Featured By: tex_admin November 12, 2018 @ 10:00am

Ketahui Logo Halal Dari Seluruh Dunia Yang Diiktiraf Jakim

Adakah setiap kali anda membeli barang di pasaraya, anda akan meneliti setiap logo halal yang ada pada produk? Atau anda tak langsung lihat logo halal pada produk, terus masukkan ke dalam troli?

Sebenarnya, sangat penting untuk anda meneliti setiap logo halal, khususnya pada produk makanan. Dalam Islam, kita diwajibkan untuk mengambil makanan atau minuman yang halal. 

Begitu juga, bila anda pergi melancong, anda tidak boleh makan sembarangan kerana ramai bangsa lain tidak faham dengan konsep halal dalam sumber makanan yang kita sebagai Muslim praktikkan.

Bagi mereka, asalkan tidak ada ramuan alkohol atau sumber khinzir, makanan atau minuman itu sudah dikira halal. Namun, tidaklah semudah itu kerana halal dalam konteks Islam juga merujuk kepada kebersihan setiap proses penghasilan sesuatu makanan atau minuman mahupun penyembelihan daging seperti ayam, lembu dan kambing juga perlu diambil kira.

Jadi, sebagai seorang Muslim yang bijak, anda perlu faham dan sentiasa berhati-hati dalam memilih makanan halal walau di mana saja anda berada terutamanya sekali ketika pergi melancong.

Penulis senaraikan 10 logo halal luar negara yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) khususnya dari negara-negara yang sering menjadi pilihan warga Malaysia untuk bercuti dan melancong.

1. Jepun

2. United Kingdom

3. China

4. Amerika Syarikat (USA)

5. Indonesia, Thailand, Singapura & Vietnam

6. Turki

7. Korea

8. Australia

9. India

10. Perancis & Itali

Dah tahu kan? Lepas ini berjaga-jaga ya!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 9 Jul 2018

Stres Semut Kuasai Rumah? Cuba Cara Alami Ini, Selamat & Berkesan!

Stres juga dibuatnya kalau selalu kena spray guna penyembur serangga.

Eat Travel Sun, 22 Mar 2020
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 16 Dec 2022
Eat Travel Fri, 14 Dec 2018

Resipi Puding Raja Warisan Asli Negeri Pahang Yang Wajib Anda Cuba

Puding raja dikatakan amat digemari oleh golongan istana dan sering dijadikan hidangan istimewa untuk santapan diraja.

Featured Fri, 20 Dec 2019

Selain wajah seiras, Mini Lofa dan Neelofa kongsi pangkal nama bunga

Kemunculan Naura di program MeleTOP buat penonton teruja!