Featured By: Ad Ops July 17, 2019 @ 7:58pm

Ketiak hitam? Ketahui panduan betul guna deodoran, barulah berkesan!

Ketiak ialah bahagian anggota badan yang sering mengeluarkan peluh lebih-lebih lagi jika kita melakukan aktiviti luar. Justeru, penggunaan deodoran sangat membantu untuk menghindarkan bau yang kurang menyenangkan pada badan.

ketiak hitam dan berbau

Foto: Teen Vogue

Adakah anda rasa cara penggunaan deodoran anda selama ini betul seperti yang disarankan? Jom ketahui cara yang sepatutnya agar mendapat kesan yang optimum kepada si pemakai.

1. Guna pada kulit kering

Kebiasaannya, kita akan guna deodoran selepas mandi dan mungkin kulit kita pada saat itu masih basah atau lembap. Deodoran hanya dapat ‘bekerja’ secara efektif apabila kondisi kulit ketiak kering.

Jika kulit ketiak masih dalam keadaan lembap, maka bahan-bahan aktif dalam produk hanya akan sampai di lapisan luar sahaja dan tidak menyerap ke dalam pori.

Salah seorang ahli Perhimpunan Doktor Spesialis Kulit dan Kelamin Indonesia Jakarta (PERDOSKI Jaya), Dr  Melyawati Hermawan turut menjelaskan kepada portal Hello Sehat bahawa produk deodoran yang tercampur dengan air boleh membentuk satu kandungan yang boleh menjadi punca kepada iritasi.

Antara bahan-bahan yang dapat menyebabkan iritasi pada kulit sensitif ialah alkohol, paraben dan propylene glycol.

2. Guna pada waktu malam

Menurut Dr Melyawati, memakai deodoran di malam hari lebih efektif kerana pada waktu ini, kita kurang beraktiviti di luar jadi saluran peluh lebih clear dan tidak bekerja terlalu aktif. Ini membolehkan kandungan bahan aktif dalam produk dapat meresap lebih optima.

Justeru pada keesokan paginya, produksi kelenjar peluh tidak akan sampai ke permukaan kulit kerana sudah ada produk deodoran yang menyumbatnya.

3. Goncang botol spray deodoran

Menerusi perkongsian Dove, jika anda menggunakan deodoran jenis semburan, goncang terlebih dahulu bagi memastikan semua bahan di dalamnya tercampur dengan baik sebelum digunakan.

ketiak hitam sembur deodoran

Foto: Degree Deodorant

4. Jarak yang tepat

Pastikan jarak untuk menyembur deodoran adalah 15 cm daripada ketiak iaitu kira-kira jarak antara ketiak dan siku. Ia adalah jarak yang tepat untuk mendapat kesan yang lebih efektif.

5. Sembur dalam satu tekanan

Tidak perlu sembur dengan banyak untuk mendapat kesan yang maksima. Memadai sembur dengan sekali tekan selama dua saat.

6. Biarkan kering

Jangan terus memakai baju selepas menggunakan deodoran. Biar deodoran kering seketika untuk mengelakkan kesan putih bekas deodoran melekat pada baju hitam.

Apa yang penting, pilihlah deodoran yang sesuai dengan jenis kulit. Jika anda mengalami masalah kulit sensitif, elak gunakan produk deodoran yang mengandungi pewangi. Ingat, jika anda tersalah pilih produk yang tidak sesuai, ia mungkin akan menyebabkan ketiak anda kehitaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 12 May 2020
Gaya Hidup Sat, 19 Oct 2019
Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bahaya Bulu Kucing Yang Mungkin Anda Tak Tahu! Nombor 4 Paling Menakutkan

Sebenarnya bukan mudah untuk memelihara kucing ya, kerana kucing juga perlu diberikan vaksin agar terhindar daripada penyakit.

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Jika Anda Kempunan Makanan Malaysia Di Seoul, Cari Lelaki Sabah Ini. Gerenti Hilang Homesick

Ketika seronok menikmati makanan Korea yang halal serta authentic di Seoul, tak sah kalau anda tak rindukan masakan Malaysia.

Featured Tue, 19 Jun 2018
Featured Sun, 24 Oct 2021

Soal Kahwin Bukan Keutamaan Bagi Shuib Sepahtu

Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, sejak dua bulan lalu pastinya masih terlalu awal bagi pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu untuk memikirkan soal pengganti isteri pada waktu ini. Menurut Shuib, sukar baginya untuk memikirkan mengenai […]

Gaya Hidup Wed, 18 Apr 2018

Kalau Sudah Pekena Sate Zainab Ismail, Pasti Tak Pandang Sate Lain Lagi

Menjadikan Sate Zainah Ismail cukup istimewa, kerana rempah ratus yang diperap membuatkan sate ini lazat dimakan sekalipun tanpa kuah kacangnya.

Gaya Hidup Sat, 29 Sep 2018

Pelajari Sebutan Sebenar 35 Jenis Senarai Makanan Ini Supaya Tidak Ditertawakan!

Sebutan dan ejaan senarai makanan memang berbeza betul!

| Live TV