Featured By: Fadzlena Jafar May 4, 2020 @ 9:30pm

Lebih 460,000 pengguna telefon pintar muat turun aplikasi MySejahtera

Masyarakat disaran supaya memuat turun aplikasi MySejahtera yang dibangunkan Kementerian Kesihatan (KKM) dengan kerjasama pelbagai agensi bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Aplikasi yang dilancar pada 20 April 2020 itu kini sudah dimuat turun oleh lebih 460,000 pengguna telefon pintar di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata MySejahtera bukan sahaja digunakan bagi pengesanan kontak rapat berkaitan COVID-19,  tetapi juga menyalurkan maklumat mengenai kesihatan kendiri dan keadaan semasa COVID-19 di Malaysia.

“MySejahtera membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri (self-assessment), di samping membantu KKM mendapatkan maklumat awal tahap kesihatan individu untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

“Pengesan Hotspot (Hotspot tracker) pula akan membantu pengguna mendapatkan maklumat kawasan panas kes COVID-19 dalam lingkungan satu kilometer dari lokasi pengguna atau alamat carian,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di Putrajaya, hari ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba (dua, kiri) bersama-sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (dua, kanan) pada Majlis PraPelancaran Aplikasi MySejahtera di Kementerian Kesihatan 20 April lalu. Turut kelihatan Dr Noor Hisham (kiri) dan Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir (kanan). (Gambar BERNAMA)

Selain untuk diri sendiri, pengguna juga boleh mendaftarkan maklumat berhubung ahli keluarga yang tidak mempunyai telefon pintar, di mana MySejahtera akan turut membantu menilai tahap kesihatan ahli keluarga atau individu lain yang didaftarkan.

Di samping itu, aplikasi MySejahtera turut memberi maklumat berkaitan fasiliti saringan COVID-19 terdekat dan bantuan nasihat secara dalam talian.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12.00 tengah hari terdapat 55 kes baharu yang dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 6,353 kes.

“Ingin dimaklumkan bahawa daripada 55 kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan hari ini, tujuh kes adalah kes import.

“Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 48 kes, di mana sebanyak 24 kes dikesan daripada  kluster dan lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Malika Fisli, pesakit COVID-19 di Hospital Emile Muller, Perancis mendapat tepukan petugas kesihatan sebaik meninggalkan wad apabila disahkan sembuh sepenuhnya. (Gambar hiasan AFP/SEBASTIEN BOZON)

Selain itu, terdapat 71 kes yang pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 4,484 kes  atau ­­­­­70.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,764 kes yang mana mereka sudah diasing dan diberi rawatan.

Sehingga kini, seramai 28 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia kekal sebanyak 105 kes atau 1.65 peratus daripada jumlah keseluruhan kes berikutan tiada kes kematian dilaporkan hari ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 11 Oct 2021
Featured Wed, 12 May 2021

Perdana Menteri Adakan Lawatan Ke Pusat Pemberian Vaksin Di UM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Universiti Malaya (UM) semalam. Beliau turut ditemani oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin. Dalam lawatan itu, beliau berpeluang […]

Events Tue, 17 Jan 2023

“Saya Terkejut…” – Nyanyian Ada Peningkatan, Khai Bahar Kagum Semangat Nabila Razali

Penyanyi Khai Bahar memuji usaha dan semangat yang ditunjukkan rakan duetnya menerusi lagu Selagi Kau Ada, Nabila Razali apabila penyanyi itu tidak mudah berputus asa dan sentiasa bersemangat untuk menjadi lebih baik. Menurut Khai, terlalu […]

Featured Sun, 31 Jul 2022
Featured Wed, 27 Jul 2022

Nora Danish Tak Senang Duduk Tonton Filem Mat Kilau – “Cuma Tak Puas Hati…”

Uishhh, sampai tak senang duduk Nora tonton Mat Kilau ya? Aik tapi apa pula yang tak puas hati tu?