Featured By: tex_admin September 17, 2018 @ 9:38am

Lingkaran Gelap Bawah Mata Bukan Saja Disebabkan Kurang Tidur, Tapi Juga Faktor Ini!

Kebiasannya apabila seseorang mengalami ‘mata panda’ ataupun lingkaran gelap bawah mata, dia selalu akan mendakwa bahawa dirinya tidak cukup tidur.

Kekurangan tidur atau keletihan yang berlebihan menyebabkan kulit menjadi pucat menjadikan darah di bawah kulit menjadi lebih kelihatan dan lebih biru atau lebih gelap.

Namun, terdapat punca lain yang boleh menyebabkan lingkaran gelap bawah mata ini berlaku, jom kita semak!

1. Terlalu terdedah dengan cahaya matahari

Foto: Zarraz Paramedical

Jika anda terlalu terdedah kepada sinaran matahari ia akan menarik pigmentasi permukaan kulit dan membuatkan lingkaran hitam. Pendedahan lama kepada cahaya matahari juga akan menghasilkan lebih banyak melanin di sekitar mata. Sebab itulah warna bawah mata anda menjadi lebih gelap!

2. Perubahan hormon

Foto: Galena

Kebiasaannya, wanita yang mengalami perubahan hormon kulitnya akan mengalami banyak perubahan. Biasanya, semasa kehamilan dan fasa haid akan menyebabkan kegelapan pada bawah mata. Punca ini sukar untuk dielakkan, melainkan jika anda mengubah gaya hidup anda dengan mengawal stress.

3. Penuaan

Foto: Hello Sihat

Bagi wanita yang sedang mengalami penuaan akan menyebabkan lingkaran hitam pada bawa mata. Ini kerana, umur yang semakin tua akan membuatkan kulit di sekeliling mata menjadi lebih nipis yang menjadikan saluran darah lebih menonjol. Kerana itulah, lingkaran gelap pada mata tidak boleh dielakkan.

4. Kekurangan nutrisi

Foto: Mark De Youn

Jangan terkejut! Anda yang mengalami lingkaran gelap bawah mata boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan. Sebaiknya, anda perlu mengambil makanan sihat dan berkhasiat yang mengandungi vitamin seperti A,C,K dan E. Vitamin-vitamin ini mampu membantu anda untuk menghilangkan lingkaran hitam yang boleh membuatkan penampilan anda terganggu.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Aliff Channel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Nov 2018

Ini Cara Gerenti Efektif Untuk Lancarkan Hidung Yang Tersumbat

Leceh betul bila ia berlaku sebab susah nak bernafas!

Featured Thu, 12 May 2022
Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Featured Fri, 4 May 2018

Teknik Urutan Bahu Dan Kaki Yang Gerenti Melegakan Pasangan Dan Buat Mereka Semakin Sayang!

Bila suami penat pulang dari kerja, bantu dia berehat dengan memberikan urutan yang relaxing ini.

Featured Wed, 7 Sep 2022

“Memang Sangat Penat” – Sharifah Sakinah Ulang Alik Sweden Jumpa Suami

Kenalah berkorban kan demi anak dan suami.. Semoga dipermudahkan segala urusan.

error: Content is protected !!