Featured By: Yanie Baharom July 8, 2019 @ 9:00am

Kolam renang infiniti 360 darjah, projek gila terbaharu Kota London!

Berenang sambil menyaksikan keindahan Kota London, menerusi paras udara dengan panorama 360 darjah? Mengapa tidak!

Semua imaginasi luar biasa itu bakal terlaksana melalui pelan baharu, Compass Pools yang mengumumkan projek pembinaan kolam renang infiniti 360 darjah yang akan dibina di kota fesyen itu tidak lama lagi.

Menurut perancangan awal, kolam renang infiniti ini akan dibina di atas sebuah bangunan hotel di tengah bandar untuk memberikan pemandangan menarik buat pengunjung yang mengunjungi kolam renang berkenaan.

Sebuah laluan tangga spiral akan timbul dari dasar kolam hingga ke permukaan setiap kali pengunjung keluar atau masuk dari kolam. Kolam tersebut dikatakan mampu menampung sehingga 600,000 liter air dan akan dikelilingi oleh kaca akrilik di sekelilingnya.

Foto: The Independent

Apa yang menjadikannya perbualan hangat warganet mengikuti perkembangan perkara ini, bagaimana akses untuk ke kolam renang ini dibuat? Bagi merealisasikan idea 360° infiniti, syarikat pembinaan tidak akan membina tangga atau mana-mana laluan untuk keluar dan masuk ke kolam ini.

Sebaliknya melalui sebuah pintu persis kapal selam akan dibina serta digabungkan dengan tangga berbentuk spiral yang akan muncul daripada permukaan lantai kolam jika ada yang mahu keluar atau masuk. 

Bagi anda yang pernah menonton filem Skyfall – Shanghai, pasti terujakan saat melihat Daniel Craig berenang di aras atas sebuah bangunan sambil bersaksikan panorama luar biasa kota metropolitan, Shaghai di kala malam. Apa yang cuba dilaksanakan Compass Pools ini, lebih hebat daripada babak itu!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 31 Mar 2020
Featured Tue, 28 May 2019

Rico Rinaldi Summeraya 2019, terilham daripada keindahan sang rama-rama

Sebuah koleksi yang cukup praktikal dan menawan!

Featured Fri, 20 Mar 2020

Basuh tangan atau sapu cecair pembasmi kuman?

Apa-apa pun, utamakan kebersihan!

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Fri, 21 May 2021

Tengku Puteri Afzan Aminah Digelar Beauty With Brain, Kini Pelajar Jurusan Akaun Di London

Semakin dewasa semakin terserlah kejelitaan YM Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang mencecah usia 21 tahun. Puteri diraja itu sering meenjadi perhatian tatkala menemani bundanya, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tunku […]

Featured Fri, 4 Nov 2022