Featured By: Shaidah Shafie March 6, 2020 @ 6:40pm

Mahu kening bayi cantik bila besar, ikuti panduan ini

Bentuk kening mampu mengubah wajah seseorang, misalnya kening yang berbentuk melengkung dikatakan akan menjadikan wajah tampak tirus, manakala kening garis lurus membuatkan wajah tampak lebar dan garang.

Tidak hairanlah ramai wanita yang sanggup berhabis untuk membentuk kening mengikut cita rasa masing-masing. Kebanyakan jurusolek hari ini pula lebih gemar menggunakan pensil kening bagi melukis bentuk kening.

Bagaimanapun, anda sebenarnya boleh membentuk kening secara semula jadi sejak kecil lagi. Tidak perlu lagi kalut untuk memantis atau menggunakan pensil kening untuk membentuknya mengikut apa yang dikehendaki.

Kebanyakan wanita zaman dulu menggunakan beberapa kaedah untuk membentuk kening bagi mereka. Tidak dinafikan petua lama kadang kala tidak masuk akal, namun ada petua itu berkesan dalam kalangan pengamalnya.

Frida Kahlo adalah antara ikon yang cukup terkenal kerana keunikan keningnya. Sumber foto: lifestyleasia.com

Jika diamalkan selalu, apabila anak membesar, kening bayi dikatakan akan terbentuk cantik seperti mana yang dilarik ketika melakukan petua berkenaan

Hijab & Heels berkongsi dua petua mudah ini:

Daun kelapa kering boleh dijadikan bahan mencantikkan kening. Sumber foto: steemit.com

1. Daun kelapa
– Sediakan sehelai daun kelapa yang sudah kering dan berwarna coklat.
– Bakar hingga kehitaman, hancurkan menjadi debu halus.
– Letakkan di dalam bekas kecil, masukkan dua sudu besar minyak kelapa.
– Adun sehingga sebati seperti pes, namun pastikan ia tidak terlalu pekat.
– Ambil putik kapas, larik pada bahagian kening bayi, bentukkan seperti mana yang dikehendaki.

Celak Makkah yang juga antara bahan solekan kegemaran wanita. Sumber foto: tokopedia.com

2. Celak
– Wanita di India dikatakan gemar mengoles kening anak perempuan mereka sejak kecil menggunakan celak.
– Gunakan celak biasa atau celak Makkah yang dicelup sebentar dalam air.
– Lukis bentuk yang dikehendaki pada kening anak.
– Amalkan setiap hari selepas mandi.

Mudah sahaja kaedahnya, lagipun tidak menggunakan bahan merbahaya. Semoga bermanfaat ibu-ibu sekelian!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 21 Aug 2022
Events Mon, 9 May 2022
Featured Tue, 5 May 2020
Featured Tue, 11 Jan 2022

“Dia Mengaku Golongan Antivaksin” – Doktor Jual Sijil Vaksin Palsu Cecah RM600 Ditahan

Seorang doktor di klinik swasta di Marang, Terengganu ditahan atas kesalahan menjual sijil vaksinasi palsu pada Sabtu. Memetik laporan Utusan, suspek berusia 51 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Mengabang Tengah. Menurut Ketua

Events Sat, 21 Jan 2023

Rai Ulangtahun Ke-25, Dewan Filharmonik Petronas Tampilkan Sebuah Siri Konsert Dengan Artis & Band Tempatan!

Sempena meraikan ulangtahun ke-25, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) dengan bangganya mempersembahkan siri konsert istimewa yang bakal menampilkan tujuh artis tempatan solo dan berkumpulan pada tahun ini. Dikenali dengan mempunyai tahap akustika yang tinggi di Kuala

Featured Tue, 3 Jan 2023
Featured Mon, 26 Aug 2019
Featured Fri, 1 Apr 2022

UiTM Memutuskan Profesor Dr Roshana Takim Untuk ‘Berehat’ Daripada Tugasan Pengajaran Mulai 1 April 2022

Pensyarah berkenaan direhatkan sehingga siasatan lengkap dibuat oleh pihak UiTM

Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

| Live TV

error: Content is protected !!