Featured By: Shaidah Shafie April 3, 2020 @ 2:00pm

Kulot sesuai semua saiz badan, selesa pula!

Kulot atau celana berkaki lebar mungkin tidak sesuai untuk wanita bertudung kerana berbanding palazo, kulot tidak labuh ke buku lali. Bagaimanapun, kebelakangan ini, kulot kian popular, bukan sahaja dalam kalangan wanita, tetapi juga lelaki metroseksual.

Melihat kepada paparan perjalan fesyen di negara ini, kulot tidak begitu meriah pemakaiannya berbanding jeans atau celana kasual kerana ia biasanya dikaitkan dengan wanita bersaiz gempal.

Sejarah fesyen Inggeris merekodkan kulot pada permulaannya dipakai oleh kelompok aristokrat Eropah dan pasukan militari dengan labuhnya mencecah atas buku lali.

Kulot boleh digayakan dengan pelbagai cara mengikut keyakinan pemakainya. Foto: theshonet.com.

Sebelum diterima pakai dalam dunia fesyen, kulot hanya dipakai oleh ahli sukan wanita dan tidak pernah disedari akan fungsi dan kewujudannya dalam kalangan penggemar fesyen.

Kulot juga pernah menjadi perbualan yang menimbulkan kontroversi sebelum ia diterima pakai di persada fesyen.

Jurugambar yang juga pereka fesyen Perancis, Heidi Slimane menggunakan kulot sebagai pembukaan pada pertunjukan fesyen musim luruh Celine 2019 yang mengenengahkan elemen seluar kaki kembang.

Pereka dan pempengaruh fesyen Britain, mendiang Elsa Schiaparell, antara individu yang mempromosi kulot pada awal kewujudan seluar berbaki lebar itu. Foto kredit: nytimes.com.

Pada 1930, pereka dan penggiat fesyen berpengaruh di Britain, Elsa Schiaparelli, mengenakan kulot ketika berada di London dan ada suara melabelkan kulot sebagai simbol lesbianisme, namun majalah Vogue memberi label baharu dengan mentafsirkan kulot sinonim dengan fesyen tempatan.

Sejak itu, kulot mula diterima ramai kerana ia bukan sahaja selesa, malah memudahkan sebarang pergerakan pemakainya.

Kulot juga sesuai digayakan dengan sneaker. Foto: theshonet.com.

Di negara ini, kulot dilihat banyak dihasilkan dengan menggunakan fabrik kapas atau linen, mungkin juga kerana cuaca panas dan lembap sepanjang tahun, maka ia sesuai dengan dua jenis fabrik itu.

Kulot juga turut dihasilkan dengan menggunakan fabrik batik. Sumber: beautynesia.id.

Lazim juga dilihat kulot dipakai dalam penampilan santai seperti dijahit daripada sarong batik dan dipadankan dengan kemeja polos.

Dalam berfesyen, mungkin kita perlu menyarungkan apa yang selesa dengan kita dan bukannya mengenakan persalinan mengikut apa yang dipakai orang lain.

Hijab & Heels kongsikan beberapa jenis penggayaan kulot yang dipakai oleh pempengaruh dan selebriti tanah air, lihat bagaimana mereka menyuaipadankan seluar berkaki lebar ini dengan selendang, selesa sangat penggayaannya!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Wed, 26 Oct 2022
Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Tue, 4 Jan 2022
Featured Wed, 23 Nov 2022
Featured Tue, 8 Nov 2022

“Slow Sikit” – Ratu Farah Nyanyi Lagu Ku Bersuara Ernie Zakri, Ini Respons Syamel

Pempengaruh Tik Tok, Ratu Farah kembali mencuri perhatian netizen kerana menyampaikan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri disamping penyanyi Syamel. Ratu dengan yakin menyanyikan lagu itu seolah-olah cuba menandingi kelunakan suara Ernie Zakri tanpa menghiraukan […]

Oh Lawa Sat, 6 Jul 2019

Sudahlah jimat, kesannya sama seperti mandi bunga di spa mahal!

Anda akan rasa sangat lega selepas melakukannya!