Featured By: Ad Ops December 15, 2018 @ 12:00pm

Lihat 12 Watak Kartun Haiwan Popular Apabila Dibandingkan Dengan Haiwan Yang Sebenar

Bukan semua watak haiwan animasi yang kita lihat dalam siri atau filem kartun nampak sama macam haiwan yang dari mana ia diinspirasikan.

Sesetengah pelukis atau animator menggunakan kebebasan kreativiti mereka untuk menghasilkan watak-watak haiwan yang akhirnya menjadi sangat popular hingga ke hari ini.

Dari saiz yang berlainan ke kebolehan yang luar biasa, ciri-ciri pelik watak-watak inilah yang membuatkan mereka mudah diingati.

Jom kita lihat foto-foto kartun haiwan yang disukai ramai, dan lihat juga gambar haiwan yang sebenar di sebelahnya.

1. Scooby-Doo, dari siri Scooby-Doo

Foto: Warner Bros/iStock

Anjing yang pandai menyelesaikan misteri ini adalah lebih kurang sama saja dengan inspirasi hidupnya. Baka anjing Scooby adalah Great Dane dan mereka memang bersaiz besar dan berciri penyayang serta ramah dan bersabar dengan manusia.

Walau bagaimanapun, Great Dane dikenali sebagai guard dogs yang effektif, tak sama dengan personaliti Scooby yang senang rasa takut.

2. Tamatoa, dari filem Moana

Foto: Disney/iStock

Watak ini adalah ketam gergasi yang dilitupi dengan harta karun. Ia diinspirasikan daripada ketam kelapa yang besar.

Dijumpai di Lautan Pasifik dan Hindi, krustasia ini menggunakan sepit besarnya untuk memecahkan kelapa. Walaupun ia tak sebesar Tamatoa, ketam ini selalunya mempunyai berat sebanyak 4.5 kilogram.

3. Arthur, dari rancangan pendidikan Arthur

Foto: 9 Story Media Group/AP/M. Spencer Green

Ha, selama ini anda mesti ingat watak ini adalah seekor arnab atau beruang, kan? Sebenarnya ia diinspirasikan daripada aardvark, seekor haiwan seiras dengan armadillo dan tenggiling dengan muncung panjang dan kuku tajam.

Tahun-tahun selepas itu, watak Arthur ini telah kehilangan banyak ciri-ciri aardvark. Pereka watak ini, Marc Brown, berkata, “Saya tak perasan pun. Saya lukis saja, dan lagi banyak saya kenali dia, lagi kecil hidungnya.”

4. Squidward, dari siri Spongebob Squarepants

Foto: Paramount; NOAA

Walaupun namanya Squid, dan ia hanya mempunyai 6 “tangan” (tentacles), Squidward Tentacles sebenarnya adalah seekor sotong kurita (octopus).

Fakta ini telah didedahkan oleh perekanya Stephen Hillenberg yang juga mengatakan dia mempunyai jumlah tangan yang lebih sikit kerana lebih mudah untuk animator melukisnya.

Cuma kepala besarnya saja yang membuatkannya nampak seiras dengan sotong kurita.

5. Remy, dari filem Ratatouille

Foto: Disney/iStock

Watak ini mempunyai citarasa menarik dalam makanan dan impian besar untuk menjadi seekor cef. Ahli keluarganya pula lebih gemar makan sampah. Tikus memang akan makan apa saja yang mereka jumpa dalam dapur manusia.

Dalam hal ini, para animator tak lari jauh daripada fakta. Kedua-dua watak tikus dan haiwan betulnya mempunyai bulu kelabu, kaki kecil berwarna pink dan ekor panjang.

6. Road Runner, dari siri Looney Tunes dan Merrie Melodies

Foto: ABC/iStock

Burung sepantas kilat yang sering dapat mengelak daripada menjadi mangsa musuhnya Wile E. Coyote, memang terkenal kerana bunyi “meep meep”.

Burung yang diinspirasikan bersaiz lebih kecil dan mempunyai bulu pelepah berwarna putih coklat. Untuk pengetahuan anda, ia juga dipanggil Roadrunner! Dan sama macam watak kartunnya, ia sering berlari di tepi jalan raya.

7. Eeyore, dari siri buku Winnie The Pooh

Foto: Walt Disney Pictures/iStock

Haiwan yang sentiasa sedih ini tidak mempunyai telapuk kaki seperti keldai sebenar tapi kedua-duanya mempunyai telinga besar. Yang pasti, keldai bukanlah secomel macam Eeyore yang boleh dipeluk-peluk.

8. Sonic the Hedgehog

Foto: Youtube/Sonic the Hedgehog/iStock

Watak permainan video klasik ini dikenali dengan bulu birunya serta kelajuan yang melampau. Hedgehog yang sebenar langsung tak sepantas itu, berwarna coklat dan badannya dipenuhi dengan duri-duri.

9. Pumbaa, dari filem The Lion King

Foto: Disney/iStock

Salah satu daripada comic duo dalam filem ini, Pumbaa adalah seekor warthog (babi hutan) yang suka makan serangga.

Warthog yang sebenar lebih gemar makan tumbuhan dan akar, dan berlawan dengan serangga kerana menggigit kulitnya. Mereka bergantung kepada burung untuk memakan serangga tersebut dan akan menyorok dalam lumpur demi melarikan diri daripada gigitan mereka.

10. Puss, dari filem Shrek

Foto: DreamWorks/iStock

Watak kisah dongeng Puss in Boots dari francais popular Shrek adalah seekor kucing jingga yang menghunus pedang macam Zorro.

Kucing biasanya akan tidur selama 15 ke 20 jam sehari, jadi tak adanya dia nak berlawan-lawan pedang.

11. Jiminy Cricket, dari filem Pinocchio

Foto: Walt Disney Pictures/iStock

Watak ini bertindak sebagai firasat Pinocchio yang berpersonaliti tinggi. Selain namanya, Jiminy tak nampak macam cengkerik pun.

Dia tak mempunyai antenna atau kaki yang panjang untuk melompat. Dia mengajar Pinocchio untuk bersiul tapi dia tak berkicau macam serangga.

12. Sven, dari filem Frozen

Foto: Walt Disney Pictures/iStock

Sidekick dan pelawak, Sven merupakan sebuah ciptaan imitasi yang hampir serupa dengan rusa sebenar. Dengan bulu berwarna kelabu, tanduk yang besar dan telapuk kaki yang berbulu juga, memang sebijilah!

Tapi Sven tak berkelakuan sama seperti seekor rusa. Memang pelik untuk melihat seekor rusa yang dipisahkan daripada kumpulannya dan mereka tak mempunyai perangai macam anjing, yang Sven ada.

Sumber: Insider

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] “Adakah Saya Sudah Bersedia?” – Kekasih Zarina Anjoulie Beri Hadiah Pakaian Muslimah & Tudung

Wahhh, syoknya dapat hadiah! 🤩 Semoga Anju terbuka hati untuk berhijab 🫶🏻 Jodoh yang tepat ni 🥹

Eat Travel Thu, 12 Jul 2018

Nak Makan Durian Sedap Sekitar Kuala Lumpur? Ini 5 Lokasi Yang Wajib Anda Pergi

Bagi pencinta durian, anda belum cukup handal kalau anda tidak pernah mengunjungi 5 lokasi makan durian yang best ini.

Featured Wed, 21 Aug 2019

Badan kurang air? Jangan minum air banyak ketika perut kosong

Penat saja minum tetapi tiada manfaatnya.

Featured Mon, 30 Mar 2020

KKM tambah 10 makmal untuk saringan COVID-19

Insiatif kesan pesakit diperhebat

Acara Wed, 11 Sep 2019

Borderless istimewa sempena ABPBH 32

BORDERLESS semarakkan ABPBH 32!

Featured Mon, 6 Dec 2021

Jeongyeon TWICE Mendedahkan Agensi Tolak Tawaran Untuk Dirinya Berlakon

Selain berkebolehan menari dan melakukan persembahan di atas pentas, peminat kumpulan K-Pop popular TWICE juga pastinya teringin melihat ahli kumpulan itu berlakon dalam drama. Namun, harapan mereka untuk melihat lakonan ahli kumpulan TWICE mungkin tidak […]