 May 2018

Detik Bersejarah Majlis Perkahwinan Diraja Putera Harry-Meghan Markle

Tanggal 19 Mei 2018 menyaksikan satu detik bersejarah apabila pewaris keenam takhta British, Putera Harry, 33 akan disatukan dengan pasangannya, aktres Meghan Markle, 36.