Eat Travel By: Ad Ops September 21, 2018 @ 12:00pm

Kini Dah Ada KitKat Berperisa Teh Tarik! Anda Dah Cuba?

Have a break, have a KitKat. Tapi daripada makan KitKat coklat susu biasa itu, apa kata anda cuba KitKat yang berperisa teh tarik?

Yep, snek kegemaran ramai ini lagi bertambah unik dengan keluaran perisa terbarunya yang berinspirasikan salah satu minuman yang paling popular di Malaysia.

Bukan itu saja, rasa teh susu itu diperkuatkan lagi dengan tambahan ramuan coklat susu. Maknanya selapis adalah rasa teh susu, selapis lagi adalah rasa coklat susu.

Jadi anda akan dapat rasa dua flavour dalam setiap gigitan! Sebab itulah ia digelar sebagai KitKat Duo.

Tengok video promo yang menggiurkan ini!

Kita semua sudah maklum yang KitKat selalu tampil dengan perisa-perisa yang unik (pelik-pelik pun ada). Yang banyak dijual di Jepun adalah perisa seperti Green Tea, Strawberry Cheesecake, Sweet Potato, Wasabi, Sakura dan Choco Banana. 

Tahukah anda yang KitKat dianggap pembawa tuah di negara matahari terbit tersebut?

Foto: AllAbout-Japan.com

Di Malaysia pula, sebelum ini KitKat pernah perkenalkan perisa-perisa limited edition yang uniquely Malaysian, seperti Nasi Lemak (penulis pernah rasa yang ini, boleh tahanlah rasanya), Durian, Ais Kacang dan Milo.

Foto: Facebook Kitkat

Walau bagaimanapun, perisa Teh Tarik ini mungkin akan menjadi kegemaran lebih ramai orang tempatan. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang melihat minuman sebagai comfort drink yang mengingatkan mereka tentang masa mereka lepak santai dengan kawan-kawan di kedai mamak, ataupun bila mereka luangkan masa bersama keluarga tercinta.

Mereka yang dah rasa KitKat Duo ini berkata mereka dapat rasa  teh yang kuat. Eeee, tak sabar nak rasa sendiri!

Warga Malaysia boleh membeli KitKat Teh Tarik ini di mana-mana pasaraya Giant ataupun di cawangan kedai Mesra di stesen Petronas.

Memandangkan KitKat selalu menonjolkan idea kreatif dan inovatif melalui keluarannya, kita tunggu sajalah perisa apa pula yang mereka nak perkenalkan selepas itu.

Sambil, rehat dulu bersama Kitkat!

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023

Spill The Tea, Rosix Tak Sengaja Umum Nama GF Sharnaaz Ahmad Di TikTok Live? Claim Pernah Terlibat Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku

Sahabat karib kepada pasangan selebriti popular, Noor Neelofa Dan Noor Nabila Mohd Noor iaitu Rosix sekali lagi mencuri perhatian apabila bersiaran secara live di TikToknya semalam. Menerusi video tersebut, Rosix kelihatan membuat ‘Kitchen Tour’ di […]

Eat Travel Fri, 16 Nov 2018
Featured Mon, 23 Aug 2021

Didakwa Enggan Ambil Vaksin, TMJ Bakal Jumpa Pengarah Pendidikan Johor & 779 Guru

Kerajaan negeri Johor melaporkan seramai 779 guru di sana dikatakan enggan menerima vaksin Covid-19. Selain itu, terdapat juga 12 guru yang masih belum mendaftar dan dua orang yang belum mengemaskini data mereka. Ekoran pendedahan ini, […]

Featured Mon, 11 Sep 2023
Featured Thu, 30 Sep 2021
Featured Fri, 16 Apr 2021

Rentas Negeri Ke Majlis Kahwin Penyebab Kluster Baru

Semakin hari kes semakin meningkat..

Featured Wed, 4 Jan 2023