Sertai misi di www.jomheboh.com.my dan berpeluang memenangi 5 juta koin Shopee, barangan Xiaomi dan beras ERA! Penyertaan dilanjutkan sehingga hari Jumaat 7 Mei 2021. Sertai sekarang!
Eat Travel By: Shaidah Shafie April 17, 2020 @ 10:00am

Mahu ikan goreng rangup dan sedap? Ini rahsianya

Ikan goreng biasanya dianggap lauk paling mudah untuk disediakan oleh semua suri rumah atau wanita yang gemar memasak, malah sesiapa sahaja dikatakan mampu melakukannya kerana terlalu senang untuk dilakukan.

Namun begitu, tidak semua ikan goreng yang disapu kunyit akan menjadi enak untuk dinikmati selepas ia digoreng, ada kala masinnya terasa pahit dan kulit luar tidak rangup.

Lebih enak jika ikan goreng kunyit yang disediakan dijamah bersama hidangan nasi panas dan sayur lemak kubis, dan ditambah ada pula ulam pucuk gajus dan sepiring sambal belacan.

Pasti anda tahu gurauan berbunyi, jika hujan lebat dan petir sabung-menyabung sekali pun tiada siapa yang peduli lantaran enaknya sajian lauk biasa, tetapi keenakannya bertaraf luar biasa.

Menyapu garam kunyit dan diperap seketika sebelum digoreng menjadikan rasa ikan lebih sedap – gambar hiasan. Foto: NSTP/Nur Adibah Ahmad Izam.

Bayangkan ikan kembung digoreng kunyit, dicubit perlahan dan apabila disuap, bahagian luarnya garing, namun isi yang keputih-putihan kekal lembut serta menyelerakan.

Ini rahsia mudah yang sering diamalkan dalam kalangan suri rumah dulu-dulu yang sentiasa berdedikasi menyediakan masakan dengan penuh kasih sayang untuk dinikmati bersama keluarga.

Ikan goreng celup tepung juga boleh dilakukan dengan teknik sama untuk mendapatkan hasil yang enak dimakan – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Kebiasaannya kita hanya menggunakan garam halus dan kunyit serbuk untuk menggaram ikan, itupun dilakukan seringkas mungkin dengan hanya menabur kedua-dua bahan pada ikan sejurus sebelum menggoreng.

Kunyit hidup akan menjadikan bau ikan goreng lebih beraroma – gambar hiasan. Foto: NSTP/Rohanis Syukri.

Bagi mendapatkan ikan yang sedap dan enak selepas digoreng, ikuti panduan mudah menyediakan garam kunyit yang juga boleh disimpan lama.

Bahan-bahan:

3 sudu besar garam kasar
1 sudu besar garam halus
2 inci kunyit hidup, dibuang kulit
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 ulas bawang putih, dibuang kulit

Cara penyediaan:

1.Tumbuk lumat kesemua bahan menggunakan lesung batu. Apabila sebati, simpan di dalam bekas kedap udara dan ia boleh disimpan lama. Perap seketika sebelum ikan digoreng supaya garam kunyit meresap dengan sempurna ke dalam isi ikan.

2. Rasa ikan yang dilumur dengan garam kunyit dengan kombinasi bawang putih serta kunyit hidup ini juga lebih sedap berbanding garam halus dan kunyit serbuk sahaja.

3. Goreng ikan di dalam minyak yang panas dengan api perlahan. Ia akan garing di luar dan isinya tetap lembut. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Wed, 9 Jan 2019
Featured Tue, 11 Sep 2018

Jurufoto Ini Guna Refleksi Cermin Untuk Mengambil Gambar Keindahan Alam. Hasilnya Memang Wow!

Dengan menggunakan cermin bulat, hasil karyanya memang cukup mengagumkan!

Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Makanan Bantu Tingkatkan Nafsu Seks!

Kita selalu dengar tentang ungkapan kehidupan bagaikan roller coaster. Namun, kita tidak sedar keghairahan nafsu seks wanita juga seperti roller coaster, ada turun dan naiknya. Ada waktu cukup membara, tapi ada ketika, ‘selera’ pun tak […]

Eat Travel Sun, 20 May 2018

Resepi Jeli Kelapa Ini Bikin Waktu Berbuka Puasa Lebih Awesome!

Indahkan saat berbuka puasa anda dengan hidangan jeli kelapa.

Featured Tue, 19 May 2020
Featured Sun, 10 Jun 2018

Akibat Tekanan, Pengasas Kate Spade Gantung Diri

Pengasas jenama tas tangan terkenal, Kate Spade ditemui mati tergantung oleh pembantu rumahnya di kediamannya di kota New York, Amerika Syarikat kelmarin.

Featured Tue, 24 Mar 2020
Featured Mon, 12 Apr 2021

Benzoloo, Jonathan Tse Kini Semakin “Bebas”..

Kredibiliti muzikal dalam diri dua penyanyi, Benzooloo dan Jonathan Tse tidak perlu disangkal semakin terbukti berada dalam kelas tersendiri. Kini mereka tampil bergabung menerusi lagu terbaru berjudul Bebas. Bebas adalah lagu kedua kerjasama mereka selepas […]

Acara Thu, 22 Aug 2019

| Live TV