Featured By: tex_admin November 4, 2019 @ 3:11pm

Makan waktu malam punca berat badan naik sekadar mitos?

Oleh Amnan Hibrahim

Tabiat makan pada waktu malam sering kali dikaitkan sebagai punca kenaikan berat badan seseorang.  Tidak hairanlah ramai wanita yang begitu berhati-hati mengenai waktu makan sehingga sanggup menolak pelawaan untuk makan pada waktu itu dengan alasan untuk menjaga badan.

Persoalannya, adakah benar kepercayaan yang mengatakan bahawa peningkatan berat badan seseorang disebabkan tabiatnya yang suka makan pada waktu malam, terutama selepas jam 8 malam?

Menurut Healthline, kenyataan berkenaan sebenarnya berdasarkan pemerhatian terhadap haiwan. Kajian yang dijalankan terhadap tikus mendapati tikus yang kerap diberi makan pada waktu malam meningkat berat badan berbanding tikus yang tidak diberi makanan selepas waktu itu meskipun jumlah makanan yang diberikan adalah sama

Pemerhatian itu menunjukkan penyerapan kalori lebih tinggi dalam kalangan tikus yang makan pada waktu malam dan ini dikaitkan dengan keadaan badan yang sedang bersiap sedia untuk berehat atau tidur, berbanding ketika waktu siang apabila tikus berkenaan sedang aktif. 

Bagaimanapun, beberapa kajian terhadap manusia tidak menyokong pemerhatian terhadap peningkatan berat badan dalam kalangan haiwan itu. 

Dengan kata lain, kajian yang dijalankan terhadap manusia menunjukkan peningkatan berat badan bukan disebabkan waktu seseorang itu makan, sebaliknya lebih kepada jumlah makanan yang diambil.

Peningkatan berat badan bukanlah diakibatkan daripada tabiat makan pada waktu malam. Foto: blog.freshstartwithnadia.co.nz

Satu kajian yang dijalankan dalam kalangan 1,600 kanak-kanak, umpamanya mendapati tiada hubungan yang jelas antara makan selepas jam lapan malam dengan berat badan yang berlebihan. Kajian berkenaan yang disiarkan dalam jurnal PubMed.Gov bertajuk The timing of the evening meal: how is this associated with weight status in UK children? itu mendapati kanak-kanak yang makan lewat selepas waktu malam tidak mengalami berat badan berlebihan.

Sebaliknya, kumpulan kanak-kanak yang diberi jumlah makanan lebih banyak berbanding kumpulan pertama didapati menunjukkan peningkatan dari segi berat badan meskipun tidak makan selepas jam 8 malam.

Bagaimanapun, pemerhatian yang dijalankan terhadap kumpulan orang dewasa menunjukkan pengambilan makanan selepas jam 8 malam boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan jika diamalkan dalam jangka masa yang panjang. Kajian yang sama mendapati jika responden mengambil makanan dengan jumlah kalori yang ditetapkan dalam sehari tanpa mengira waktu termasuk makan selepas waktu malam, berat badannya tidak akan naik.

Kesimpulannya, pengambilan jumlah kalori yang berlebihan daripada yang ditetapkan adalah punca sebenar peningkatan berat badan dan bukannya waktu seseorang itu makan.

Kesan tak langsung makan pada waktu malam

Walaupun makan pada waktu malam bukanlah penyebab kepada kenaikan berat badan, beberapa kajian yang dilakukan mendapati perbuatan itu secara langsung mendorong seseorang individu untuk mengamalkan pengambilan makanan berkalori tinggi yang berlebihan.

Contohnya, pemerhatian yang dilakukan terhadap perhubungan antara pengambilan kalori dan juga tempoh waktu makan seseorang mendapati individu yang makan ketika mendekati waktu tidur akan mengambil makanan tinggi kalori berbanding indivdiu yang makan pada waktu lebih awal.

Dalam kajian yang lain pula mendapati seseorang yang makan antara jam 11 malam dan lima pagi akan secara kasar mengambil kalori 500 kali lebih tinggi dalam waktu sehari berbanding mereka yang hanya makan pada waktu siang. 

Pengambilan makanan berkalori tinggi adalah punca utama mengapa seseorang indivudu itu mengalami kenaikan berat badan. Foto: healthymummy.com

Antara punca, selain malas memasak, pilihan makanan pada waktu itu juga agak terhad menyebabkan ramai memilih makanan ringan yang kurang nutrien seperti snek dan minuman soda. Ramai yang beranggapan mengambil makanan ringan tidak akan menggemukkan berbanding mengambil makanan berat, sedangkan makanan ringan seperti snek, keropok, makanan jejari dan air soda mengandungi lebih tinggi kalori.

Di samping itu, pemilihan makanan yang berkalori tinggi pada waktu malam juga kebiasaanya didorong oleh amalan pemakanan yang mengikut emosi seseorang individu. Hal ini kerana lazimnya individu yang berjaga pada waktu berkenaan adalah seseorang yang sedang dalam keadaan stres, bimbang, kebosanan dan juga kesedihan.

Tambahan pula, kepenatan yang dialami oleh seseorang yang kurang tidur juga didapati mempunyai kaitan dengan peningkatan jumlah pengambilan makanan dan juga makanan berkalori tinggi.

Jumlah makanan adalah punca sebenar

Tidak kira pada waktu apa pun seseorang itu makan, perkara itu tidak akan memberikan impak kepada kenaikan berat badan seseorang selagi kadar jumlah makanan dan kalori yang diambil masih dalam jumlah yang ideal. Foto: www.northcountrypublicradio.org

 

Kesimpulannnya, kenaikan berat badan seseorang adalah berpunca daripada jumlah makanan yang diambil individu berkenaan dalam diet pemakanan harian mereka, bukan dipengaruhi waktu makan. Semakin banyak makanan yang diambil dalam sehari, semakin tinggilah berat badan seseorang itu, tidak kira bila mereka makan.

Namun begitu, tabiat makan pada waktu malam tidak boleh dinafikan mampu memberi sedikit kesan kepada peningkatan berat badan seseorang melalui amalan pengambilan makanan kalori yang berlebihan.

Sumber: Healthline 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 25 Jul 2018
Featured Thu, 13 Oct 2022

Rizky Billar Akhirnya Ditahan, Dakwa Lesti Kejora Akan Tarik Balik Laporan Polis

Rizky Billar secara rasmi ditahan hari ini selepas disahkan sebagai suspek kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan oleh Lesti Kejora. Ketika dibawa di hadapan kru media, Rizky Billar  yang memakai pakaian penjara berkata isterinya akan menarik […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Eat Travel Thu, 9 Apr 2020
Featured Tue, 17 Jan 2023
Featured Tue, 14 Feb 2023
Featured Wed, 21 Sep 2022
Featured Tue, 4 Jul 2023

Balik Rumah Atau Tak, Yusof Haslam Enggan Komen Isu Syamsul Yusof Lagi?

Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini okay!