Eat Travel By: Shaidah Shafie April 14, 2020 @ 5:13pm

Mahu buat jeruk seperti McD, ini caranya

Sesiapa yang gemar makan burger McDonalds, pasti menyedari akan jeruk zukini yang nipis terselit antara helaian salad segar dan mayonis.

Apabila digigit, rangup dan sedap sahaja pada lidah, tetapi baru dua kali kunyah sudah habis ditelan. Tidak puas rasanya mahu menikmati zukini jeruk yang sedap itu.

Selain zukini, ada banyak lagi sayur-sayuran yang boleh dijadikan jeruk untuk dimakan dengan nasi atau diletakkan antara lapisan sandwic.

Jeruk kubis dan lobak merah, enak dimakan dengan nasi – gambar hiasan. Foto: transat.ru.com.

Rasanya yang masam-masam manis itu berfungsi sebagai penambah rasa dan tidaklah muak sangat apabila mengunyah kepingan roti bersalut mentega atau mayonis.

Antara sayur-sayuran yang boleh dibuat jeruk ialah kubis ungu, timun, lobak merah dan zukini juga. Atau mungkin juga anda boleh lakukan seni dalam sebotol jeruk dengan meletakkan sayur berwarna seperti kubis ungu diselang seli dengan lobak merah dan timun.

Kubis ungu enak dijadikan jeruk – gambar hiasan. Foto: hellodoktor.com.

Hijab & Heels berkongsi resipi mudah bagi penggemar jeruk yang ingin menyediakan sendiri di rumah:

Jeruk sayur-sayuran

Bahan-bahan:
1 batang lobak merah (dipotong halus mengikut kesesuaian)
1 genggam cili padi merah/hijau (bersihkan dan buang tangkai)
1 inci halia dihiris sederhana nipis
1/2 ketul kubis ungu (dihiris sederhana tebal)
2 batang timun (dipotong sederhana tebal sepanjang 2 inci, buang bijinya)
1 cawan gula
1 sudu teh garam bukit
2 gelas cuka makan

Lobak merah memberi rasa manis kepada jeruk – gambar hiasan. Foto: NSTP/Nik Harif Hassan.

Cara penyediaan:

1. Basuh ketiga-tiga jenis sayur termasuk cili padi, tos dan biarkan ia kering sempurna. Ketepikan seketika.

2. Campurkan cuka, gula dan garam, didihkan di atas dapur dengan api biru dan biarkan ia mendidih kecil. Apabila semuanya sudah sebati, sejukkan pada suhu bilik.

3. Masukkan ketiga-tiga jenis sayur yang sudah kering ke dalam botol seperti lapisan demi lapisan yang diselang selikan dengan cili padi hijau atau merah. Tabur juga hirisan halia.

4. Apabila selesai menyusun sayur-sayuran di dalam botol, tuang cuka yang dimasak dengan gula dan garam perlahan-lahan ke dalam botol. Pastikan air cuka cukup untuk memenuhi lapisan sayur-sayuran.

5. Tutup kemas dan biarkan ia di dalam peti sejuk atau letak di dapur pada suhu bilik. Selepas dua atau tiga hari, ia sudah boleh dimakan sebagai bahan tambahan dalam sandwic, burger atau gulungan lempeng sardin yang anda masak sendiri di rumah.

Timun juga sesuai dijadikan jeruk – gambar hiasan. Foto: NSTP/ Syamsi Suhaimi.

Rasanya mungkin tidak sama 100 peratus dengan jeruk zukini, tetapi tentunya anda puas hati kerana jeruk warna-warni itu memberi nilai tambah pada menu yang disediakan di rumah.

Selamat mencuba!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 23 Sep 2019

Ini cara untuk kira berapa sudu gula yang ada dalam minuman anda

Bayangkan berapa banyak gula yang anda ambil!

Featured Fri, 7 Dec 2018
Featured Thu, 14 Oct 2021

“Sekarang Dah Hilang Hormat” – Gara-Gara Biadap Terhadap Warga Emas, Baim Wong Kena Kecam

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dikecam oleh netizen setelah video dirinya memarahi warga emas di tepi jalan tular di media sosial. Menerusi video tersebut, pelakon itu dilihat bertindak biadap terhadap seorang warga emas […]

Featured Mon, 11 May 2020
Featured Sun, 19 Apr 2020

Atiqah ajak masyarakat teroka misteri gua di Malaysia

Gua sumber biodiversiti penting untuk hidupan

familuv Sat, 19 Oct 2019

Panduan mudah menyusu bayi sumbing, barulah bayi kenyang!

Penyusuan lebih lancar jika ikut cara yang betul

Eat Travel Mon, 3 Dec 2018

Taman Tema Star Wars: Galaxy’s Edge Bakal Dibuka Tahun Depan, Tak Sabarnya!

Disney baru-baru ini mengeluarkan video drone bagi menunjukkan perkembangan pembinaan taman tema itu.

Featured Wed, 31 Jan 2018

THE MOST WANTED HIJABISTA DI MALAYSIA

Norhadiani Baharom Hola to all hijabi dan hijabista in the world! Be proud of yourself kerana esok adalah hari yang indah buat kalian dimana berlangsungnya sambutan World Hijab Day (WHD) kali ke-6. Acara tahunan bertitik-tolak […]

Eat Travel Thu, 13 Feb 2020

| Live TV