Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Featured By: Bibi Ramli November 7, 2018 @ 4:00pm

Lelaki ini Sesak Nafas Lalu Maut 10 Minit Selepas Menerima Rawatan Urut Thai

Jika anda pernah ke Thailand, anda mesti pernah merasai nikmat daripada menerima urutan badan Thai. Kedai urut bersepah di negara tersebut, jadi setelah penat makan angin sepanjang hari, memang syoklah bila badan kita diurut. Legaaa.

Tapi awas! Bukan semua orang boleh terima rawatan urut ini. Jika anda tak mengendahkan amaran ini, ia boleh membawa padah!

Baru-baru ini, pihak media di Thailand sedang kecoh tentang seorang pelanggan kedai urut yang maut ketika sedang menerima rawatan.

Menurut laporan The Nation, insiden ini telah berlaku di Pattaya di mana mangsa dengan beberapa orang rakannya berjalan-jalan menerokai bandar tersebut.

Mereka telah mengunjungi salah sebuah Floating Market tapi lelaki ini telah complain sakit kaki. Dia ingin berehat seketika sambil rakan-rakannya sambung berjalan, lalu dia pun pergi ke sebuah kedai urut untuk melegakan kesakitan kakinya.

Malangnya, baru saja 10 minit dia diurut, dia tiba-tiba berhenti bernafas. Terkejut, staf kedai itu cuba melakukan CPR ke atasnya dan macam-macam cara lain untuk memulihkannya tapi semua cubaan mereka tak berjaya.

Walaupun ambulans tiba 30 minit kemudian, lelaki tersebut tak dapat diselamatkan.

Foto: www.bastillepost.com

Adik lelaki mangsa ada memberitahu yang abangnya telah terseliuh buku lali seminggu sebelum itu ketika bermain bolak sepak dengan rakannya.

Mangsa memang telah menerima rawatan doktor tapi tak terfikir pula apa-apa boleh terjadi jika dia pergi berurut.

Para doktor membuat andaian yang dia telah meninggal dunia akibat salur darah paru-parunya yang tersumbat. Ia terjadi disebabkan oleh darah beku yang telah bergerak ke paru-parunya dari kaki, memandangkan kakinya cedera sebelum ini.

Pengarah bagi Thai Traditional Medicine Research berkata kebarangkalian untuk meninggal dunia daripada urutan Thai sangatlah nipis, iaitu lebih kurang 0.01%.

Foto: www.bastillepost.com

Sementara itu, pengarah Health Establishment Bureau, Dr Pattarapon Jungsomjatepaisal berkata mereka akan menyiasat kedai urut berkenaan untuk pastikan sama ada ia berlesen dan jika tukang urut di situ adalah yang bertauliah.

Katanya kedai-kedai urut sepatutnya semak dulu tahap kesihatan pelanggan mereka sebelum menawarkan sebarang rawatan.

Walaupun isteri mangsa tidak membuat laporan polis, dia telah diberi 40,000 baht (RM5,057) sebagai ganti rugi.

Amaran!

Dr Pattarapon menasihati, sesiapa yang sedang demam dan suhu badannya melebihi 38.5 darjah Celsius, ada tulang patah atau inflamasi, menghidapi tekanan darah tinggi, kencing manis tak terkawal, penyakit osteoporosis teruk ataupun kanser, tak sesuai untuk menerima rawatan urut.

Jadi ingat, ya! Jika anda teringin nak menerima rawatan urut, check dulu jika anda ada sebarang penyakit.

Sumber: World Of Buzz

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 17 Apr 2020
Featured Sun, 17 Nov 2019
Featured Wed, 17 Feb 2021

NTV7 Lancar Didik TV KPM Bermula Hari Ini, Platform Terbaik Buat Pelajar

NTV7 hari ini memeterai kerjasama dengan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (“KPM”) dalam melancarkan saluran khusus TV Pendidikan dan Didik Hiburan yang dikenali sebagai DidikTV Kementerian Pendidikan Malaysia (DidikTV KPM). DidikTV dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri […]

Featured Wed, 5 Dec 2018
Featured Fri, 24 Apr 2020

Pelajar IPT dibenarkan pulang mulai 27 April ini

KPT akan perincikan proses susulan

Featured Fri, 10 Apr 2020

Tidur mengiring posisi selamat mengelakkan kematian bayi dalam kandungan

Tidur mengiring juga bantu ibu hamil lebih lena

Featured Thu, 12 Mar 2020
Featured Sun, 23 Sep 2018
Gaya Hidup Sun, 30 Dec 2018

Cara Paling Mudah Nak Tanam Pokok Strawberi Di Rumah

Tak perlu pergi ke Cameron Highland semata-mata mengidam strawberi!

| Live TV