Featured By: Ad Ops March 20, 2018 @ 6:52pm

Makan Ikan Ini Ketika Hamil Bagus Untuk Dapat Anak Genius – Kata Pakar

Bertuahnya seseorang ibu itu apabila anak yang dia lahirkan ternyata genius bila dah besar.

Sewaktu hamillah seseorang wanita itu berpeluang untuk memastikan kandungannya sihat, sebelum dan selepas dilahirkan.

Di luar sana, dah ada belambak tips, info atau petua turun-temurun untuk memastikan kesihatan fizikal bayi dalam kandungan.

Pada masa yang sama, para ibu-bapa juga perlu fikir mengenai kesihatan mental kandungan mereka.

Foto: evoke.ie

Rupa-rupanya, ada cara untuk meningkatkan kepintaran bayi anda melalui makanan yang anda makan ketika hamil.

Ramai pakar mengesyorkan bahawa ikan berlemak yang ditangkap secara liar adalah bahan yang paling baik untuk perkembangan otak bayi.

Ikan jenis ini, seperti makerel, tuna, sardin, salmon dan trout, adalah ikan yang paling kaya dengan asid lemak Omega-3.

Foto: healthylifeguides.wordpress.com/

Lemak ini penting untuk intelek bayi anda kerana 60% otak manusia adalah terdiri daripada lemak. Ikan tersebut akan bantu membentuk tisu otak serta membina sistem imunisasi yang kuat.

Untuk wanita-wanita hamil yang vegetarian atau vegan, sorrylah. Buat masa ini, tak ada option sayur-sayuran untuk dapatkan anak yang pintar.

Tetapi walaupun ikan-ikan Omega-3 ini elok untuk kesihatan, ia juga terdedah kepada pencemaran yang boleh membahayakan kehamilan.

Oleh sebab itu, garis panduan yang diterbitkan oleh U.S. Food and Drug Administration pada tahun 2014 menggalakan wanita hamil untuk memakan ikan, tapi tidak lebih dari 340 gram setiap minggu.

Jangan terlebih makan pula ya!

Sumber: Cosmopolitan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Mar 2022
Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Featured Thu, 10 Nov 2022

Imbau Momen Indah Bersama, Puteri Balqis Rindu Arwah Abam – “Pelangi Saya Masih Tidak Berwarna”

Alahai, sayunyaaa luahan hati Aqish nii 🥰 Min pun rindu gelak tawa arwah Abam Bocey.. Al-fatihah ❤️

Featured Tue, 13 Aug 2019
Featured Mon, 3 May 2021

Bayaran i-Sinar Dibuat Pada Hari Isnin Sehingga 11 Mei

Umum maklum, sejak kerajaan memperkenalkan i-Sinar, isu ini sering menjadi tumpuan utama rakyat. Terbaru, Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan pembayaran bagi permohonan i-Sinar pada bulan ini akan dibuat pada Isnin sehingga 11 Mei ini. […]

Featured Mon, 27 Nov 2023

Salah Lirik Nyanyi Lagu Dawai, Ernie Zakri Buat Permohonan Maaf – “Saya Mengaku Salah, Memang Salah!”

Alahai, tapi sure korang pun tak perasan kan sebab Ernie nyanyi sedap sangat!