Featured By: Nani Ramlee January 18, 2018 @ 4:56am

Kurus Tak Semestinya Sihat

Kurus itu cantik! Itu fakta yang tersemat di pemikiran ramai wanita. Namun, tahukah anda kurus itu tidak semestinya melambangkan seseorang itu 100% sihat. Ini disebabkan mereka yang kurus selalu merasakan mereka sihat lalu mengambil ringan tentang hal pemakanan dan juga senaman.

So, jangan over confident jika anda kurus. Menjadi orang kurus yang tidak cergas sama juga tinggi risikonya dengan mereka yang obes dan tidak aktif.

Menurut Doktor Perubatan Keluarga, Dr. Rohaya Ramli, memiliki tubuh badan yang kurus tidak bermakna seseorang itu sihat dan kebal pada serangan penyakit-penyakit berisiko. Mereka ini juga turut berhadapan dengan masalah perubatan, lebih-lebih lagi bagi seseorang yang sebelum ini berbadan agak gempal dan tiba-tiba menjadi kurus dalam masa yang singkat.

Berikut merupakan perkongsian Dr. Rohaya tentang penyakit-penyakit yang mungkin dialami oleh mereka yang memiliki bentuk badan yang kurus.

Diabetes

Penyakit diabetes atau kencing manis selalu dikaitkan dengan mereka yang menghadapi masalah obesiti. Namun, orang yang kurus juga mempunyai risiko terhadap penyakit ini. Selera makan orang yang menghidap diabetes akan bertambah dan mereka ini akan gemar mengambil makanan manis.

Ini adalah kerana gula yang terhasil daripada makanan berkarbohidrat yang mereka makan tidak sampai ke sel-sel badan untuk tenaga disebabkan kekurangan hormon insulin. Oleh itu, badan akan membakar simpanan lemak untuk penghasilan tenaga.

Faktor tersebut menyebabkan seseorang itu menjadi kurus, tetapi pengurangan berat badan ini bukanlah menandakan mereka sihat. Mereka ini biasanya mempunyai simptom-simptom seperti dahaga, kencing dengan kerap dan merasa letih. Mereka yang menghadapi masalah ini memerlukan rawatan dengan segera dan berterusan sepanjang hayat.

Hyperthyroid

Kelenjar tiroid yang terletak di bahagian depan leher menghasilkan hormon tiroid dan ia penting untuk mengawal metabolisma badan kita. Jika hormon ini berlebihan, kadar metabolisma akan meningkat dan menyebabkan pembakaran lemak berlebihan yang akan menurunkan berat badan seseorang.

Biasanya pesakit hyperthyroid mempunyai simptom-simptom lain seperti dengupan jantung yang kencang atau berdebar, merasa panas, berpeluh dengan banyak dan tangan berketar (fine tremors). Panyakit ini boleh dikenal pasti dengan ujian darah (Thyroid Function Test) dan boleh diubati dengan ubat-ubatan tertentu.

Penyakit Kanser/ Jangkitan Kronik

Mereka yang kurus secara mendadak juga berkemungkinan besar mengalami penyakit kanser atau jangkitan Tuberculosis (TB). Biasanya mereka ini tiada selera makan dan ada tanda-tanda lain seperti demam serta batuk berpanjangan, sakit perut, susah membuang air besar atau mengalami perdarahan apabila membuang air besar dan lain-lain simptom lagi.

Menurut Dr. Rohaya lagi, selain daripada penyakit fizikal, orang yang kurus juga mungkin mengalami masalah mental seperti anorexia nervosa dan bulimia. Walau bagaimanapun, kes-kes seperti ini jarang berlaku.

“Mereka yang mengalami masalah anorexia dan bulimia sangat mementingkan penampilan dan kecantikan. Sebenarnya mereka sudah pun cantik dan kurus, namun masih merasakan ia tidak mencukupi. Golongan ini akan menolak makanan dan akan memuntahkan semula makanan yang dimakan. Ini adalah satu masalah yang serius dan boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera,” katanya sambil memberikan tips untuk menjadi individu kurus yang sihat.

“Bagi mereka yang ingin tampil kurus, sentiasa bersenam dan amalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat. Jika selera makan anda normal tetapi anda turun berat badan yang mendadak seperti 10 kilogram dalam masa sebulan, atau mungkin anda tidak bersenam dan diet tapi kurus secara tiba-tiba, itu adalah tidak normal dan anda perlu segera berjumpa dengan doktor untuk mengesan masalah yang dihadapi.”

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Mon, 8 Apr 2019

Nampak remeh, tetapi  5 benda ‘pelik’ ini membantu memudahkan hidup anda.

Inovasi teknologi pintar zaman sekarang memang mengagumkan!

Featured Wed, 29 Apr 2020

KKM kenal pasti strain baharu COVID-19 bersifat lebih ganas

Virus didapati bermutasi dengan cepat

Featured Thu, 22 Apr 2021

Che Puan Khaleeda Selamat Bersalin, Tunku Zahrah Zarith Nama Anaknda Puteri TMJ

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menamakan puteri kedua Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebagai Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail. Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli […]

Featured Mon, 7 Jan 2019

Tip mudah untuk jadikan bulu mata palsu anda lentik dan nampak baru berpanjangan

Teknik ini bukan menggunakan pengetip bulu mata, ya!

Gaya Hidup Mon, 14 Jun 2021

Pandemik Jadi Titik Tolak 2 Sahabat Bangunkan Aplikasi Cuci Kereta

Sektor ekonomi dalam dan luar negara semestinya terjejas dek kerana pandemik Covid-19 yang telah melanda seluruh pelusuk dunia. Namun begitu, keadaan ini memberikan hikmah tersendiri kepada ramai peniaga di luar sana untuk menjadi lebih kreatif […]

Featured Fri, 22 May 2020
Featured Thu, 13 Dec 2018

4 Rahsia Nak Pilih Tembikai Yang Manis & Sedap

Mudah saja sebenarnya nak kenali buah tembikai yang isinya manis.

Eat Travel Tue, 5 May 2020

Ingatkan hiasan, rupa-rupanya makanan. Cantik sungguh!

Boleh buat hiasan dinding jika mahu

| Live TV