Acara By: Yanie Baharom August 17, 2019 @ 11:00am

Ledakan kuasa wanita dominasi pencalonan Top 5 ABPBH ke-32

Kuasa wanita! Itu apa yang boleh diperkatakan mengenai rangkuman keputusan Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32, yang diumumkan secara rasminya Jumaat lalu, dengan menyaksikan pelakon cantik dan pengacara, Mira Filzah, mendahului jumlah pencalonan tertinggi.

Memperoleh tujuh pencalonan kesemuanya, impak drama rantaian Pujaan Hati Kanda dan Lelaki Kiriman Tuhan, memberi tuah kepada Mira apabila mara menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Selain itu, pelakon manis itu turut disenaraikan dalam kategori Online, Gandingan Serasi Filem Popular menerusi Rise Ini Kalilah, Gandingan Serasi Drama Popular, Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular dan Artis Versatil Popular.

Pesaing terdekat Mira Filzah, juga seorang wanita iaitu penyanyi bersuara lunak, Siti Nordiana yang menerima enam pencalonan, termasuk dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular dan Lagu Paling Boom.

Dengan jumlah enam pencalonan yang diperoleh, ada ura-ura meramalkan Nana mempunyai peluang besar untuk memenangi anugerah Bintang Paling Popular tahun ini.

Penyanyi, Siti Nordiana merupakan calon Top 5 untuk enam kategori ABPBH ke-32

Tidak meletakkan sebagai harapan tinggi, Nana sewaktu ditemui pada sidang media pengumuman Top 5 ABPBH32, mengakui tidak menyangka namanya berada dalam senarai Top 5 dalam hampir semua pencalonan awal.

“Tak sangka kerana calon lain hebat-hebat belaka. Saya berterima kasih atas sokongan yang diberikan peminat terhadap kerjaya seni saya.

“Kalau hendak diukur kemenangan berdasarkan pencalonan, masih ada artis lain menerima pencalonan yang banyak. Termasuklah anugerah bagi kategori online, “ katanya.

Projek duet penyanyi Khai Bahar dan Siti Nordiana turut mendapat pencalonan Top 5.

Apa yang menarik mengenai pola pencalonan kali ini, gabungan populariti, mutu produk, kisah sensasi dan kuasa media sosial terus mempengaruhi pemilihan barisan calon Top 5 ABPBH ke-32.

Mencipta kejutan apabila bintang senior kembali bersaing dengan wajah baharu dunia seni, senarai calon Top 5 kali ini mencerminkan kecenderungan peminat memilih artis yang sedang hangat di pasaran, malah mereka yang bijak memanfaatkan kepentingan era digital.

Pelakon, Delimawati  tercalon dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular

Artis berpengalaman seperti Aishah, Erra Fazira, Delimawati dan Faizal Tahir memberi cabaran dalam kategori masing-masing, berdepan bakat baharu, termasuk kumpulan digelar ‘budak baru nak up’ atau BBNU.

Aishah, yang digelar The Living Legend, dicalonkan dalam kategori Penyanyi Wanita Popular DuitNow bersama saingan jauh lebih muda iaitu Wany Hasrita; Siti Nordiana, Ara Johari dan Stacy.

Faizal pula bersaing dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular DuitNow bersama-sama Khai Bahar, Haqiem Rusli, Sufian Suhaimi dan Syafiq Farhain.

Artis Sarah Suhairi membuat persembahan, pada sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 di Tamu Hotel

Majlis pengumuman yang berlangsung di Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur itu turut menyaksikan bintang filem Hantu Kak Limah, Delimawati, tersenarai sebagai calon kategori Pelakon Filem Wanita Popular bersama Erra, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Hannah Delisha.

Majlis pengumuman Top 5 itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima, Johan Ishak; Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Hiburan BH merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ABPBH 32, Shamshul Azree Samshir; Pengasas Alha Alfa Cosmetics, Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil atau lebih dikenali sebagai Alha: dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Payments Network Malaysia (PayNet), Peter Schiesser.

Datuk Ahmad Zaini  (dua, kiri) Datuk Alha (dua, kanan) dan Johan Ishak (kanan) pada sidang media pengumuman Top 5 ABPBH 32 di Tamu Hotel.

Sementara itu, Ahmad Zaini dalam ucapannya berkata, edisi ke-32 ABPBH memperlihatkan usaha penambahbaikan secara menyeluruh bagi memantapkan lagi penganjuran anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu.

“Antara  yang disediakan dalam ABPBH kali ini termasuk pakej tajaan, kandungan, mekanik penganjuran, pencalonan, pengundian sehinggalah aktiviti bersama-sama artis serta kelab peminat, sejak dilancarkan pada 15 Julai lalu selain membabitkan penaja iaitu Alha Alfa Cosmetics.

“Penambahbaikan ini turut membabitkan mekanik penganjuran, termasuk inisiatif pakej langganan BH Digital dan undian bersama PayNet, iaitu pengendali DuitNow. Kita berharap langkah transformasi ini dapat membawa ABPBH ke liga baharu yang lebih mencerminkan keperluan pasaran semasa.

“Kaedah langganan secara digital ini mencerminkan langkah baharu ABPBH dan akhbar BH secara khususnya, untuk mengoptimumkan kebergantungan kepada teknologi moden,” katanya.

Foto: Balckpink dicalonkan menerusi kategori Artis Korea Popular

Bersesuaian dengan tema ABPBH 32, iaitu Melangkaui Sempadan, beliau berkata ia bertujuan untuk memartabatkan acara anugerah itu ke peringkat antarabangsa.

“Langkah paling drastik, sesuai dengan tema tahun ini, dua kategori baharu iaitu Artis Korea Popular dan Artis Indonesia Popular diperkenalkan dalam kategori utama sebagai lambang kematangan ABPBH, selain mengangkat acara anugerah ini ke peringkat antarabangsa.

“Bagaimanapun, dua kategori ini tidak dipertandingkan untuk kategori utama iaitu Bintang Paling Popular,” kata Ahmad Zaini.

Malam kemuncak ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9 malam.

Dayang Nurfaizah memperdengarkan sinmgle terbaharunya, Sebentar pada sidang media pengumuman Top 5 Anugerah Bintang Popular BH 32

Senarai Top 5 ABPBH 32 – Kategori Utama

Artis Baharu Lelaki Popular:

Afieq Shazwan
Adam Lee
Iswan Ismail
Raja Atiq
Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:

Aina Abdul
Amelia Henderson
Haneesya Hanee
Masya Masyitah
Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:

Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Zul Ariffin

Pelakon Filem Wanita Popular:

Delimawati
Erra Fazira
Hannah Delisha
Mira Filzah
Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular Alha Alfa:

Fattah Amin
Fendy Bakry
Izzue Islam
Remy Ishak
Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa:

Azar Azmi
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow:

Faizal Tahir
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular DuitNow:

Aishah
Ara Johari
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular:

Alif Satar & Siti Nordiana
Dayang Nurfaizah & Hael Husaini
Floor 88 & Baby Shima
Insomniacks
Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:

Jihan Muse
Jep
Mark Adam
Sherry Alhadad
Zizan Razak

Artis Versatil Popular:

Alif Satar
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Pengacara TV Popular:

Alif Satar
Alvin Chong
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:

DJ Lin
Haziq
Johan
Muaz
Radin

Artis Indonesia Popular:

Afgan
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Judika
Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:

Blackpink
BTS
EXO
G Dragon
GOT7

Kategori online

Artis Sensasi Popular:
Bella Dally
Elfira Loy
Haqiem Rusli
Nazim Othman
Zul Ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:

Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)
Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)
Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)
Remy Ishak & Mira Filzah (Pujaan Hati Kanda)
Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Tak Ada Cinta Sepertimu)

Gandingan Serasi Filem Popular:

Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)
Syafiq Kyle & Hannah Delisha (Langsuir)
Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)
Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:

Azar Azmi
Azhan Rani
Reen Rahim
Shukri Yahaya
Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:

Andi Bernadee (Satu Peluang)
Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
Sufian Suhaimi (Di Matamu)
Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)
Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Foto: NSTP/NUR ADIBAH AHMAD IZAM, NURUL SHAFINA JEMENON dan MAHZIR MAT ISA.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Foto Berada Di Kelab Malam Di TikTok, Netizen Kritik Aedy Ashraf

Fuh Aedyy, mata tu ok tak? 😳 Rancakk betull 🤭 Masih berjiwa muda orang kataa 🤪

Featured Tue, 27 Nov 2018

Boleh Licinkan Kulit Wajah, Ramai Yang Tak Tahu Apa Itu ‘Acne Diet’

Pemakanan anda sangat berkait rapat dengan pertumbuhan jerawat pada wajah.

Featured Tue, 7 Apr 2020

Rahsia wajah runcing dan awet muda dengan kaedah urutan Gua Sha

Katakan tidak pada pembedahan kosmetik!

Featured Wed, 12 Jan 2022

Jumpa Individu Persis Arwah Abam, Fad Bocey Ubati Rindu

Pemergian pelawak dan penghibur Allahyarham Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan hampir dua tahun lalu meninggalkan kesan di hati peminat. Perkara sama pasti dirasakan oleh rakan seperjuangannya, Fad Bocey. Seorang […]

Featured Fri, 20 May 2022

“Onz Outfit Dia…” – Bersenam Pakai Dress Labuh, Aina Abdul Curi Perhatian

Slay Girl! 🔥 Lepas ni takde lah alasan tak boleh workout sebab takde outfit 🤣

Featured Fri, 26 Jan 2024
Featured Wed, 28 Sep 2022

[VIDEO] “Tangan Hubsbaby Bau Sambal” – Fattah Amin Makeup Fazura Buat Netizen Tak Kering Gusi!

Comelnyaa pasangan bahagia ni!! Pandai juga Fattah Amin makeupkan Fazura 🥰

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Wed, 21 Sep 2022

Nafi Curang, Adam Levine Kesal

Adam Levine kesal