familuv By: Ad Ops October 11, 2018 @ 10:00am

Kulit Bayi Anda Sensitif? Ini 5 Cara Untuk Memilih Sabun Yang Sesuai Untuknya

Dalam kehidupan seharian, bila kita dapat benda baru yang amat berharga, kita kena jaga betul-betul kerana ia dikira precious. Betul tak?

Samalah juga apabila seorang bayi itu dilahirkan. Semua perkara tentangnya adalah serba baru, termasuklah kulitnya. Itu sebabnya ia perlu dijaga dengan rapi.

Selain mementingkan keselamatan bayi itu sendiri dari segi semua aspek, salah satu cara penjagaan ini adalah melalui sabun yang kita guna untuk memandikannya. 

Kulit bayi adalah halus dan sensitif, jadi anda tak boleh pakai sabun sebarangan. Kalau untuk orang dewasa, bolehlah pakai mana-mana tapi jika anda nakkan yang terbaik untuk anak anda, anda perlulah pilih produk yang betul-betul sesuai dengannya.

Sebelum membuat pembelian, ikuti panduan di bawah terlebih dahulu.

1. Pilih sabun bayi lembut

Yang paling penting, anda perlu pilih produk yang lembut dan bebas daripada sebarang bahan kimia atau toksik merbahaya. Jika tidak, sabun itu boleh merosakkan kulit bayi atau menyebabkan ruam.

2. Jangan beli sabun yang berbuih banyak

Bagi anda yang tak tahu, sabun yang berbuih lebih itu selalunya mempunyai bahan kimia tambahan yang berpotensi untuk merosakkan kulit bayi. Jangan beli, ya!

Foto: healthyessentials.ca

3. Elak daripada beli sabun yang ada wangian

Sama seperti sabun berbuih, wangian ini juga diperbuat daripada bahan kimia kasar yang boleh membahayakan kulit bayi. Anak anda juga mungkin tak suka kepada bau tersebut dan sesi mandiannya nanti terus jadi tak selesa baginya.

4. Pilih sabun bayi khas untuk kulit allergic

Bagi bayi yang mempunyai kulit yang sangat sensitif atau kering, atau sering mengalami ekzema, sabun yang sesuai adalah jenis hypoallergenic.

5. Baca kandungan dalam sabun

Sama saja bila anda nak beli produk makanan; kena tengok isi kandungannya dulu. Bagi sabun pula, anda perlu baca “ramuannya” untuk memastikan yang ia betul-betul hypoallergenic atau bebas toksik.

Kalau nak lebih selamat, rujuk Internet untuk lihat review pengguna lain, sama ada mereka mengesyorkan produk tersebut atau tidak dan jika ia ada menyebabkan kerosakan kulit bayi.

Tip: Pilih sabun yang diperbuat daripada ramuan semula jadi, kerana inilah yang terbaik untuk kulit sensitif.

Seelok-eloknya, pilih produk yang mengandungi bahan seperti badam, susu, koko, mentega, madu dan minyak zaitun. Jangan beli produk yang mengandungi alkohol, glicol, propylene serta bahan kimia lain.

Foto: MomJunction

Jadi, nak beli sabun yang mana satu?

Bagi anda yang tak pasti apa yang patut dibeli, lima produk yang disenaraikan di bawah dikira bagus.

  1. Sebamed Baby Liquid Cleanser
  2. CETAPHIL Baby Ultra Moisturising Bath & Wash
  3. Buds for Kids Organic Lavender Shower Gel
  4. Ecostore Baby Soap
  5. Aveeno Baby Eczema Therapy Soothing Baby Bath Treatment

Semoga informasi di atas bermanfaat untuk anda! 

Sumber: theAsianparent

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Sep 2022
Featured Wed, 5 Oct 2022
Featured Tue, 1 Oct 2019

Sniker botol plastik, inisiatif Aldo selamatkan bumi

Dua penyelesaian masalah alam sekitar dalam satu kasut RPPL

Featured Mon, 8 Jan 2024

[VIDEO] Majlis Khatam Al-Quran Dayang Anisha & Putera Mateen Raih Perhatian – “Lembutnya Suara Dia”

Aww, sukanya tengok bila Anisha senyum dekat Putera Mateen dan bakal MIL🥰🥰🥰

Featured Sun, 11 Nov 2018

Ketahui Bahagian Ayam Yang Paling Tinggi Protein & Berkhasiat

Kalau nak kurus, kenalah tahu bahagian ayam mana yang patut dikurangkan dan dilebihkan agar diet lebih seimbang.

Featured Thu, 30 Jun 2022

Didakwa Reka Cerita Dipukul & Cubaan Culik Anak, Ini Respons Lufya

Siapalah yang pandai-pandai cakap Lufya reka cerita tu 😌

Featured Mon, 21 Aug 2023

[VIDEO] Gara-Gara Puji & Backup Ira Kazar Tak Ganggu Hidup Orang, Ramai Kritik Aliff Syukri

‘Ira sangat humble.. yang penting tak kacau hidup orang, diam saja’ – Datuk Seri Aliff Syukri 🫣🤔 Alamak! 🥶

Featured Mon, 16 Mar 2020