Eat Travel By: Shaidah Shafie June 27, 2020 @ 9:15am

Makan sushi di rumah sendiri sepanjang PKPP

Meskipun sushi bukan makanan tradisi di negara ini, ramai yang gemar menikmatinya kerana makanan berasaskan ikan mentah itu amat enak dan menyelerakan.

Di negara ini, restoran yang menawarkan sushi sebagai pilihan utama dalam hidangan yang disediakan boleh dikatakan sentiasa dipenuhi pelanggan.

Sushi daripada ikan segar amat menyelerakan untuk dimakan bersama keluarga di rumah . Foto: @hararuedosushi

Namun begitu, Hararu Edo Sushi menawarkan pilihan yang memudahkan pelanggan kerana anda tidak perlu ke lokasi, sebaliknya pengendali sushi halal itu akan menghantar sushi ke rumah dengan sistem pembelian menerusi dalam talian bersesuaian dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Pengasas Hararu Edo Sushi, Cef Mazwadi Mohamad atau lebih dikenali sebagai Cef Edy, berkata Hararu Edo Sushi diwujudkan untuk memudahkan penggemar sushi menikmati sushi di rumah sendiri berbanding makan di restoran.

“Hararu Edo menyediakan sushi halal untuk sesiapa sahaja yang menggemari hidangan tradisi Jepun ini dan kami menawarkan banyak pilihan untuk anda seperti saiz hidangan besar untuk sekeluarga pada harga berpatutan atau sushi sekadar untuk dua individu.

“Keistimewaan Hararu Edo ialah sushi yang disediakan menggunakan bahan import yang segar dan pelanggan boleh membuat pembelian menerusi dalam talian,” katanya ketika dihubungi Hijab & Heels, baru-baru ini.

Ada pelbagai pilihan sushi untuk dinikmati. Foto: @hararuedosushi

Cef Edy yang berpengalaman 18 tahun dalam industri pembuatan sushi itu mendapat latihan daripada beberapa chef ternama dari Jepun yang pakar dalam menghasilkan sushi antaranya Norio Koike, Keichi Nakahara dan Hirotoshi Ogawa daripada Institut Kemahiran Sushi Dunia (World Sushi Skill Institue).

Sushi ditawarkan Hararu Edo yang sering menjadi pilihan pelanggan antaranya ialah set platter yang boleh dimakan satu keluarga dan tempahan perlu dibuat sehari awal.

“Selain set platter, beberapa jenis sushi lagi yang juga mendapat sambutan pelanggan ialah salmon mentai roll, deep fried mentai, sushi inari, chuka idako, crab stick nigiri, sushi salmon dan spicy dynamite uramaki.

Rupa bentuk sushi yang comel menarik selera untuk dimakan . Foto: @hararuedosushi

“Buat masa ini kami menawarkan pembelian sushi menerusi dalam talian sahaja dan untuk perancangan masa hadapan, kami merancang untuk membuka restoran Jepun halal bagi memenuhi permintaan pelanggan,” katanya.

Selain itu, bagi mereka yang berminat dan ingin menjana pendapatan daripada sushi, Cef Edy turut menyediakan kelas asas untuk dipelajari. Sebarang maklumat lanjut, kunjungi Instagram @hararuedosushi.

Hararu Edo Sushi menawarkan pembelian menerusi dalam talian untuk penggemar sushi. Foto: Cef Mazwadi Mohamad.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Wed, 11 Jan 2023

Usia Kandungan Hampir Cecah 38 Minggu, Mia Ahmad Mohon Doa Orang Ramai

Pelakon dan usahawan, Mia Ahmad berkongsi perjalanan kehamilan anak ketiganya di laman Instagram, semalam. Menerusi hantaran tersebut, Mia memberitahu bahawa usia kandungannya hampir mencecah 38 minggu dan kini dia berasa letih serta resah. Disebabkan oleh […]

Featured Wed, 17 Aug 2022

Pemilik CrackHouse Comedy Disenarai Hitam Seumur Hidup Cetus Pelbagai Reaksi Netizen – “Tak Adil, Kesian Periuk Nasi Orang..”

Dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Habis periuk nasi orang lain terpaksa terima padahnya. Apa komen korang? Wajar atau tak?

Featured Mon, 10 Apr 2023
Featured Fri, 1 Oct 2021
Featured Tue, 11 Feb 2020
Events Mon, 9 May 2022
Events Sat, 22 Jan 2022
Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]