Featured By: tex_admin November 29, 2018 @ 4:00pm

Lambat Datang Haid? Ini Sebab Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Mungkin ramai dalam kalangan wanita terutamanya yang dah berkahwin menganggap lambat datang haid adalah petunjuk awal kehamilan. Tapi, bila check tak pula hamil! Mesti anda bingung kan? 

Kalau yang bujang pula, ada juga mengalami masalah datang haid yang tak menentu, kadang-kadang sampai setahun sekali. Agaknya kenapa masalah ini berlaku? Adakah ianya normal dan boleh dibiarkan berterusan tanpa mendapatkan nasihat doktor?

Penulis senaraikan sebab lain yang boleh menyebabkan anda tidak datang haid dan ianya bukanlah kerana hamil semata-mata. Jom semak!

1. Tertekan

Jangan tak percaya, tertekan juga boleh menjadi punca lambat datang haid ataupun tidak datang langsung pada bulan tersebut. Sebenarnya, perubahan gaya hidup yang drastik akan mempengaruhi rutin harian termasuklah mengganggu kitaran haid.

Hormon Gonadotropin-releasing (GnRH) kurang dihasilkan ketika anda stress dan akan menjejaskan proses ovulasi dan menstruasi anda.

2. Senaman aktif yang terlampau

Mungkin dalam kalangan anda yang melakukan lebih banyak senaman ketika dalam proses ‘menjayakan’ diet anda. Jadi, tubuh biasanya akan mengambil sedikit masa untuk beradaptasi dengan perubahan ini. Haid yang datang lewat mungkin akan berlaku selama beberapa bulan sebelum dapat disesuaikan dengan tubuh anda.

3. Kegemukan

Ya, kamu sedang mengalami penambahan berat badan secara mendadak! Jadi, pastikan anda mengubah corak pemakanan secara perlahan-lahan dan tidak terlalu membuat perubahan drastik. Keadaan ini boleh menggangu keseimbangan hormon lalu menjejaskan pusingan haid anda.

4. Perjalanan jauh

Foto: Time Magazine

Perjalanan jauh yang memakan masa panjang, terutamanya yang melibatkan perubahan zon waktu, musim persekitaran dan sebagainya turut menjadi punca lewat haid. 

5. Pra-Menopaus

Foto: www.erykrina.com

Untuk pengetahuan anda, sebelum wanita memasuki tempoh menopause atau putus haid, mereka akan melalui tempoh fasa pra-menopause. Saat itu, haid anda mungkin menjadi kurang dari segi jumlahnya atau jumlah hari, Selain itu, tempohnya juga datang secara tidak berkala, bukannya normal seperti selalu.

Kesimpulannya, anda jangan cepat panik kalau lambat datang haid. Sebaiknya, dapatlah nasihat doktor ya! Tak usah malu-malu demi kesihatan anda.

Sumber: Wanista

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 25 Aug 2022
Featured Sun, 7 May 2023

Meriah! Penonton Puas Imbau Momen Nostalgia Nyanyi Lagu ‘Evergreen’ Di Konsert ‘Raya Sepanjang Zaman’

Meriah sangat Konsert Raya Sepanjang Zaman bersama Datuk Hail Amir, Biduanita Sanisah Huri, Ziana Zain dan Bob Yusof! Mengimbau memori hari raya! 🥳❤️

Featured Fri, 22 Jul 2022
Featured Thu, 9 Feb 2023
Featured Tue, 30 Aug 2022
Featured Wed, 15 Jan 2020
Featured Tue, 12 Apr 2022
Featured Mon, 3 Apr 2023

Rita Nadira Menangis, Akui Watak Salina Dalam Saat Hilang Cintamu Kejam!

Memang menyirap eh tengok Salina dalam cerita nih!😡🔥💥