Featured By: Fadzlena Jafar May 6, 2020 @ 8:01pm

KKM pantau 3 kumpulan sasar termasuk warga asing

Kementerian Kesihatan (KKM) membuat pemantauan terhadap tiga kumpulan sasar iaitu Kluster Seri Petaling, pelajar sekolah tahfiz dan warga asing yang dikenal pasti punca jangkitan baharu COVID-19 ketika ini, di Malaysia.

Ketiga-tiga kumpulan sasar itu saling berkait rapat kerana hasil siasatan mendapati penularan COVID-19 dalam kalangan ahli berpunca daripada perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Februari lalu yang kini sudah menjangkiti sehingga lima generasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata KKM kini mengambil pendekatan tertumpu dengan memantau ketiga-tiga kumpulan sasar itu termasuk mengadakan saringan dan mengenal pasti kontak rapat sekiranya ada jangkitan baharu COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

“Jika dilihat berdasarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu, dua dan tiga, kes yang ada ketika ini adalah terkawal dan ini adalah hasil kejayaan strategi melakukan pendekatan tertumpu pada kumpulan sasar.

“Contohnya, Kluster Sri Petaling, kumpulan tahfiz dan warg asing yang menyumbang pada jumlah kes baharu positif COVID-19. KKM akan kenal pasti  lokaliti dan ambil tindakan pengesanan kes kontak rapat (acute case detection) terhadap tiga kumpulan sasar ini,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan media mengenai peningkatan jumlah kes jangkitan dalam kalangan warga asing.

Bagaimanapun, Dr Noor Hisham berkata, KKM tidak bercadang untuk melakukan saringan ke atas semua warga asing di negara ini  berikutan jumlah yang berdaftar melebihi 2.5 juta orang.

Sehingga kini, KKM sudah melaksanakan saringan tertumpu bagi bukan warganegara membabitkan 222,339 saringan, yang mana jumlah kes positif sebanyak 986 kes atau 4.4 peratus, kes dalam rawatan 457 kes (46.3 peratus), di Unit Rawatan Rapi (ICU) ada 4 kes (0.9 peratus), kes sembuh sepenuhnya sebanyak 525 (53.3 peratus) dan empat kematian (0.4 peratus).

Penduduk dan warga asing di sekitar Selayang beratur untuk membuat saringan COVID-19. (Gambar hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN)

Dr Noor Hisham berkata, peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 dalam kalangan warga asing kebelakangan ini berpunca daripada tempat tinggal yang padat dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti pekerjaan.

“Masalah utama warga asing ialah mereka duduk di rumah atau flat di kawasan yang padat penduduk, selain jumlah yang duduk serumah begitu ramai dan kebanyakan yang tinggal dalam satu rumah itu bekerja di pelbagai tempat.

“Kesemua faktor itu dikenal pasti punca penularan COVID-19 berlaku dengan pantas dalam kalangan warga asing, bukannya masalah imunisasi seperti tanggapan ramai kerana belum ada bukti secara saintifik,” katanya.

Sementara itu, KKM melaporkan terdapat 135 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital pada hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 4,702 kes (73.15 peratus).

Sehingga 6 Mei 2020, jam 12.00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang dilaporkan dan ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,428 kes, justeru jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,619 kes.

Daripada 45 kes baharu yang dilaporkan itu, hanya  satu kes import dilaporkan, manakala 44 kes lagi adalah penularan tempatan dan satu kes dikesan daripada kluster dan lokaliti PKP Diperketatkan (PKPD).

Sehingga kini, seramai 22 kes positif COVID-19 sedang dirawat di ICU dan daripada jumlah itu sebanyak sembilan kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) melaporkan terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 107 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023
Featured Tue, 17 Jan 2023

Lucu! Ada Duda Meminati Syafiqa Melvin, Syatilla Melvin Teruja Nak Tolong Adjust

Umum mengetahui, keluarga The Melvins sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu mereka menerusi siaran langsung. Terbaharu, rakaman siaran langsung keluarga tersebut telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok bernama @bonnorhidayah dan ia berjaya […]

Featured Sun, 7 May 2023

Dikritik Hina B40, Ryzal Ibrahim Takkan Mohon Maaf! Minta Netizen Sedar Diri – “Ramai B40 Nganjing T20, Ok Je..”

“Simple content. Sedar diri.. Jangan dah hujung bulan pinjam duit orang tak bayar” – Ryzal Ibrahim

Featured Fri, 20 Jul 2018

Elak Poket Robek Di Pasaraya, Ini Helah Pintar Yang Perlu Anda Tahu

Baru nak terapikan diri dengan shopping, tapi dah stres sebab duit dah habis.

Featured Thu, 6 Apr 2023

Seronok Dapat Uruskan Anak-Anak, Elfira Loy Luah Rasa Syukur – “Tak Semua Mampu Rasa Peluang & Rezeki Seperti Ini…”

Beruntungnya EL.. Alhamdulillah. Salah satu nikmat paling bahagia buat para ibu ❤️

Featured Thu, 18 Aug 2022