Featured By: Ad Ops July 31, 2019 @ 2:00pm

Lutut dan siku anda hitam? Putihkan dengan 6 bahan semula jadi ini

Bagi kebanyakan wanita Muslim, lutut dan siku mereka tidak kelihatan kerana mereka memilih untuk menutup aurat atau dalam erti kata lain, mengenakan baju berlengan panjang.

Tetapi bagi tuan punya badan sendiri, jika lutut dan siku mereka tampak hitam, sakit mata memandang!

Tompok gelap ini sebenarnya disebabkan oleh hasil pengumpulan sel kulit mati. Anda sepatutnya membersihkan bahagian ini betul-betul ketika mandi bagi membuang daki.

Tetapi jika tidak berjaya juga, jangan risau. Ada beberapa bahan semula jadi yang anda boleh gunakan untuk memutihkan kulit lutut dan siku anda. Menurut Medical Daily, gosok sahaja!

Madu

Madu ialah sejenis pelembap semula jadi yang tiada tarikh luput. Memang praktikal untuk disimpan di rumah. Ia juga mengandungi ciri-ciri antimikrob dan higroskopik yang melembutkan serta memutihkan kulit.

Sapu madu di atas kulit yang bersih dan lembap. Gosok dan urut untuk beberapa minit dan biarkan selama lima minit lagi. Bilas dengan air suam.

Timun

Ciri pemutih dalam timun berupaya menanggalkan sel kulit mati dan membuat kulit anda kekal lembap. Diperkaya dengan vitamin A dan C yang menyuburkan dan memelihara kualiti kulit.

Gosokkan beberapa keping timun di bahagian hitam dan biarkan selama 15 minit. Campurkan dengan jus lemon untuk kesan yang lebih efektif.

Kemudian, alihkan timun dan bilas. Semakin kerap anda buat, lagi cepat kulit anda akan menjadi putih.

Lemon dan soda bikarbonat

Foto: Daily Home Remedies

Lemon sangat efektif disebabkan oleh antioksida dan vitamin C di dalamnya. Elemen ini memperbaiki kulit secara menyeluruh.

Apabila dicampur dengan baking soda (yang bertindak sebagai pencuci), ia akan menanggalkan sel kulit mati dengan lebih cepat.

Hiris lemon dan taburkan baking soda ke atasnya. Gosok permukaan lemon yang ada baking soda itu ke tompok hitam dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, bilas dengan air suam.

Untuk hasil yang lebih bagus, amalkan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Minyak kelapa

Kaya dengan vitamin E dan asid lemak, ia membantu membina semula kulit dan mencerahkan tompok hitam.

Selepas mandi, gosok minyak di bahagian sasaran selama sekurang-kurangnya dua minit. Campur dengan satu sudu besar jus lemon untuk hasil yang lebih bagus.

Bilas selepas beberapa minit dan ulangi proses ini setiap hari.

Gula dan minyak zaitun

Foto: MakeupAlley

Hasilkan lulur dengan menggunakan bahan-bahan ini. Ia mengandungi agen penghidrat yang juga membantu menanggalkan sel kulit mati.

Campurkan kedua-dua bahan ini dalam sukatan yang sama. Gosok di tempat sasaran dalam gerakan membulat selama sekurang-kurangnya lima minit. Kemudian bilas.

Campuran jus lemon, oat dan garam

Lemon dan oat menyegarkan manakala garam yang kasar menyenangkan lagi proses penanggalan sel kulit.

Campurkan setengah sudu besar jus lemon, setengah sudu besar oat dan secubit garam. Sapu dan gosok dalam gerakan membulat selama 10 minit.

Ulangi teknik ini sebanyak tiga ke empat kali seminggu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 31 Aug 2018

Koleksi 1957 By Joe Flizzow, Bikin Semangat Patriotik Membara!

Berpaksi warna-warni Jalur Gemilang, rekaan ini cukup menebal dengan ciri personal style Joe Flizzow.

Featured Mon, 20 Mar 2023
Featured Mon, 26 Sep 2022
Featured Thu, 23 Apr 2020
Featured Thu, 23 Feb 2023

“Ramai Penyondol Hilang Malu, Ramai Lelaki Lupa Diri” – Isteri Caprice

Jangan terlalu bergantung sebab hati boleh berbolak-balik bila-bila masa – Farra Inalis

Featured Wed, 31 Oct 2018

Roti Canai & Teh Tarik Penyumbang Terbesar Kepada Kes Obesiti Di Malaysia

Adakah anda peminat sajian ini dan selalu makan dan minum?

Featured Tue, 31 Mar 2020

Vivy Yusof mohon maaf, anggap komen disalah tafsir

Warganet mahu boikot produk duCK

Featured Sat, 5 Nov 2022

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-57, Wajah Shah Rukh Khan Sekali Lagi Terpampang Di Burj Khalifa

Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) menerima kejutan apabila wajahnya terpapar sekali lagi di skrin menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa sempena ulang tahun ke-57. Malah, salah seorang sahabat baik SRK turut membuat kejutan

Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

| Live TV