Featured By: Ad Ops January 15, 2018 @ 3:22am

Mandi Malam Banyak Manfaat

Ramai yang sering salah faham tentang isu mandi malam dan berpendapat amalan ini boleh memberi efek pada kesihatan badan. Malah, kita juga sering disogok dengan kata-kata daripada orang tua-tua mengatakan mandi di waktu malam tidak baik dan boleh menyebabkan paru-paru berair. Benarkah persepsi tersebut atau ia hanya sekadar mitos?

Memandangkan Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya panas dan lembab, jadi, amalan mandi malam sebenarnya tidak mendatangkan kemudaratan. Malah, ia baik untuk membersihkan tubuh kita dan mengelakkan kita daripada diserang penyakit. Tak percaya? Semak senarai di bawah!

Menyegarkan tubuh badan

Setelah sehari suntuk penat bekerja, badan akan berasa lesu dan tidak bermaya. Mandi pada waktu malam dengan air suam mampu membuka liang roma dan mengeluarkan toksin sekaligus membuatkan anda berasa lebih segar.

Menghilangkan stres

Mandi bukan sahaja membersihkan badan daripada kotoran, malah ia juga boleh menghilangkan stres. Mandi dengan air sejuk mampu menenangkan fikiran anda.

Membantu mengurangkan insomnia

Mandi dengan air suam boleh membuatkan anda tidur dengan nyenyak dan membantu mengurangkan masalah sukar untuk tidur atau insomnia.

Menurunkan tekanan darah

Mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan diri daripada tekanan. Pada saat itu, tenaga akan kembali dan tubuh menjadi lebih tenang.

Kembalikan ketahanan fizikal dan emosi

Selepas seharian melakukan aktiviti, otak dan badan kita memerlukan rehat. Mandi pada malam hari dengan air suam sebelum tidur boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi.

Membantu memulihkan ketegangan otot

Badan yang letih akan menyebabkan otot-otot menjadi tegang dan kaku. Mandi dengan air suam mampu mengendurkan otot yang keras dan kesannya, tubuh akan terasa lebih ringan dan sengal-sengal di tubuh badan juga akan hilang.

Mempertingkat sistem imun badan

Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :- Google Play – http://bit.ly/WanitaAndroid dan AppStore – http://bit.ly/WanitaApple

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Nov 2021

Ikon Hijab Hana Tajima Tampil Dengan Imej Nampak Rambut, Akui Hadapi Tekanan

Pernah menjadi inspirasi buat ramai wanita untuk berhijab suatu ketika dahulu, Hana Tajima baru-baru ini mendedahkan imej baharunya yang menampakkan sebahagian rambut menerusi perkongsian di Instagram pada Ahad. Menurut Hana, dia mulai faham mengapa ‘role […]

Featured Thu, 6 Oct 2022
Featured Tue, 25 Oct 2022

“Yang Confirm Syurga Ni Pun Mulakan Dengan…” – Bandingkan Dengan Anak Zarina Zainuddin, Netizen Perli Ratu Kerana Mencarut

Pelakon Zarina Zainuddin meraih pujian apabila anaknya, Azal Azrai membaca Surah Al-Fatihah ketika sedang bermain ‘flying fox’ di sebuah resort di Janda Baik, Pahang, baru-baru ini. Sebelum ini, tular video seorang pempengaruh media sosial, Ratu […]