Featured By: tex_admin May 17, 2019 @ 12:00pm

Lihat gelagat Sherry Al-Hadad di sebalik tabir program ‘Jom Kejar bersama Panasonic’ ini. Kelakar habis!

Oleh Syarifah Fatin Anisa

Sherry Al-Hadad sememangnya terkenal dengan bakatnya yang bersahaja dalam mengacara.

Ini terbukti melalui gelagatnya yang mencuit hati dengan pasangan gandingannya, Ammar Titan dalam rancangan bertemakan game show hasil kerjasama Media Prima Berhad dengan Panasonic.

Sherry yang juga merupakan pelakon dan pelawak serta pernah mengacarakan peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 sering menghiburkan penonton dengan aksi spontannya di atas pentas. 

Foto: Sedutan Episod BELAKANG TABIR Jom Kejar Bersama Panasonic Eps 1

Cuba anda tengok video di sebalik tabir program Jom Kejar bersama Panasonic ini. 

Video: BELAKANG TABIR: Jom Kejar Bersama Panasonic Eps 1

Program televisyen ini membabitkan empat pasangan yang bertanding bagi mendapatkan gelaran juara Jom Kejar Bersama Panasonic yang akan disiarkan di saluran TV3 setiap Khamis pada jam 6.30 petang, dari 16 Mei hingga 6 Jun.

Foto: Jom kejar

Menariknya, pelbagai hadiah menarik disajikan untuk peserta yang terdiri daripada barangan elektrik Panasonic dan hadiah utamanya bernilai lebih RM30,000.

Bagi episod pertama, gelaran juara dirangkul oleh pasangan suami isteri yang menggelar diri mereka sebagai kumpulan Big Dream.

Apabila ditanya mengenai strategi pertandingan, si suami menjelaskan, “Kami membina kumpulan WhatsApp dan berkongsi mengenai pengetahuan am sesama sendiri,” katanya.

Antara detik yang mencuit hati adalah apabila Ammar mencuri piza yang disimpan Sherry di dalam ketuhar. Marah Sherry dibuatnya!

Anda perasan tak ketuhar yang digunakan Sherry? Ia sebenarnya adalah Big Cubie Steam Convection Oven dari Panasonic.

Ketuhar pelbagai guna keluaran Panasonic ini bukan sahaja mampu membakar makanan, malah makanan akan dimasak dengan seimbang dan lebih cepat berbanding ketuhar biasa.

Jika anda sedang mengamalkan gaya hidup yang sihat, kaedah mengukus adalah sesuai untuk anda. Ia dilengkapi dengan kaedah mengukus yang juga merupakan ciri istimewa ketuhar ini.

Selain itu, Big Cubie Steam Convection Oven Panasonic itu juga mempunyai ruang permukaan yang besar. Senanglah untuk anda melihat makanan yang sedang dimasak ke dalam ketuhar itu nanti.

Jika anda ingin mengetahui resipi enak dan menarik yang boleh dimasak menggunakan ketuhar ini, klik pada gambar di bawah.

                                                                      Sponsored Ad

Selamat menonton!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 4 Apr 2022
Featured Wed, 14 Dec 2022

Peruntukan RM29,000 Beli Van Jenazah, Penampilan Sopan Hannah Yeoh Dipuji Ramai

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjadi topik hangat dalam kalangan netizen setelah menyumbang van jenazah berjumlah RM 29,000 di Masjid Al-Imam Al-Ghazali. @bernamatvofficial Hannah Yeoh Dipuji Kerana Peruntukan Dibuat Untuk Van Jenazah #bernamatv #beritaditiktok #malaysiatiktok […]

Featured Fri, 1 Jul 2022

[VIDEO] “Saling Melengkapi! Comel Je ‘Awang’ & Bini Dia..” – Fattah Amin Ajar Fazura Bersilat Raih Perhatian Netizen!

Alahai comelnya pasangan sejoli ni. Fazura support filem, Fattah support bisnes ❤️🥰 They complete each other 🤩

Featured Mon, 28 Nov 2022
Featured Tue, 13 Mar 2018

20 Foto Indah Yang Akan Buat Anda Teringin Travel Ke Alaska Sekarang Juga!

Alaska ialah negeri terbesar di Amerika, tetapi ia mempunyai jumlah penduduk paling kecil. Maknanya ia belum lagi diterokai sepenuhnya.

Featured Sun, 26 Mar 2023
Featured Sat, 3 Dec 2022

Jangan Mudah Leka, Ini Nasihat Fathi Hussein Kepada Anak Muda

Pempengaruh Fathi Hussein yang juga merupakan seorang guru, terkenal dengan teknik mudahnya dalam menguasai mata pelajaran matematik tambahan. @mcplus.myawak hanya ada masa sekarang sahaja untuk lakukan yang terbaik ✨♬ original sound – mcplus.my Menerusi perkongsian […]