Eat Travel By: Shaidah Shafie May 23, 2020 @ 12:20pm

Ketahui rahsia rendang enak tanpa risau akan kolesterol

Rendang menu wajib ada di atas meja bagi mereka yang meraikan Aidilfitri kerana tanpa rendang, hari yang diraikan terasa hambar dan tidak bermaya.

Namun begitu, ada kekangan lain yang menyebabkan segelintir masyarakat teragak-agak untuk menikmati rending. Rendang biasanya dikaitkan dengan bahan berlemak dan berminyak yang menyumbang pada peningkatan kolesterol dalam badan.

Bagi kebanyakan wanita, makanan berlemak atau berminyak perlu dihindari kerana ia mungkin mengundang jerawat jika diambil dalam jumlah yang banyak, tetapi jika mahu ditolak, ketika itu sahajalah masa yang berharga untuk menikmati rendang bersama keluarga di rumah.

Rendang daging menggunakan santan rendah lemak Ayam Brand, enak dimakan dengan nasi atau pun roti. Foto: Ayam Brand.

Usah risau, ada pelbagai pilihan bahan memasak untuk memastikan masakan disediakan adalah sihat dan enak. Dari aspek penggunaan santan umpamnya, kini ada pelbagai santan rendah lemak ditawarkan di pasaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Ayam Brand perkenal santan super light 75 peratus kurang lemak.

Santan kelapa Ayam Brand misalnya menawarkan tiga pilihan santan dengan tahap krim yang berbeza. Jika mahu masakan kurang lemak, pilih sahaja Coconut Milk Super Light yang 75 peratus rendah lemak berbanding santan biasa.

Meskipun rendah lemak, dengan adunan rempah-ratus terpilih, rendang tetap enak dan sempurna untuk dimakan tanpa perlu risau akan kandungan lemaknya.

Santan super light Ayam Brand juga boleh digunakan untuk menyediakan pemanis mulut – gambar hiasan. Foto: NSTP/Mohd Khairul Helmi Mohd Din.

Hijab & Heels kongsikan resipi rendang daging rendah lemak menggunakan santan Ayam Brand.

Bahan-bahan:

1kg daging lembu, dipotong kiub
1 liter santan super light 75 peratus rendah lemak Ayam Brand
Minyak untuk menumis
1 cawan air

Bahan-bahan untuk rempah:

Bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga adalah antara bahan penting dalam penyediaan rendang hiasan. Foto: NSTP/Nik Hariff Hassan.

3 bunga cengkih
3 bunga lawang
3 buah pelaga
2 sudu besar asam jawa
5 daun limau purut dihiris halus
8 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
Gula Melaka secukup rasa
Garam secukup rasa

Bahan-bahan untuk pes (kisar halus):
2.5 cm lengkuas, dihiris
3 batang serai, akar sahaja, dihiris
7 ulas bawang putih, dihiris
6 bawang merah, dihiris
2.5 cm halia, dihiris
12 cili kering, dibuang biji dan dihiris

Cara penyediaan

1. Kisar bahan pes menggunakan pengisar.
2. Panaskan minyak dalam kuali atau periuk besar. Tumis pes rempah, kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga naik bau.
3. Masukkan daging dan gaul rata dengan adunan pes dan rempah sehingga berwarna keperangan dan daging menyerap rasa pes dan rempah.
4. Tuang santan dan kacau dengan perlahan sehingga hampir mendidih.
5. Kecilkan api sehingga sederhana. Masukkan air asam jawa dan air, dan teruskan mengacau supaya daging tidak melekat pada kuali.
6. Apabila daging sudah separuh masak, masukkan daun limau purut dan gula Melaka.
7. Tuang kerisik dan tambah garam secukup rasa. Kacau dengan sempurna sehingga daging bersalut sepenuhnya dan dilitupi kuah.
8. Kecilkan api dan tutup dengan penutup. Biarkan rendang mereneh selama lebih kurang sejam sehingga daging menjadi lembut atau kuah rendang kering.
9. Boleh dihidang terus atau dibiarkan sejuk dahulu sebelum disimpan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 22 May 2023
Featured Wed, 14 Dec 2022

Fendy Bakry Sebak Kucing Kesayangan Mati – “Terima Kasih Nak Hadir Dalam Hidup Daddy & Mummy…”

Baru-baru ini, pelakon Fendy Bakry meluahkan rasa sebak apabila kucing kesayangannya iaitu Missy dipercayai mati akibat paru-paru berdarah. Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Fendy, dia dan isterinya, Ayu Afnizar tidak dapat menahan air mata […]

Featured Fri, 6 Dec 2019

Ini cara banyakkan bekalan susu badan selepas bersalin

Anda tidak perlu bergantung kepada susu formula.

Eat Travel Wed, 19 Sep 2018

5 Resepi Popular Ikut Negeri. Memang Sedap Air Tangan Tanah Airku!

Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, maka lahirlah berbagai-bagai menu yang unik dan sedap.

Featured Sun, 2 Dec 2018

Kembalikan Semangat Bersenam Dengan Empat Cara Penuh Motivasi Ini

Bersenam secara berkumpulan dapat mengembalikan keghairahan kamu untuk menjalani hidup sihat.

Featured Sun, 12 Feb 2023

Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Ali Puteh tampil beri penjelasan isu rumah arwah Abam Bocey terbiar 🤔

familuv Tue, 13 Aug 2019

Jangan biar anak main di sekitar 5 jenis pokok hiasan yang merbahaya ini

Tampak cantik tetapi racunnya boleh membawa maut!