Eat Travel By: Yanie Baharom December 6, 2018 @ 2:00pm

Kubu Batu Kering, Machu Picchu Dinobat Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia

Ada apa dengan Machu Picchu, Peru?

Merangkul anugerah Tarikan Pelancong Terkemuka Dunia untuk sekian kalinya, tentu saja ia sebuah lokasi percutian yang mengagumkan!

Pengumuman itu dilakukan pada Majlis Gala Grand Final Anugerah Pelancongan Dunia (WTA) 2018 yang berlangsung di Lisbon, Portugal baru-baru ini.

Semasa acara itu, negara Inca (Empayar Inca, Peru) turut memenangi tiga anugerah lain iaitu Destinasi Kulinari Terkemuka, Destinasi Kebudayaan Terkemuka dan Lembaga Pelancong Terkemuka.

Foto: Kanoo Tours

Machu Picchu adalah sebuah kubu kota Inca abad ke-15, yang terletak di Cordillera Timur di selatan Peru, di wilayah pergunungan pada ketinggian 2,430 meter di atas paras laut.

Kebanyakan ahli arkeologi percaya bahawa Machu Picchu telah dibina sebagai sebuah estet untuk Maharaja Inca, Pachacuti (1438-1472).

Puak Inca telah membina estet itu sekitar 1450 namun meninggalkannya seabad kemudian semasa Penaklukan Sepanyol.

Machu Picchu telah dibina dalam gaya klasik Inca dengan dinding batu kering yang berkilat.

Tiga struktur utamanya terdiri daripada Intihuatana, Kuil Matahari dan Ruangan Tiga Jendela.

Foto: G Adventures

Machu Picchu telah diisytihar sebagai sebuah Sanktuari Bersejarah Peru pada 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 1983.

Pada 2007, Machu Picchu telah dipilih sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Baharu dalam satu tinjauan Internet di seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 6 Nov 2022
Featured Tue, 16 Oct 2018
Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Wed, 27 Apr 2022
Featured Wed, 14 Jul 2021

Cara Mohon Bantuan One Off Sehingga RM 1,400 Buat Individu Terjejas Pendapatan

Bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19, kerajaan Malaysia menyalurkan bantuan di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Bantuan ini dilancarkan melalui Tabung COVID-19 dengan bayaran sebanyak RM100 sehari sepanjang tempoh khas untuk rakyat

Featured Sat, 26 Feb 2022
Featured Tue, 3 Jan 2023

Bekas Isteri Dedah Luqman Hafidz Curang Punca Perceraian? – “Semoga Bahagia Di Atas Penderitaan Saya”

Jika benar bagai dikata, moga bekas isteri Luqman kekal tabah 🥲❤️

Featured Wed, 18 Dec 2019

3 tip untuk berjaya sebagai seorang jurusolek

“Otai” ini bongkar kesilapan lazim jurusolek lakukan

| Live TV

error: Content is protected !!