Featured By: tex_admin August 22, 2019 @ 12:51am

Manfaat teh hijau untuk kulit

Foto: The-x-style

Kebanyakan wanita mengamalkan pengambilan teh hijau dalam diet harian mereka untuk membantu menurunkan berat badan dan mengeluarkan toksin daripada  badan. 

Ternyata bukan setakat itu sahaja, teh hijau yang mengandungi agen antioksida, asid amino, vitamin B, asid folat, magnesium dan potasium juga adalah sangat baik untuk kecantikan kulit. Ini adalah antara beberapa manfaatnya! 

Foto: Hipwee.com

1. Mengurangkan lingkaran hitam bawah mata

Tabiat berjaga sehingga larut malam dan kurang tidur boleh mengakibatkan lingkaran hitam di bawah mata. Simpan dua uncang teh hijau yang telah digunakan di dalam peti sejuk. Kemudian letakkan di kelopak mata selama 15 minit dan lihat hasilnya!

2. Wajah kelihatan lebih cerah 

Penggunaan teh hijau secara konsisten pada wajah mampu mencerah dan melembutkan kulit wajah. Kandungan zat di dalamnya juga dikatakan berupaya menghilangkan parut jerawat. Caranya cukup mudah. Keluarkan isi yang ada di dalam uncang teh hijau  dan gunakan ia sebagai lulur. Gosokkan ia dengan lembut pada wajah. Biarkan kering, kemudian bilas dengan air suam. 

Uncang teh hijau yang dijadikan bahan lulur.  Foto: Beautynesia

3. Melembapkan kulit

Wajah tampak tidak bermaya akibat kulit kering. Jangan risau! Masalah ini boleh diatasi dengan cara membuat topeng teh hijau iaitu campuran oatmeal dan lemon. Campurkan beberapa sudu air teh dengan beberapa titis perahan lemon ke dalam dua sudu oatmeal. Selepas itu,  sapukan  ke seluruh bahagian wajah. Kemudian biarkan selama 15 minit, lalu basuh dengan air sejuk.

4. Mengatasi masalah jerawat 

Jerawat di muka adalah musuh utama setiap wanita. Teh hijau mengandungi antiseptik dan antibakteria yang tinggi. Ia dapat membantu melawan bakteria penyebab jerawat. Caranya dengan menuangkan teh hijau ke dalam bekas ais kiub, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Apabila beku, gosokkan kiub ais pada wajah setiap hari secara perlahan dan rata. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#SkoolXTRA Tue, 4 Apr 2023
Featured Sun, 6 May 2018

Jom Intai Rahsia Penjagaan Rambut Dan Solekan Diva No. 1 Negara, Siti Nurhaliza

Bercakap mengenai figura yang seorang ini, beliau dikagumi bukan kerana bakatnya saja tetapi juga kecantikannya yang all in one.

Oh Lawa Sat, 12 May 2018

Ketahui Tanda-Tanda Produk Kecantikan Yang Tidak Elok Pada Kulit Anda

Sebelum guna produk kecantikan, anda perlu tahu sama ada produk tersebut bahaya ataupun tidak. Jangan sesuka hati guna saja.

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] ‘Sound’ Orang Bodoh, Ramai Netizen Sokong Zulin Aziz! – “Bila Marah Auto Jadi Ziana Zain”

Min setuju dengan Zulin! Buat penat diri sendiri je kalau layan orang bodoh 😌

Featured Tue, 1 Nov 2022
Featured Tue, 27 Dec 2022
Featured Mon, 11 Jun 2018

Walaupun Nyaris Buta Akibat Mentatu Biji Matanya, Wanita Ini Tak Menyesal Dengan Keputusannya

Nyaris berdepan risiko buta seumur hidup apabila mentatu biji matanya berwarna biru, pengalaman mencemaskan itu sebegitu mudah dilupakan gadis ini setelah melihat hasilnya. 

| Live TV

error: Content is protected !!