Featured By: Fadzlena Jafar August 10, 2019 @ 4:59pm

KidZania sedia 7 aktiviti menarik bagi ‘Indiana Jones’ cilik

Kisah dinosaur dan sejarah dulu kala antara misteri alam yang menjadi tarikan bukan saja pencinta sejarah, tetapi juga kanak-kanak kerana meneroka dan mencari penyelesaian adalah antara sifat semula jadi mereka.

Tidak hairanlah jika filem yang berkisarkan dinosaur dan penerokaan mencari harta karun sering mendapat sambutan di panggung wayang. Antara filem yang paling diingati tentunya Indiana Jones, Pirates of the Carribean dan terkini siri filem Jurassic.

Menyedari minat mendalam kanak-kanak dalam bidang itu, pusat didik hibur terkenal di ibu kota, KidZania Kuala Lumpur melancarkan program cuti sekolah ArcheoKidZ yang menyediakan pelbagai pengalaman menarik bagi si kecil.

Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin (empat dari kanan), Shahrul Nizar Ahmad (tiga dari kanan) pada majlis pelancaran ArchaeoKidZ di KidZania Kuala Lumpur. – NSTP/MAHZIR MAT

Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Niza Ahmad, berkata program berkenaan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka pelbagai misteri alam khususnya bidang arkeologi dan juga sejarah.

“Program baharu ini pasti memberikan pengalaman unik bukan saja kepada kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa kerana kami menampilkan pelbagai aktiviti menyeronokkan yang mendidik atau mendedahkan si kecil mengenai sejarah dan juga bidang arkeologi.

“Selain itu, program yang disediakan ini dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam beberapa bidang dan secara tidak langsung mereka dapat memanfaatkan apa yang dipelajari di sekolah dalam aktiviti yang disediakan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran ArcheoKidZ di KidZania Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Program itu dilancarkan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin. Yang turut hadir ialah wakil penaja yang bekerjasama bagi memberikan pelbagai aktiviti menarik dalam ArcheoKidZ antaranya Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), F&N, Canon, Faber Castle, Mission Food, Emborg dan UHU.

Sementara itu, Prof Mokhtar berkata, bidang arkeologi perlu diperkenalkan kepada kanak-kanak sedari awal kerana mereka akan lebih mengenali mengenai negara dan juga diri mereka menerusi bidang berkenaan.

“Saya menyambut baik inisiatif KidZania Kuala Lumpur untuk memperkenalkan program ini kerana kanak-kanak mempunyai sifat yang ingin tahu dan suka meneroka, justeru memupuk minat mereka dalam bidang ini dapat meningkatkan minat untuk mendalami sejarah khususnya sejarah negara.

“Saya berharap supaya program ini tidak terhenti untuk program cuti sekolah sahaja, sebaliknya dapat dijadikan program kekal dalam KidZania supaya lebih ramai kanak-kanak di negara ini dapat menerima manfaat daripadanya,” katanya.

Antara aktiviti di Kidzania yang berkonsepkan didik hibur. NSTP/ASWADI ALIAS.

ArcheoKidZ terbahagi kepada dua program iaitu bengkel sepanjang tiga minggu dan aktiviti bagi ahli setia KidZania. Selain itu, bakal Indiana Jones itu akan turut berpeluang menyertai pelbagai program ArcheoKidZ bermula dari 10 hingga 25 Ogos 2019.

1. Penerokaan fosil (Fossil Excavation)

Replika gigi Orang perak atau lebih dikenali sebagai The Perak Man antara penemuan luar biasa dalam bidang arkeologi Malaysia.

Pengunjung akan diperkenalkan dengan prinsip dan teknik asas penerokaan arkeologi menggunakan peralatan yang betul.

2. Kenali dinosaur (Know Your Dino)

Kanak-kanak akan berpeluang mempelajari pelbagai jenis dan profil dinosaur yang dikendalikan oleh Canon bagi meningkatkan kemahiran motor halus.

3. Bengkel Pembungkusan Dino (Dino Wrap Workshop)

Mission Food dan Emborg akan membantu pengunjung untuk membuat pembungkusan makanan dengan bentuk dinosaur.

4. Bengkel Gam Fosil (Glue Fossils Workshop)

UHU dan Faber Castle akan bekerjasama mengajar kanak-kanak mengenai dunia dinosaur menggunakan alat tulis.

5. Bengkel Seni Mayan (Mayan Art Workshop)

Beberapa penemuan fosil asli yang turut dipamerkan pada majlis pelancaran ArcheKidZ diKidzania Kuala Lumpur.

Belajar cara mengukir batu menggunakan bahan-bahan yang disediakan oleh UHU.

6. Ejaan Dino

F&N menyediakan permainan yang mengajak pengunjung untuk menulis ejaan pelbagai jenis dinosaur dengan betul.

7. Bengkel Sabun Dino

MPOC menyediakan aktiviti menarik bagi membantu kanak-kanak mmenghasilkan bentuk dinosaur daripada sabun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 27 Sep 2018

Bayangkan Kediaman Mewah Setinggi 27 Tingkat Hanya Didiami Oleh 5 Beranak, Tak Takut Ke?

Kediaman mengagumkan itu dilengkapi dengan tiga helipad, sebuah pawagam, beberapa kolam renang dan mempunyai 600 kakitangan, terletak di selatan Mumbai, India

Featured Wed, 5 Oct 2022

[VIDEO] Perut Berisi, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?

Wahh betul ke ni? Semoga dipermudahkan segala urusan 🤲🏼

Featured Tue, 1 Nov 2022

“Dah Salam Maknanya Jadilah…” – Aaron Aziz Berjaya Miliki Kereta Mewah McLaren 720s?

Perkongsian pelakon popular Datuk Aaron Aziz yang memuat naik video sebuah kereta mewah McLaren di laman TikTok menjadi bualan warganet. @therealaaronaziz Dah Salam maknanya jadi la cita cita saya. Jgn jealous k. Tak main lah […]

Featured Thu, 3 Nov 2022
Featured Wed, 6 May 2020

Cetakan eko rakam keindahan alam pada fabrik

Unik dan tanda sokongan pada alam

Featured Fri, 3 Feb 2023