Featured By: Fadzlena Jafar April 29, 2020 @ 10:04pm

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Kementerian Kesihatan (KKM) mengenal pasti strain COVID-19 yang telah bermutasi dan bersifat lebih ‘ganas’ sehingga menyebabkan penularan berlaku dengan mudah dan cepat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) itu menemukan strain baharu yang diperoleh daripada sampel pesakit kes ke-26 sehingga mengubah sifat virus itu menjadi lebih dahsyat berbanding strain awal COVID-19.

Beliau berkata, sehingga kini beberapa laporan di seluruh dunia mendapati lebih 30 strain COVID-19 yang bermutasi menyebabkan pemahaman mengenai rawatan terhadap pesakit juga berubah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“India melaporkan 10 mutasi, tapi kita difahamkan ada 30 mutasi setakat ini. Di Malaysia, IMR yang turut melaksanakan pengasingan virus dan juga kultur virus berkenaan, mendapati virus daripada kes ke-26 contohnya, sudah bermutasi pada kodon 15.

“Mutasi itu mungkin menyebabkan virus (COVID-19) ini menjadi lebih dahsyat dari segi jangkitan atau penularan dan dalam kes itu mengakibatkan ia merebak dengan mudah  sehingga menjangkti 120 individu,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Baru-baru ini, portal berita yang berpangkalan di United Kingdom, SkyNews melaporkan ahli sains di China membuat penemuan mengejutkan apabila mendapati lebih 30 strain koronavirus itu yang sudah bermutasi.

Penemuan itu dikatakan menjelaskan mengapa COVID-19 bersifat lebih ganas di beberapa tempat di dunia.

Penyelidik di Universiti Zhejiang, China melaporkan mereka mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan virus terbabit bermutasi sehingga berupaya mengubah kepatogenan atau darjah keupayaan patogen yang menyebabkan penyakit.

Penyelidik di China melakukan kajian ke atas sampel pesakit yang positif COVID-19. (Gambar hiasan/REUTERS)

Dr Noor Hisham berkata, kajian IMR itu penting dalam menentukan strain COVID-19 yang menjangkiti pesakit di Malaysia termasuk mengenal pasti kaedah rawatan bersesuaian.

Katanya, IMR bukan hanya tertumpu untuk melaksanakan lebih banyak kajian, tetapi turut memberi fokus pada pengasingan virus dan mengkaji strain virus yang berbeza di negara ini.

“Setakat ini, yang  kita pasti pada gelombang pertama dan peringkat awal gelombang kedua, kes di negara ini membabitkan COVID-19 strain B iaitu sama dengan kes di Wuhan, China, manakala di Amerika Syarikat strain A dan Eropah pula COVID-19 strain C.

“Misalnya, kini kita turut mengkaji sampel daripada pesakit yang positif COVID-19 pada gelombang kedua, iaitu yang pulang dari negara tertentu,” katanya.

GAMBAR UTAMA: COVID-19 di bawah mikroskop (Kredit AFP)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Jun 2021

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021. Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah

Featured Thu, 26 Apr 2018

Baru Umur 6 Tahun, Anak Beyoncé Sudah Ada Stylist Dan Personal Shopper Sendiri!

Entah-entah outfit yang dia pernah pakai boleh kalahkan semua baju tercantik yang kita ada.

Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Featured Wed, 14 Dec 2022

Alif Satar Gembira Dapat Jumpa Mufti Menk Di Madinah – “Dia Muncul Dan Solat Sebelah Saya”

MashaAllah beruntungnya dapat jumpa insan-insan hebat di Tanah Suci.

Featured Thu, 12 Jan 2023

Kerispatih & Sammy Simorangkir Bakal Cipta Memori Indah Pada 24 Februari Ini!

Tak sabarnya! Berakhirlah sudah semua kisah ini dan jangan kau tangisi laaaagi~

Featured Wed, 1 Dec 2021

Gara-Gara Susah Cari Jodoh, Pemuda Tekad Merisik Rakan Sekerja

Bercakap soal jodoh, ia memang tidak dapat diramalkan. Rupa-rupanya tanpa kita sedari, orang yang ada di depan mata kita sebenarnya adalah jodoh kita. Sebab itulah orang tua selalu berkata, jangan gaduh-gaduh sangat, takut lama-lama nanti

Featured Mon, 23 Mar 2020

Senaman ringkas untuk bahu elak tekanan akibat duduk terlalu lama

Sesiapa sahaja boleh lakukan 4 langkah mudah ini

Featured Thu, 21 May 2020

Ubah ruang tamu kepada ruang kerja, hasilnya amat mengagumkan

Kerja lebih lancar, mutu pun terpelihara

| Live TV