Featured By: Ad Ops February 14, 2019 @ 9:00am

Kim Kardashian mempunyai penyakit kulit serius, tetapi tidak malu untuk mendedahkannya

Apabila melihat kehidupan selebriti antarabangsa terkenal seperti keluarga Kardashian-Jenner, anda pasti akan menganggap yang hidup mereka cukup sempurna.

Menerusi gambar yang dilihat di laman sosial atau di Internet, semuanya tampak cantik dan bebas daripada sebarang cacat cela.

Jadi pasti sukar untuk membayangkan Kim Kardashian sebenarnya mempunyai masalah kulit.

Ya, itulah hakikatnya, dan masalah itu bukan sekadar jerawat biasa, ya!

Di sebalik ilusi yang diciptakan menerusi pemakaian alat solek yang tebal, Kim sebenarnya mengalami psoriasis, sejenis penyakit yang menyebabkan sel kulit terbentuk menjadi tompok-tompok merah yang kering dan gatal.

Masalah itu boleh timbul pada mana-mana bahagian badan, termasuklah kepala, kelopak mata, lutut dan muka.

Penyakit kulit ini meninggalkan impak yang lebih besar kepada wanita kerana sukar untuk menutupinya dengan alat solek, malah rawatannya agak mahal.

Lazimnyanya seorang bintang terkemuka seperti Kim tidak akan mendedahkan perkara yang boleh dikira sebagai memalukan itu daripada khalayak ramai, tetapi tidak Kim.

Bintang realiti terbabit sudah lama bersuara mengenai penderitaannya itu, dan ia diteruskan di platform Instagram, baru-baru ini.

Beliau memuat naik tiga gambar yang menunjukkan luka pada kulitnya akibat psoriasis. Satu gambar adalah swafoto yang menunjukkan luka pada kulit mukanya dilitupi dengan ubat minyak herba.

Satu lagi adalah mengenai cara beliau menangani isu terbabit dan yang terakhir ialah mengenai luka pada kulit kakinya dengan keterangan tertulis, “Seksi”.

Memandangkan Kim sering memperkatakan mengenai kelemahannya itu, beliau mendapat pujian daripada pengikutnya.

“Dia sering diejek mengenai pelbagai perkara tetapi ini adalah sesuatu yang saya hargai mengenainya,” komen seorang peminat.

Baru-baru ini, Kim memarahi satu tabloid kerana menyamakan psoriasisnya dengan masalah kulit yang orang lain biasa alami.

Menerusi akaun Twitternya, beliau memberi maklum balas bagi satu artikel yang disiarkan Daily Mail mengenai masalahnya itu.

“Ini adalah psoriasis. Kadangkala ruam ini gatal, kadangkala ia berkudis. Ruam saya timbul dari masa ke masa atas beberapa sebab.

“Penyelidik tidak pernah henti membuat kajian dan menghasilkan ubat terbaharu untuk merawatnya. Buat masa ini, saya menggunakan gel cortisone setiap malam sebelum tidur.

“Saya sentiasa mengharapkan ada penawar bagi masalah ini, tetapi pada masa sama saya cuba untuk menerimanya sebagai sebahagian daripada diri saya,” katanya.

Sumber: Allure

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Nov 2021

Akibat Kasari Penunggang Motosikal, Pemandu ‘Samseng Jalanan’ Diburu Polis

Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta yang bertindak kasar seperti samseng jalanan terhadap penunggang motosikal di jalan raya pada Isnin. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, kejadian itu sempat dirakam oleh

Featured Wed, 9 Oct 2019

Bilakah waktu sesuai untuk minum teh hijau?

Dapat menurunkan berat badan jika diminum pada waktu yang sesuai!

Featured Thu, 3 Oct 2019

Gara-gara ingin solat ketika kerja, tawaran kerja wanita Muslim ini ditarik balik

Kini dia ingin memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

Eat Travel Wed, 1 Apr 2020

Resipi mudah terung panggang ala piza

Terung pun sedap jika tahu cara memasak

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!

Featured Tue, 8 Mar 2022

“Habislah Ramai Tak Boleh Cari Makan” – Transition Siti Nurhaliza Terlalu Padu, Buat Ramai TikTokers ‘Risau’

Semakin handal Queen kita bertiktok. Agak-agak tiktokers risau kenapa tu ya..? 🤭😜

| Live TV