Featured By: Fadzlena Jafar May 8, 2020 @ 8:50pm

Majikan perlu patuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 untuk lindungi pekerja

Semua majikan terutama sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi Garis Panduan Pengurusan COVID-19 bagi memastikan setiap bekerja yang kembali bertugas dapat dilindungi sepenuhnya daripada COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pematuhan majikan terhadap garis panduan yang disediakan itu dapat membantu usaha kerajaan dalam membendung penularan wabak COVID-19.

“Majikan perkhidmatan perlu (essential services) dan sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi hendaklah melaksanakan langkah-langkah seperti mengarah dan membenarkan pekerja untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar atas biaya majikan, seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 60F Akta Kerja 1955.

“Selain itu, majikan juga perlu membenarkan cuti sakit bergaji atau kelayakan menerima rawatan bagi pekerja yang mempunyai gejala jangkitan,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Putrajaya, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. (Gambar NSTP/MOHD FADLI HAMZAH)

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB), Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia telah menyediakan Panduan Mengendalikan Isu-Isu Berhubung Wabak Berjangkit Termasuk Novel Coronavirus Di Tempat Kerja yang dimasukkan dalam Garis Panduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.5/2020.

Panduan berkenaan diharap dapat memelihara kebajikan pekerja dan persekitaran tempat kerja yang selamat dalam usaha Kerajaan melaksanakan pemulihan sektor ekonomi yang terjejas teruk sejak penularan wabak COVID-19.

Dr Noor Hisham berkata, selain majikan, pekerja juga perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) terutama apabila kembali bekerja di pejabat.

“Warga pekerja yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas perlu segera mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berdekatan dan digesa supaya tidak pergi bertugas.

“Mereka yang bergejala juga perlu memakai pelitup muka (face mask). Selain itu, warga pekerja juga dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi terutama kebersihan tangan seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman,” katanya.

Sementara itu, sehingga jam 12 tengah hari tadi, KKM melaporkan terdapat 88 kes yang pulih sepenuhnya dan 68 kes baharu positif COVID-19 yang mana 57 kes dikesan dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.

Berikut adalah langkah-langkah pencegahan disediakan KKM yang perlu dilaksanakan di tempat kerja:

1. Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki premis kerja.

2. Penyediaan tempat mencuci tangan ataucecair pembasmi kuman.

3. Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama.

4. Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan seperti:-

  • Elakkan berada di kawasan yang sesak (crowded space)
  • Elakkan pekerja berkumpul di kawasan yang tertutup (confined space) secara beramai-ramai pada masa yang sama, seperti di ruang makan (pantry)
  • Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain (close conversation)

GAMBAR UTAMA: NSTP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 3 May 2020
Featured Wed, 8 Apr 2020

Bila yang berduit dikuarantin di hotel, gelandangan di dewan serba guna, netizen tempelak isu keadilan

 Bersyukurlah ada tempat berlindung, Ecuador biar mayat tepi jalan

Gaya Hidup Fri, 14 Dec 2018

Aejeong! 8 Simbolik Cinta Orang Korea Yang Menjadi Ikutan Dunia

Luahkan perasaan sayang anda dengan lapan isyarat cinta artis K-Pop ini!

Gaya Hidup Mon, 5 Mar 2018

6 Jenis Makanan Ini Membantu Hindari Kanser, Korang Boleh Amalkan Dari Sekarang!

Kanser merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua orang. Ramai yang masih lagi tidak tahu bahawa pemakanan merupakan aspek utama yang perlu dijaga agar kita terhindar daripada penyakit-penyakit yang merbahaya ni!

Featured Thu, 14 May 2020

Keistimewaan akan ditarik balik jika enggan bayar kos penginapan kuarantin wajib

Tindakan undang-undang turut akan diambil kepada PR dan pemegang pas lawatan sosial

Eat Travel Fri, 7 Jun 2019
familuv Thu, 1 Aug 2019

Nasihat keibuan Michelle Obama buat Meghan Markle terdiam

Nak tahu apa nasihat ini? Teruskan baca.

Featured Mon, 6 Apr 2020
Gaya Hidup Fri, 19 Jan 2018

Jom Detok Dengan Jus

Cara yang paling mudah untuk menyingkirkan racun atau toksin daripada tubuh badan ialah dengan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Selain itu, anda juga boleh mengambil jus buah-buahan dan sayuran untuk tujuan detok.

Featured Mon, 18 Jun 2018

Jangan Guna Putik Kapas Kalau Bersihkan Tahi Telinga. Bahaya!

Putik kapas akan menolak sisa-sisa tahi telinga yang terkumpul ditolak lebih dalam sehingga ke kawasan rongga paling dalam.

| Live TV