Featured By: Ad Ops May 7, 2019 @ 1:55pm

Mahu cantik dan langsing di pagi raya, jom bersenam ketika bulan puasa!

“Bolehkah bersenam?” adalah persoalan yang sering kali bermain di minda ramai individu setiap kali tibanya Ramadan.

Ya, ramai yang beranggapan aktiviti bersenam ketika berpuasa mampu mendatangkan kemudaratan, namun sebenarnya tanggapan tersebut salah ya!

Menurut jurulatih peribadi di Fitness First Gym and Health Club, Sheu, berkata bahawa tiada sebarang mudarat terhadap sesiapa yang berniat ingin melakukan senaman ketika berpuasa atau pada bulan Ramadan.

“Bersenam pada bulan Ramadan boleh membantu anda untuk mengawal berat badan supaya anda kekal sihat,” katanya.

Memang rugi besar jika anda menghentikan rutin senaman anda ketika berpuasa kerana ramai pakar kesihatan berpendapat bahawa bersenam sambil berpuasa akan membuatkan otak, saraf otak dan otot kita kekal muda secara biologinya.

Walau bagaimanapun, bersenam ketika Ramadan tidaklah semudah seperti hari biasa yang lain. Bagi mereka yang ingin melakukan rutin senaman ketika berpuasa, anda perlu mengikuti panduan ini.

senaman ketika bulan puasa

Foto: Goltune.com

Waktu yang paling sesuai untuk bersenam

Menurut seorang doktor dari Dubai, Dr Javaid Shah, bersenam selepas solat Tarawikh ialah waktu yang baik kerana badan kita sudah dibekalkan dengan makanan dan air yang secukupnya ketika berbuka untuk memberikan kita tenaga ketika bersenam.

Anda boleh melakukan senaman sekitar jam 10 malam di mana ketika itu perut anda sudah selesa. Anda boleh melakukan aktiviti seperti bermain futsal, badminton ataupun jogging kerana ia boleh membantu pertumbuhan otot, memulihkan otot serta menghilangkan lemak badan.

Pakar kecergasan, Kevin Zahri pula menyarankan seseorang itu boleh melakukan aktiviti bersenam satu jam sebelum waktu berbuka dengan melakukan senaman intensiti rendah (heart rate tidak melebihi 65 peratus kadar maksimum) seperti slow jog, berjalan cepat (brisk walk), berbasikal, senaman turun naik tangga.

Tip: Bagi memastikan kadar degupan jantung anda  berada dalam keadaan normal seperti 65 peratus /minit, pastikan anda berasa beban senaman tapi masih boleh bercakap dengan orang sebelah tanpa tercungap-cungap. Kevin mengesyorkan senaman ringan ini dilakukan di tempat tertutup (indoors) atau tempat yang redup, tidak berseorangan, berdekatan rumah ataupun di tempat awam. Anda disarankan berhenti sekiranya berasa pening atau loya.

Apapun, jangan bersenam ketika waktu tengahari! Tubuh anda memerlukan banyak air ketika itu. Sebaliknya hanya lakukan regangan otot dan melakukan pergerakan mudah supaya anda tidak lesu dan mengantuk.

senaman ketika bulan puasa

Foto: BP Guide

Berapa kali seminggu boleh bersenam?

Bagi mereka yang ingin bersenam ketika Ramadan, anda boleh melakukan senaman sebanyak tiga kali seminggu. Berselang hari adalah pilihan yang terbaik. Anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana selama 30 hingga 45 minit untuk setiap sesi, namun jika anda melakukan senaman berintensiti tinggi, hadkan sesi tersebut kepada 30 minit sahaja.

Jenis aktiviti senaman yang sesuai

Para pakar mencadangkan aktiviti berjalan cepat (brisk walk), berjoging perlahan (slow jogging) atau aktiviti cross training seperti yoga, berenang dan berbasikal.

Selain itu, anda juga boleh bersenam dengan menggunakan peralatan gimnasium yang simple dan ringan. Anda tidak digalakkan melakukan senaman high intensiti seperti HIIT, Tabata, competitive sports, high intensity cardio dalam keadaan puasa.

Apa yang paling penting, pemakanan yang seimbang dan pengambilan air yang secukupnya iaitu dua hingga dua setengah liter air dapat membantu anda untuk terus kekalkan rutin senaman yang sihat pada bulan Ramadan.

Jangan lupa dapatkan nutrisi yang diperlukan tubuh sekiranya anda ingin aktif bersenam di bulan puasa. Paling penting, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan bersenamlah mengikut kesesuaian kondisi badan anda.

https://www.khaleejtimes.com/ramadan-2017/ramadan-health//excercise-or-not-during-ramadan

Sumber: Khaleej Times, The Asianparent Malaysia dan Kevin Zahri

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 28 Mar 2023
Featured Mon, 4 Jul 2022

Didakwa Guna Kecantikan Untuk Terkenal, Ini Respons Anna Jobling Mengenai ‘Beauty Privilege’

Amboi, siapa yang cakap Anna guna kecantikan untuk raih populariti ni? Min suka response Melur ni, terbaikk!

Featured Tue, 24 Dec 2019

Ketahui istilah cantik Oki Setiana Dewi untuk wanita

Perkongsian ilmu Oki bermanfaat untuk dihayati!

Eat Travel Mon, 19 Nov 2018
Featured Thu, 22 Sep 2022

Tular Gadis Remaja Didera Teruk Bapa Tiri! Suspek Dibebas Dengan Jaminan Namun Kes Masih Dalam Siasatan

Dia pijak kepala saya banyak kali sambil hentak guna kaki dia – Mangsa